Oct 31, 2010

PAS PERSIAP PENGUNDI HANTU - HIDUP PAS!!

Sepanjang hidup saya menceburi bidang politik tanah air, tidak pernah saya terdengar ada pemimpin politik berdoa untuk pengundi hantu. Tapi ternyata memang ada pemimpin politik berdoa untuk pengundi hantu.

"Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS "

Terfikir juga benarkah ada hantu semasa hari mengundi nanti? Lari terkapai-kapai la orang nanti bila nak mengundi nanti.

Doa ini dibacakan beliau Sungai Bakat, Nibong Tebal pada 27 Mei 1999. Siapa yang tak berakal berdoa untuk pengundi hantu ni?




INI ORANGNYA...




INI PENGUNDI HANTUNYA...



Post by... Melayu CinDia


MALAPETAKA PKR DI BATU SAPI - SELAMATKAN DIRI ANDA !!

Ketika asyik mencari maklumat mengenai PRK Galas, Gua Musang, teringat pula pada PRK Parlimen Batu Sapi, Sabah. Banyak perkara yang saya terlepas pandang mengenai PRK Batu Sapi ini.

Antaranya adalah kes Calon PKR, Ansari Abdullah jatuh laut 2 kali. Satu perkara yang agak menarik perhatian kesemua yang mengikuti perkembangan politik. Macam sudah bagi ‘hint’ bahawa PKR akan kalah.

Tidak kurang juga cakap-cakap mengenai calon BN bagi Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin. Antara modal PKR mahu jual calon parti itu yang dua kali sudah ‘mandi’ laut, Ansari Abdullah pandai bercakap tak macam calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kempennya puji melambung bekas Ketua PKR Sabah itu yang juga kawan rapatnya. Bagi Ketua Pembangkang itu, Ansari paling layak dipilih pengundi Batu Sapi untuk bersuara di Parlimen. Sebagai peguam, tidak peliklah kalau Ansari hebat bercakap berbanding Linda.

Namun, sekadar hebat bercakap tetapi tidak mampu buat apa-apa apatah lagi menyalurkan bantuan dan kemudahan kepada rakyat ia macam tong kosong sahaja. Anwar mungkin mahu Ansari menang supaya lebih ramai boleh buat ‘bising’ di Parlimen.

Bagaimanapun, bagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, kepetahan bercakap atau berhujah bukanlah kualiti utama sesaorang itu dipilih sebagai wakil rakyat. Menurut laporan Bernama, beliau yang sudah lebih 10 tahun sebagai wakil rakyat dan kemudian dilantik timbalan speaker, Ahli Parlimen Beluran itu menolak hujah Ketua Umum PKR itu bahawa pandai berhujah antara syarat jadi wakil rakyat. Bagi beliau, apa yang penting wakil rakyat atau ahli parlimen yang dapat berikan kemudahan dan bantuan kepada pengundi-pengundi itulah ‘wakil rakyat’ yang hebat.

“Pembangkang bercakap hebat atau banyak mana pun di parlimen, kalau tidak didengar kerajaan BN, ia tidak beri faedah,” ujar beliau. Katanya, walaupun calon BN di Batu Sapi tidak hebat bercakap tetapi kerana beliau mewakili kerajaan BN, rakyat akan dapat menikmati kemudahan yang diperjuangkannya. Menurut Ronald, Anwar juga hebat bercakap tetapi apa yang mampu beliau dan pemimpin pembangkang lain lakukan kerana mereka bukan kerajaan memerintah.

Sehubungan itu, beliau mahu pengundi-pengundi di Batu Sapi memilih BN supaya dapat terus menikmati kemudahan pembangunan supaya hidup selesa seperti rakyat di negeri lain.Katanya, perjuangan BN lebih besar berbanding PKR dan SAPP yang hanya untuk kepentingan individu tertentu.


Post by... Melayu CinDia


FAIL KHALWAT DR. ZUL TELAH DI BAKAR ??


ADAKAH BENAR FAIL TERSEBUT TELAH
DI BAKAR DAN DI LUPUSKAN ??


KLIK DI SINI

PAS JAJA NAMA BENG HOCK DI GALAS - BN TERUS DIFITNAH !!

Inisiatif PAS menjemput keluarga Teoh Beng Hock ke Galas nampaknya satu tindakan yang melampau. PAS dilihat sedang mengatur strategi terbaru memikat pengundi Cina setelah pelbagai cara dilakukan tidak mendatangkan hasil termasuk sogokan dan ugutan.

