Sep 30, 2010

PKR TERUS DIANIAYA - INI SEMUA KERJA UMNO !!


Punggah, belum habis lagi orang bercakap pasal kecohnya Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR di Selangor hujung minggu lalu, hari ini di Kedah parti itu menerima tamparan baru apabila ada ahlinya yang dah berani ugut hendak keluar parti beramai-ramai.

Sekumpulan ahli PKR Cabang Baling mengancam akan keluar parti sekiranya kepimpinan PKR negeri Kedah gagal mengambil kira pandangan mereka. Bernama melaporkan, Setiausaha PKR Cabang Baling, Mohd Azmi Mohamed Amin, berkata sikap kepimpinan negeri yang tidak mahu menerima pandangan cabang itu akan membawa kepada kehancuran parti.

Beliau berkata, mereka di peringkat cabang juga berasa tidak puas hati kerana campur tangan pihak atasan PKR dalam banyak hal termasuk turut merestui mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 pada 24 Sept lalu.

"Kami hairan bagaimana kepimpinan PKR negeri boleh mengarahkan mesyuarat itu diadakan kerana jelas ia mengetepikan perlembagaan parti," katanya pada sidang akhbar yang dihadiri 20 anggota parti itu pada Rabu.

Kumpulan berkenaan mendesak pihak pendaftaran pertubuhan dan pucuk kepimpinan pusat PKR berbuat sesuatu sebelum mareka bertindak keluar beramai-ramai daripada parti. Mohd Azmi berkata beliau turut membuat satu laporan polis pada 25 Sept di Balai Polis Kuala Ketil berhubung mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 yang dianggapnya sebagai tidak sah.


Post by.... Melayu CinDia


Wasiat Raja Raja Melayu Yang Telah Di Maktubkan Pada 31 Ogos 1957

Kami namakan dan panggil akan dia,bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, persekutuan Tanah Melayu,(Sekarang di kenali dengan Nama Malaysia)

Kami Istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama sama kaum lain.

Bagi menjaga dan melindungi anak anak kamu, harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Kami Kekalkan dan Kami Jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja Raja Melayu memerintah Negara ini.

Kami tetapkan Islam ialah Agama Persekutuan.

Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah bangsa Melayu dan

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawapkan kepada Raja Raja Melayu untuk melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum kaum lain ( Kemudian di tambah kedudukan istimewa anak negeri sabah dan sarawak)

Sep 29, 2010

PRK DUN GALAS - CALON KU LI 1 HAL, KICKDEFELLA PUN NAK JUGA.

Cerita pasal kemungkinan pilihan raya kecil DUN Galas bukanlah cerita baru. Malah ketika jentera BN dan pakatan pembangkang khususnya PAS sedang ‘berperang’ di DUN Manik Urai, kisah pilihanraya kecil DUN Galas turut jadi topik perbualan. Tambahan pula ada pihak tidak bertanggungjawab sebar khabar angin kononnya Adun Galas, Che Hashim Sulaima, daripada PAS sudah meninggal dunia.

Padahal beliau masih hidup walaupun kesihatan terjejas akibat kanser usus. Jika tidak silap, sekurang-kurangnya tiga kali penyebaran berita dan sms palsu kononnya Che Hashim sudah meninggal dunia termasuk pertama kali selepas wakil rakyat itu terbabit kemalangan jalan raya.

Ketika berkempen di Manik Urai dan tersebar berita kononnya beliau semakin tenat selain ada mendakwa sudah meninggal dunia, ada pihak mula mencongak siapakah calon paling sesuai bertanding di Galas.

Nama yang jadi sebutan hangat adalah Tengku Razalegh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang. Kebetulan DUN Galas dalam kawasan parlimen pemimpin veteran UMNO berdarah raja itu. Ada pendapat, Ku Li boleh menang besar kalau bertanding. Tidak timbul soal beliau sudah jadi Ahli Parlimen kerana dalam pembangkang, ramai juga pemimpinnya bertanding dan menang dua kerusi termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim , Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Pendapat lain sekiranya Ku Li bertanding dan menang, beliau boleh menjadi Ketua Pembangkang BN di Kelantan serta dapat menggerakkan jentera parti dengan lebih berkesan bagi menghadapi pilihan raya ke 13. Cerita lain pula kononnya Ku Li bolehlah dilantik sebagai Menteri Besar jika menang pilihan raya umum nanti.

