Jan 9, 2011

30 RIBU ANAK MUDA KINI BERSAMA WIRA PERKASA !!





PERHIMPUNAN WIRA NEGARA REVOLUSI yang masih berlangsung di Bukit Jalil telah berjaya mengumpulkan 30 ribu anak2 Muda sepanjang 3 hari berlangsung sebagai salah satu platform untuk mereka menunjukkan bakat2 yang tersendiri.




Ketua Wira PERKASA, En. Arman Azha Abu Hanifah berkata, perhimpunan ini penting kerana dapat memberi ruang kepada generasi muda ini untuk mencungkil kemahiran dan bakat mereka dalam pelbagai bidang terutamanya bidang permotoran.

Perhimpunan ini juga telah berjaya menambah sejumlah besar pengundi2 baru yang rata2 di kalangan mereka masih belum berdaftardi bawah SPR. Ini merupakan kejayaan besar yang dicapai Wira Perkasa dalam tempoh 3 hari.

Beliau juga menyeru Kerajaan terus memberi sokongan kepada Wira Perkasa dalam menggalakkan anak2 Muda menggunakan platform2 seperti Program sebegini seterusnya mengasah bakat mereka yang akan menjadi warga pelapis generasi baru di masa akan datang.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim terharu dengan inisiatif Wira PERKASA dengan menganjurkan Perhimpunan besar sebegini. Kehadiran beliau ini memberi semangat untuk menganjurkan Perhimpunan Sejuta Belia pada bulan Mei ini. Beliau turut menjemput Wira PERKASA bersama2 Kementerian berganding bahu menganjurkan program tersebut.


SUARA ANAK MUDA... SUARA KERAMAT !!

AYUH!! DATANG BERAMAI2... PERHIMPUNAN WIRA NEGARA REVOLUSI AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA MALAM INI.



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

Wak dOb said...

tahniah kepada Wira PERKASA dan Kerajaan Malaysia atas usaha mengumpulkan remaja belia. jawaber6.blogspot.com menyokong inisiatif berkaitan 1Malaysia.

Powered by Blogger.