PAS akan membawa Keluarga Beng Hock dan kumpulan penyokongnya untuk memfitnah kepada pengundi rumah ke rumah dengan mengatakan bahawa Pemimpin BN menjadi punca kematian beliau.

Astagfirullah, kenapa sampai begitu sekali terdesaknya PAS? Banyak isu-isu tempatan yang masih belum selesai, digunakan pula isu Nasional yang sedang dalam proses mahkamah? BN tidak sekejam PAS yang sanggup merompak harta rakyat dan dijual pula ke taukeh-taukeh Cina Singapore.

Tetapi saya begitu yakin, pengundi DUN Galas tidak mudah terpengaruh dengan fitnah ini. Mereka juga tidak merasakan isu ini menjadi penyebab utama untuk mereka berpaling tadah kerana ianya kes mahkamah dan keputusan semuanya tertakluk kepada pihak Mahkamah. Banyak lagi isu tempatan yang tidak mendapat perhatian dari PAS kerana PAS tahu, mereka tidak berlaku adil pada rakyat di Galas.

Namun, pihak SPR mesti berlaku adil dalam menangani masalah ini kerana kes ini merupakan kes Mahkamah dan pihak PAS dan Pembangkang tidak sepatutnya mengheret perkara ini dengan menghasut pengundi melalui fitnah-fitnah kotor mereka.


Post by... Melayu CinDia


PEMUDA PAS TAK BOLEH PAKAI - SISWA DIJADIKAN KAMBING HITAM !!

PAS semakin terdesak. Kali ini PAS telah menggunakan pertubuhan mahasiswa GAMIS untuk membantu kempen PRK DUN Galas. GAMIS merupakan sebuah NGO Mahasiswa dan ianya tiada kaitan dengan sebarang ideologi politik.

Semalam berlaku kekecohan apabila 4 siswa dari persatuan ini ditahan polis kerana turut menyertai dan membantu kempen politik PAS di Galas. Pada mulanya, mereka menafikan dakwaan tersebut. Namun, beberapa masyarakat di Galas telah melihat ada mahasiswa yang turut serta dalam kempen rumah ke rumah bersama Muslimat PAS.

Adakah Dewan Pemuda PAS dan Muslimat PAS tidak lagi mampu menggalas tugas sebagai jentera parti? Adakah PAS tidak mampu mempengaruhi pengundi muda sehinggakan terpaksa mengggunakan GAMIS bagi membantu mereka?

PAS tidak sewajarnya menggunakan Persatuan Mahasiswa sebagai kambing hitam di dalam kempen politik mereka. Maruah mahasiswa kini semakin tercalar akibat kerakusan PAS untuk menguasai DUN Galas sehingga sanggup menggunakan golongan berpendidikan ini sebagai kempen politik mereka.

Kepada pengundi-pengundi Muda, janganlah mudah terpengaruh dengan penipuan dan janji-janji PAS kerana PAS Kelantan telah banyak mencabuli hak dan maruah rakyat. Isu ladang rakyat, rampasan tanah orang Asli dan penerokaan hasil Balak secara tidak terkawal telah membuktikan kerakusan mereka mengejar kekayaan tanpa memikirkan hal kita.


Post by... Melayu CinDia


PAS KATA KU LI 'TIDO' SELAMA 40 TAHUN JADI MP !!

Janji tinggal janji. Janji PAS pada media yang mereka tidak akan menyerang KuLi kerana menghormati beliau tidak ditunaikan. Agaknya terdesak sebab itu terus balun KuLi.

PAS dalam ceramah-ceramah politik mendakwa KuLi makan gaji buat selama 40 tahun sebagai Ahli Parlimen dan mendakwa KuLi hanya kenyang makan hasil duit rakyat. WOW.. Betul-betul marah PAS ni. Mungkin marah sebab PAS target KuLi akan bersama mereka semasa mengumumkan PRK DUN Galas dahulu.

PAS juga tertekan dengan strategi KuLi mendekati rakyat dan seperti kita sedia maklum, masyarakat di Gua Musang kebanyakannya amat menyanjung KuLi sejak dahulu lagi. PAS seolah-olah ketandusan idea dalam menjawab pelbagai isu terutamanya mengenai isu Tanah Ladang Rakyat.