Bagaimanapun, selepas Che Hashim benar-benar kembali ke rahmatullah petang Isnin akibat kanser ususnya itu, pilihanraya yang sudah jadi sebutan sejak setahun lalu tidak dapat dielakkan. Cuma siapa akan dipilih BN untuk mengalas cabaran menentang calon PAS masih belum diputuskan pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan BN.

Namun rasanya nama Ku Li pasti akan disebut-sebut jika BN mahu menang dengan menjadikan pilihan raya kecil Bagan Pinang yang dimenangi Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai ukuran. Otai UMNO Negeri Sembilan itu memastikan BN menang besar dan tidak mustahil Otai Kelantan ini juga boleh memastikan kemenangan bergaya itu berulang.

PAS pula awal-awal lagi nampak yakin dapat mengekalkan kerusi DUN Galas kalau kenyataan Naib Presidennya Salahuddin Ayub diambil kira. Beliau melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

Tetapi peliknya Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tiba-tiba menyarankan supaya BN berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas. Alasannya langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara. Selain itu katanya untuk jimatkan kewangan kedua-dua pihak sekiranya diadakan pilihan raya kelak. Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Entah mimpi apa pemimpin PAS itu tiba-tiba sebut soal perpaduan Melayu sedangkan parti itu sebelum ini menolak rundingan perpaduan Melayu yang dihulur oleh pemimpin UMNO. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang paling keras menentang malah Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa teruk kena ‘hentam’ kononnya beliaulah yang terbabit mahu rundingan perpaduan tersebut.

Sebenarnya UMNO boleh tidak meletakkan calon bertanding di Galas kerana jika menangpun, ianya tidak dapat menganggu gugat kerajaan PAS Kelantan. Namun PAS tidak boleh diberikan laluan mudah untuk mengekalkan kerusi kawasan itu. Setidak-tidaknya ada calon lain atau calon Bebas yang berani turun gelanggang menentang PAS. Mungkin yang paling sesuai jadi calon adalah penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz ataupun lebih dikenali sebagai Kickdefella.

Bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu adalah calon paling layak untuk berdepan dengan mana-mana calon yang diletakkan PAS bertanding di Galas. Pertembungan mereka pasti ibarat buku bertemu ruas. Bayangkan nanti jika berkempen, bagaimana Kickdefella ‘melondehkan’ satu persatu kepincangan dalam PAS terutama di Kelantan seperti pernah didedahkan mengenai menantu Nik Aziz sehingga Abdul Ariffahmi Abdul Rahman terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai salah guna kuasa dan pecah amanah.

Beliau juga yang mendedahkan bagaimana kroni-kroni Nik Aziz dapat konsesi balak serta peruntukkan RM4 juta untuk memburukkan imej Tun Abdullah Ahmad Badawi. Semua ini pasti menarik dijadikan bahan kempen dan tentu ramai pemimpin PAS akan 'panas punggung'.

Cuma yang ramai hendak tengok adalah Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa berani ‘turun padang’ berkempen dan menafikan apa yang Kickdefella akan dedahkan nanti kerana orang PAS tahun mereka berdua cukup akrab. Seperti biasa, mari kita tengok siapa yang kena.


Post by.... Melayu CinDia


Sep 28, 2010

ORANG MELAYU SEMAKIN BIADAP !!!


Takut benar Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan sesiapa sahaja yang buat kenyataan minta orang Melayu bersatu. Terbaru, pemimpin veteran parti pembangkang itu macam 'angin satu badan' dengan kenyataan Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin yang berkata hak orang Melayu untuk menerajui negara ini.

Lim bukan sahaja membidas Hamim malah turut mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwanya sebagai juara mempertahankan jentera kerajaan BTN. Ahli Parlimen Ipoh Timur itu sebenarnya sudah lama ‘bengang’ dengan BTN. Malah sebelum ini beliau hentam BTN mengenai modul latihan di biro berkenaan yang didakwanya berbaur rasis selain mempertikai peruntukan kerajaan bagi organisasi itu terus meningkat.