Bukan sahaja PAS, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng pun yang dahulunya nyaris-nyaris cium mulut dengan KuLi turut membalun KuLi. Dikata KuLi pengkhianat kerana menyokong UMNO selepas tawaran sebagai Pengarah Pilihanraya BN. Memanglah KuLi menyokong UMNO kerana beliau pemimpin UMNO di Gua Musang.

Sudahlah PAS. Pengaruh KuLi di Gua Musang amat besar. Tanyalah pada penduduk KuLi apa jasa beliau pada masyarakat Gua Musang. Jika hendak dibandingkan jasa KuLi dengan Nik Aziz, umpama langit dan bumi. Nik Aziz nak turun perkampungan orang asli pun takut. Takut kena tanam hidup-hidup di tanah mereka.


Post by... Melayu CinDia


RED WARRIOR BERBISA - GELOMBANG GALAS KIAN TERASA !!

Gelombang Rakyat ingin merakamkan jutaan tahniah buat pasukan Bola Sepak Kelantan yang telah memenangi Piala Malaysia buat julung kalinya. Ini menunjukkan bahawa pasukan Kelantan juga mampu bersaing dengan pasukan-pasukan yang lain. Kemenangan 2-1 dengan jaringan bola cantik menampakkan kredibiliti pasukan Red Warrior.

Ianya juga memberi semangat kepada jentera parti kedua-dua belah parti di Galas untuk bekerja keras seterusnya merancakkan lagi Pilihanraya Kecil DUN Galas. Insyaallah, kemenangan berpihak pada Barisan Nasional.. Hehehe...


Post by... Melayu CinDia


Oct 30, 2010

KHAIRY & RAZALI GEGAR GUA MUSANG - PEMUDA BANGKIT !!

Khairy Jamaluddin dan Razali Ibrahim. 2 insan yang amat sinonim dengan Pemuda UMNO. Kedua-duanya mempunyai penyokong yang tersendiri.


Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda UMNO dengan mendekati masyarakat Gua Musang. Beliau mengambil pendekatan melakukan aktiviti-aktiviti tidak formal dan protokol seperti bersembang bersama masyarakat di warung-warung dan mendengar masalah yang dihadapi agar Pemuda UMNO dapat melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Begitu juga Naib beliau, Datuk Razali Ibrahim. Pagi tadi beliau telah melepaskan 1000 belia penyokong bola Kelantan di Sekolah Menengah Inderapetra 1. Selaras dengan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau akan memastikan Penyokong Bola Sepak Kelantan tidak selamat pergi dan pulang. Beliau juga memberi penerangan dan nasihat kepada penyokong agar tidak bersikap ganas ketika berada di sana. Hari ini sahaja ada pelbagai program bersama beliau diadakan termasuklah Sembang Warung Kopi bersama masyarakat setempat. Beliau juga turut memberi ruang kepada golongan beliawanis dengan menganjurkan kejohanan bola jaring.

Inilah tanggungjawab 2 Pemimpin muda. Kedua-duanya mempunyai 1 misi. Bagi menggalas tanggungjawab terhadap rakyat. Insyaallah, jika usaha ini berterusan, Pemuda UMNO akan lebih diterima oleh segenap masyarakat.


Post by... Melayu CinDia

KEMPEN PRK GALAS - PAS AKAN JEMPUT SULTAN KELANTAN !!

"Kita akan alu-alukan kehadiran Sultan Kelantan. Mungkin kehadiran Baginda akan beri kesan kepada pengundi." Itulah kenyataan Ketua Pengarah Pilihanraya DUN GALAS mewakili PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ketika ditanya media.

Beliau menafikan dakwaan bahawa kononnya akan mengheret Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad V untuk turut berkempen menyokong PAS. Tetapi, daripada kenyataan di atas, ternyata beliau akan cuba menghubungi Sultan Kelantan untuk turut berkempen bagi menyokong PAS.

Kenapa PAS begitu terdesak sehingga mempengaruhi Sultan? Apakah PAS sudah hilang rasa hormat terhadap Institusi Majlis Raja-Raja Melayu yang tidak akan mencampuri sebarang bentuk kempen politik?

Tetapi inilah PAS sebenarnya. Apabila mereka terdesak, mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk memenangi hati rakyat, walaupun cara itu salah. Ini sedikit sebanyak akan mengaburi mata dan hati pengundi tentang kezaliman yang telah dilakukan PAS terutamanya dalam merampas hak tanah yang sepatutnya menjadi hak rakyat.