Beliau juga pernah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menutup BTN dengan alasan mengekang gagasan 1 Malaysia. Dan apabila Datuk Maslan Ahmad mempertahankan BTN, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu teruk juga kena lanyak malah Muhyiddin yang membela Maslan pun kena hentam.

Nampak gayanya, Lim begitu takut dengan BTN dan soal orang Melayu yang patut bersatu demi agama, bangsa dan negara. Beliau macam histeria apabila perkara itu dibangkitkan malah kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu itu juga dikritik dengan lantang olehnya. Apa yang Lim takutkan jika orang Melayu bersatu seperti disarankan Muhyiddin, Mahathir dan Hamim?.

Adakah kaum lain termasuk Cina tidak pernah bersatu dalam menangani sesuatu isu di negara ini? Ramai tahu betapa peniaga-peniaga Cina bersatu dalam banyak hal terutama mendesak kerajaan akur kepada tuntutan mereka seperti mendesak kenaikan harga barang dan sebagainya.


Tidak perlulah dikaitkan kaum Cina bersatu dalam perkara lebih besar kerana setiap kaum tahu matlamat masing-masing. Sebenarnya, Lim cuba memecahkan lagi penyatuan orang Melayu kerana beliau tahu Dr Mahathir pernah menyatakan, orang Melayu di negara ini berpecah kepada tiga kumpulan. Kalau hendak jelas ia adalah kepada UMNO, PAS dan PKR.

Bayangkan kalau gesaan Melayu supaya bersatu menjadi kenyataan, apa akan jadi? Perkara inilah yang hendak dielakkan Lim dan pemimpin pembangkang lain yang sudah ada sifat Melayumophobia. Sebabnya mudah kerana penyatuan orang Melayu akan menyebabkan agenda mereka untuk menguasai negara ini terkubur.

Mungkin sekarang, Lim dan rakan-rakannya sudah mula nampak peluang mereka apabila anaknya sudah menguasai Pulau Pinang dan mungkin dapat menguasai Perak jika parti itu letak boneka Melayu dalam pilihan raya umum ke 13 kelak. Lim sebenarnya sedang bermimpi beliau bakal jadi Perdana Menteri. Sebab itu, ramai pemimpin dan orang Melayu sudah nampak wayang DAP dan mereka dengan tegas menyatakan orang Melayu perlu bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang. Apatah lagi kenyataan Dr Mahathir bahawa orang Melayu akan hilang kuasa jika penguasaan Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri UMNO, di ibu negara Isnin. Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasama dengan masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.

“Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC,” katanya lagi. Cuma dalam kenyataan terbarunya, Lim cuba melaga-lagakan Najib dengan pegawai BTN terbabit kononnya dengan jelas apa dikatakan Hamim menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib diperlekehkan oleh musuh-musuh dalam kumpulannya sendiri.

“Kenyataan ini adalah bukti terbaru bahawa musuh utama 1 Malaysia Najib ialah daripada kem sendiri, bukan sahaja dari UMNO tetapi juga BTN dalam kerajaan,” kata beliau. Lim menambah, apabila BTN terus-menerus menggunakan pendekatan ofensif, tidak sensitif dan kempen percambahan fikiran yang bersifat rasis, bukan sahaja di kalangan kakitangan awam tetapi diperluaskan meliputi aktivis politik dalam lingkungan Umno termasuk Puteri Umno, maka adalah jelas Najib berhadapan dengan tentangan terbuka, yang mempunyai sokongan Muhyiddin.

Kepada Lim Kit Siang, jawapan kepada kegusaran anda, sedarlah ‘di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung’. Jika Melayu ditegah atau dihalang bersatu kerana kaum, mereka pasti boleh bersatu demi Islam.


Post by... Melayu Cindia



Sep 27, 2010

PILIHANRAYA KECIL DUN GALAS??? BILA??

UPDATES!!! - AL FATIHAH BUAT ADUN GALAS, CHE HASHIM SULAIMA YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH JAM 4.30 PETANG... SEMOGA ROH BELIAU DI LINDUNGI ALLAH DARI SEKSAAN KUBUR DAN API NERAKA.. AMIN.. (Sumber - Blog Flying Kick)


Artikel sebelum ini :-

Ahli Dewan Undangan Negeri PAS kawasan Galas di Parlimen Gua Musang, Che Hashim Sulaima, 45, yang lama mengidap kanser dalam perut kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa telah pagi Isnin mengesahkannya. Ogos tahun lalu Che Hashim menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan di China dan keadaan kesihatannya pasang surut.

Apakah akan berlaku Pilihanraya Kecil DUN Galas akibat kesihatan yang kritikal yang dihadapi ADUN tersebut??


Post by.... Melayu CinDia


ZAID NAK TAWAN WANGSA MAJU - CABAR UMNO WANGSA MAJU !!

BERIKUT MERUPAKAN ARTIKEL YANG MENGESAHKAN ZAID IBRAHIM BERTANDING DI PARLIMEN WANGSA MAJU PADA PRU 13. SUMBER : GELOMBANG WANGSA MAJU.


GWM pernah menyiarkan artikel pada 7 Ogos 2010 (Zaid Ibrahim Cuba Nasib di Wangsa Maju) mengenai Zaid Ibrahim akan menggantikan Wee Choo Keong yang telah berpatah arang dengan PKR seterusnya menerajui PKR Wangsa Maju.

Blogger Minaq-Jinggo telah mengesahkan artikel GWM di dalam artikel bergambar beliau (PKR – Zaid Ambil Alih Ketua Cabang Wangsa Maju). Gambar di bawah menunjukkan Zaid Ibrahim mengambil alih sebagai Ketua Cabang PKR Wangsa Maju yang baru (Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Zakir Yussoff mengundurkan diri, Zaid Ibrahim menang tanpa bertanding)


Ini bermakna artikel, jangkaan dan ramalan GWM sudah terbukti benar!

Sumber berita yang diberikan oleh Bro X PKR sememangnya tepat dan boleh dipercayai. (terima kasih bro! ... kita boleh bersembang lagi untuk mengetahui perihal strategi PKR Wangsa Maju untuk PRU 13).

Sewaktu GWM menerbitkan artikel ini pada Ogos lalu, UMNO Wangsa Maju hanya memandang sepi dan hanya melihat dengan sebelah mata artikel ini.


Pada waktu itu, GWM telah memberi hint Zaid Ibrahim sudah mula menyusun langkah di Wangsa Maju kepada UMNO Wangsa Maju. GWM cukup yakin dengan kesahihannya sumber berita yang diterima.

Agak malang, first impression yang diterima adalah GWM diketawakan. Al Maklumlah ... blogger jalanan! blogger yang ‘low class’. Siapalah GWM di mata UMNO Wangsa Maju!

GWM pernah memberi pandangan agar UMNO Wangsa Maju bekerja lebih keras kerana pengaruh dan sokongan ke atas Zaid Ibrahim cukup kuat. Lebih mantap dari Wee Choo Keong sebenarnya.


GWM cukup yakin bahawasanya sekali Zaid Ibrahim melabur dan menabur wang di Wangsa Maju, undi orang Melayu akan berpindah serta merta.

Kekuatan yang ada pada Zaid Ibrahim adalah kerana beliau mempunyai wang! Dan kerana itulah sokongan waima pengaruh akan datang bertalu talu. Iktibar yang paling baik, sewaktu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor tempoh hari.

The Golden Boy DAP ini cukup kaya raya dengan hasil dari kes kes projek penswastaan Kerajaan dan keperluan ‘conveyancing’ sewaktu berada di dalam UMNO dahulu.


GWM ingin mengingatkan kembali UMNO Wangsa Maju supaya lebih alert dan bekerja keras dari sekarang jika mahu kerusi Parlimen Wangsa Maju jatuh kembali ke tangan BN. Tolong ingatkan juga rakan rakan komponen parti di dalam BN.

Tak tahulah ... sekiranya amaran ini sekali lagi di pandang sepi oleh UMNO Wangsa Maju. Atau UMNO Wangsa Maju sudah pun mengorak langkah mulai sekarang.

Kerana apa yang GWM lihat, UMNO Wangsa Maju masih lagi tidur nyenyak dan di dalam keadaan hibernasi (hibernasi adalah konotasi sains paling sesuai untuk binatang seperti beruang yang tidur nyenyak sehingga 6 bulan sewaktu musim sejuk/salji tiba).