Dahulu, PAS sering mengutuk UMNO dan BN kononnya menggunakan pengeruh Sultan dan Yang Di Pertuan Agong dalam mempertahankan kuasa Kerajaan. Kini mereka pula cuba menggunakan taktik yang mereka fitnah pada kita.

Malah, sebelum ini sekutu PAS yang juga pemimpin ulung mereka, Anwar Ibrahim memainkan isu 16 September dengan menggunakan nama Yang Di Pertuan Agong bagi merestui pembentukan Kerajaan Baru Pakatan yang kononnya akan ditubuhkan. Akhirnya, rakyat ditipu.

Tapi Insyaallah, rakyat kini lebih bijak. Dan saya yakin, Sultan Kelantan, Tuanku juga lebih profesional dalam menjawab segala persoalan ini seterusnya membuat keputusan. Semoga Allah merahmati Tuanku Sultan Kelantan.

Daulat Tuanku..


Post by... Melayu CinDia


RM 250 BAGI SETIAP PENGUNDI LUAR - RAKYAT GALAS TERUS TERSEKSA.

Sebentar tadi saya mendapat maklumat dari beberapa rakan blogger bahawa Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan tiket PAS Kelantan telah memberi RM 250 kepada pengundi luar untuk datang mengundi pada 4hb November 2o10.

Ini merupakan pendekaran efektif. Dengan cara sogokan sebegini, peluang untuk PAS menang di DUN Galas lebih ganas. Persoalannya, kenapa pula dibazirkan wang tersebut kepada pengundi luar sedangkan pengundi di dalam DUN Galas terseksa dengan masalah Geran Tanah dan rampasan tanah yang semakin kritikal.

Di manakah rasional pemberian wang tersebut sedangkan rakyat Galas sendiri terabai? Ini bukan masalah strategi pilihanraya. Ini adalah strategi kotor PAS dalam mendekati pengundi luar. Saya sentiasa berdoa agar pengundi luar tahu kebenaran penyelewengan PAS.

Post by... Melayu CinDia


PRK GALAS - MALAYSIAKINI KENA JWPN. PEDAS AHMAD MASLAN !!

"Isu Tanah Rakyat Kelantan mesti ditanangi Kerajaan Negeri. Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan PAS terhadap rakyat", itu jawapan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan mengenai isu geran tanah yang melanda di Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar bersama wartawan di Command Centre di kawasan UMNO Bhg. Gua Musang. Sebelum sidang akhbar bermula, beliau bersama calon BN DUN Galas, Abdul Aziz Yusof dan beberapa jawatankuasa jentera berbincang mengenai strategi seterusnya dalam menangani pengundi.

Ahmad Maslan juga memberi jawapan pedas kepada wartawan Malaysiakini mengenai isu Menara Warisan yang dimainkan pembangkang sebagai modal PRK DUN Galas. Soalan Malaysiakini yang seolah-olah menempelak BN telah beliau jawab dengan nada yang begitu lembut tapi pedas.

Hampir kesemua wartawan tersenyum apabila Malaysiakini terkena dengan jawapan pedas dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.


Post by... Melayu CinDia


HUSAM JILAT KUAN YEW - KERAJAAN KELANTAN ROMPAK TANAH RAKYAT!!




Mungkin inilah misi Bajet 2011 Kerajaan Negeri PAS Kelantan. Pelan ini akan lebih menjana ekonomi Negeri di samping memberi impak kepada rakyat. Rakyat? Pertemuan bersama Menteri Mentor Singapura, Lim Guan Yew menjadi titik permulaan Pelan ini.









Isu Tanah Ladang Rakyat Orang Asli yang sedang hangat diperkatakan mungkin salah satu langkah permulaan perancangan ini. Perkampungan Orang Asli telah menjadi sasaran utama Kerajaan Negeri kerana masyarakat di situ merupakan kaum minoriti.





Oleh itu, rampasan tanah dan penjualan kepada taukeh-taukeh Cina tidak menjadi masalah besar malah ianya sebagai langkah terbaik mereka bagi menghapuskan pengundi-pengundi BN.


Seperti yang kita sedia maklum, kesemua Peti Undi di kawasan Perkampungan Orang Asli memihak kepada BN. Maka, dengan cara sebegini, kaum minoriti ini dihapuskan sedikit demi sedikit. Beberapa lokasi telahpun dilancarkan antaranya di kawasan DUN Galas sendiri iaitu Pos Brooke.





Tidak kurang juga isu Pembalakan. Laporan Ketua Audit Negara 2008 telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri PAS Kelantan telah meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada syarikat swasta walaupun ia sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.

Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) meluluskan Tanah Tinggi Lojing, Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua Musang diluluskan sebagai projek perintis dengan memberi alasan bagi menggantikan kawasan konsesi yang diambil semula daripada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. (KPK) dan diberikan kepada sebuah syarikat swasta.







Syarikat ini sewajarnya membentang dan mengeluarkan sekali Laporan EIA sebagai syarat untuk menjadikan projek pembalakan tersebut sebagai projek perintis. Tapi apa yang berlaku syarikat tersebut gagal menyediakan Laporan tersebut.

Kerajaan Negeri juga sebelum ini bermati-matian menafikan pemberian konsesi oleh Jawatankuasa Tender Balak negeri tidak mengikut peraturan. Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan sendiri tidak perlu baginya menjalankan siasatan terhadap jawatankuasa berkenaan.







Sekejam itu rupanya Kerajaan Negeri PAS. Di mana sebenarnya misi sebenar mereka sebelum yang mahu membina sebuah Kerajaan Islam sehebat Baginda Rasullullah saw? Mana perjuangan mereka yang dilaung-laungkan iaitu Membangun Bersama Islam?

Inilah realiti PAS sebenarnya. Kelantan yang telah diperintah parti ini selama 20 tahun tidak pernah memberi sebarang hasil ekonomi pada rakyat. Malah, bak kata Anwar Ibrahim, penjanaan ekonomi telah diagihkan kepada kroni-kroni mereka. Ayat itu terkena pada sekutu beliau, Nik Aziz dan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

Adakah anda masih ingin memilih PAS? Di mana Islam yang dicanang mereka sebagai wadah perjuangan sebenarnya?


UNDI DAP JUGA MASUK SYURGA - NIK AZIZ.



Kempen di Galas nampaknya semakin rancak. Banyak pembongkaran demi pembongkaran telah kita nampak mengenai penyelewengan Kerajaan Kelantan. Semalam sedang saya dalam perjalanan pulang ke bilik setelah penat mentelaah laptop, ternampak beberapa bendera PAS yang semakin lama semakin bertambah di Bandar Baru Gua Musang. Tiba-tiba ternampak bendera DAP di Ekspo Kerajaan Negeri yang digunakan sebagai batu loncatan kempen Calon PAS. Kemudian kelihatan pula poster yang saya pamerkan di atas.

Terfikir sejenak mengenai kedegilan Nik Aziz untuk duduk semeja, berbincang mengenai kesan positif penyatuan Islam dan Melayu melalui Kerajaan Perpaduan. Gambar di atas menggambarkan betapa terdesaknya PAS mewajibkan setiap rakyat Kelantan mengundi PAS. Mungkin alasan lama boleh digunapakai iaitu mengundi PAS adalah tiket untuk ke syurga. Dengan itu, mengundi UMNO akan ke neraka. Huh?


Sungguhpun Presiden PAS, Hadi Awang bersama Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa telah membuka ruang untuk bekerjasama, namun Nik Aziz terus menempelak kedua-dua pemimpin ini. Mengamuk dan menyalak marah betul. Kemudian kedua-duanya diam. Diktator Nik Aziz ni.

Undi UMNO masuk neraka, sebab tak perjuangkan Islam. Kebangsaan je. Buta agaknya Nik Aziz ni. Bagaimana pula pengundi PAS yang mengundi di kawasan DAP dan PKR? Adakah mereka dibenarkan mengundi kedua-dua sekutu PAS ini? Adakah mereka dijamin ke syurga? Nik Aziz sendiri dalam kenyataan beliau di dalam HarakahDaily mengajak ke semua ahli PAS agar mengundi DAP. Mungkin mengundi DAP juga adalah tiket ke syurga. Huh? Bagaimana pula ke syurga walhal dasar DAP bukan sahaja tidak memperjuangkan Agama dan Bangsa, malah menolak sebarang dasar ke arah Islam. Hudud usah dikata. Panas telinga pemimpin DAP mendengarnya. Janganlah memberi alasan bahawa DAP bukan parti Islam kerana terdapat beberapa pemimpin DAP yang beragama Islam.

Ini semua strategi kotor PAS. Malah, di dalam PAS sendiri, kempen-kempen mengenai Islam semakin lama semakin terhakis. Ianya sebagai batu loncatan untuk memancing pengundi.

Renung-renungkanlah...


Post by... Melayu CinDia


Powered by Blogger.