Dan sewaktu artikel ini sedang dikarang, GWM menerima panggilan dari Bro Ex PKR mengatakan sudah ada dikalangan parti komponen BN yang akan beralih arah dan memberi sokongan kepada Zaid Ibrahim. (Bro ... kita minum di kedai mamak tempat biasa lepas ni! Gua call lu nanti ... ada maklumat lagi ye! No Problem!).

Dan GWM tetap mempunyai anggapan di kala ini, UMNO Wangsa Maju masih lagi tidur diselimuti mimpi mimpi indah. Over Confident ke! Atau masih lagi mahu ketawa!

Jangan kata GWM tidak memberi pandangan dan amaran lagi! …

sumber rujukan dan berita bergambar :

http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/08/zaid-ibrahim-cuba-nasib-di-wangsa-maju.html

http://minaq-jinggo.fotopages.com/


Sep 25, 2010

CALON AMK - CIKGU BARD PEJUANG REFORMASI !!

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Badrul Hisham Shaharin tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) "sekiranya terdapat isyarat yang jelas yang mahukan beliau bertanding jawatan tersebut".

"Saya percaya dan yakin ahli-ahli AMK di peringkat cabang akan membuat keputusan. Terpulanglah kepada mereka," katanya. Saya akan terus bekerja untuk parti, terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan. Saya bukan jenis orang, bila tiba masa pemilihan, baru (hendak) turun ke bawah," tambahnya.

Jawatan ketua AMK kini disandang oleh Shamsul Iskandar Md Akin. Difahamkan, beliau berpeluang memenangi jawatan tersebut kerana dipercayai mempunyai sokongan kuat di Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis. Beliau yang lebih dikenali sebagai 'Cikgu Bad' berharap anak-anak muda dalam AMK supaya "meraikan demokrasi, dan bukannya menyerang individu-individu tertentu" dalam pemilihan parti kali ini.

"Kita memberi tawaran yang terbaik. Orang tanya saya mengenai (kepimpinan) Shamsul Iskandar, (maka) saya jawab beliau telah melakukan sedaya-upaya dan terbaik (untuk AMK)," katanya.

Ditanya mengenai tokoh AMK lain yang mungkin menawar diri bertanding jawatan itu, Badrul Hisham berkata, beliau tidak tahu. Malah, tegasnya, sekiranya dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan tersebut, beliau cenderung untuk tidak memilih regunya. "Biar bertanding atas kapasiti (individu) masing-masing. Kalau tidak (AMK) berpecah macam kapal," katanya yang juga ketua PKR cabang Rembau.

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.

Katanya jika chegubard berjaya memenangi jawatan tersebut maka UMNO negeri mahupun Pusat agak terdedah dari serangan-serangan dan pendedahan yang akan dilakukan oleh chegubard! Rasa macam kelakar pulak ingatkan lawan chegubard saja yang takut!

Pada pandangan Gelombang Rakyat, Chegu Bard sememangnya calon yang layak memimpin AMK. Pengorbanan beliau terhadap PKR begitu besar sekali. Apa pula pandangan anda?



Post by.... Melayu CinDia

Sep 23, 2010

GEMPAR!!! - KP UMNO WANGSA MAJU HILANG??


Berita yang diterima KETUA PEMUDA UMNO Bahagian Wangsa Maju dikatakan hilang dan tidak muncul2 sejak sekian lama..

Adakah beliau diculik??


KLIK DI SINI untuk makluman lanjut....


Post by.... Melayu CinDia



SEDEKAH RM 4BILLION - SALAH KE?? TAK SALAH KAN??

Waktu mula-mula mendapat khabar dari Kota Bharu mengenai pemberian cek replika RM 4 billion syarikat I'DA World Group kepada adik Datuk Nik Aziz Nik Mat Ahad malam lalu,bagai nak tersembur keluar air kopi yang sedang dia minum.

Ini kerana dalam sejarah negara sejak Malaya sampai ke Malaysia sekarang belum ada yang ‘buat gila’ atau ‘kaya gila’ boleh bagi derma sebanyak itu apa lagi kepada sebuah parti politik, yang kebetulannya PAS.

Bukan le nak cakap soal politik di sini PAS ke UMNO ke parti apa ke. Kita pun tumpang bengong dua tiga hari nak tolong kira dan bayangkan duit berbillion yang depa nak derma tu. Kalau betullah bagai empunya cerita sebenarnya saya pun nak tumpang bangga kerana ada syarikat Melayu world standard dan punya hebat macam tu sekali.

Ini lebih-lebih lagi bila kami tengok website syarikat tu.Wow jumlah aset kumpulan tulis di situ USD 2.7 trilion. Calculator saya macam nak pecah otak dan semput cuba kali RM3 dengan USD 2.7 trillion tu untuk dapat RM 8.1trillion. Ini bunyinya macam bukan sahaja syarikat terkaya di Malaysia tapi juga terkaya di dunia. Kata website tu pula pegangan banknya ialah 104 bank terkemuka di 74 buah negara.

Nama-nama kumpulan bank yang disenaraikan pula paling top dalam dunia seperti Llyods Bank ,UBS Switzerland dan Citibank. Pokok pangkalnya segala di website tu cerita mengenai syarikat yang berpejabat di Glomac Business Centre,Kelana Jaya,PJ ni boleh buat orang terbeliak mata….nombor satu all the way .

Memanglah kalau betul apa dicerita takat RM4 billion tu ciput sajalah berbanding aset RM 8.1 trillion. Seronok juga tengok gambar-gambar para pegawai syarikat jumpa orang-orang besar Kelantan. Selain Nik Aziz juga Timbalan Menteri Besar dan pegawai kerajaan negeri. Tengok cara macam satu Kelantan mau dibangunkan dengan projek berbillion oleh syarikat yang sebelum ini sapa pun tak pernah sebut.

Rasanya usahawan-usahawan besar Melayu dan tauke-tauke Cina di KL pun naik pengsan mendengar kehebatan syarikat ni. Kalau dari segi strategi publisiti….memang hebat.Dari orang tak kenal tiba-tiba jadi syarikat ‘meletop.’ Janji meletop.

Logik akal mana pernah dengar ada syarikat yang nak bagi derma RM4 billion main bagi-bagi cek begitu saja pada adik MB yang terkebil-kebil naik atas pentas...kata tak tau apa benda. Biasannya kalau betulah macam tu punya hebat mungkin iklan dah koyak rabak dipasang di semua akhbar dan stesyen tv. Saya tak salahkan Nik Aziz kalau dia kata nak blacklist syarikat yang ‘buat hal’ ni di Kelantan.

Kata MB tu ini berikutan dakwaan tidak berasas syarikat tersebut kononnya telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang akan dimulakan di Tumpat pada 15 November ini. Macam mana ni penasihat-penasihat Tok Guru tak check betul-betul sebelum bagi jumpa bos depa.

Ini boleh bikin malu besar pada mereka dan keluarga mereka. Masyarakat dok kata ini betul-betul kerja syarikat stuntman. Tak taulah siapa yang kencing dan kena kencing dan nak terkencing.

Kalau nak kira memang seronok tulis panjang-panjang bab ni bila selak dan selak lagi website syarikat tu tapi eloklah hal-hal macam ni dijadikan pedoman. Kalau tak hati-hati nanti makin ramai yang terkencing.


Post by.... Melayu CinDia



Sep 21, 2010

SPR ISYTIHAR PRK KOTA SIPUTEH?? - PAS AKAN RAMPAS!!


Ramai pemerhati dan ahli-ahli ramal serta tukang telek politik sedang mencongak bilakah pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan. Ada menjangkakannya pada Disember ini. Ada juga kata awal tahun depan sebelum tempoh DUN Sarawak tamat Mei 2011.Apapun, sebelum kemungkinan satu pilihan raya kecil di Semenanjung akan diadakan terlebih dahulu membabitkan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah.

Pada 24 November tahun lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membenarkan penangguhan interim (sementara) yang dipohon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan untuk mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh sementara menunggu rayuan. SPR mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut, Datuk Abu Hasan Sarif menghadiri sidang Dewan pada 19 April dan 9 Ogos tahun lalu.

Selepas setahun, tarikh pendengaran rayuan berhubung pengosongan kerusi itu ditetapkan pada 20 dan 22 September ini. Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail sebelum ini berkata, tarikh itu diputuskan oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya semasa pengurusan kes tersebut pada 29 Julai lalu.

”Saya telah diberitahu secara hitam putih oleh peguam saya mengenai penetapan tarikh berkenaan. Diharapkan kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya. Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak rayuan SPR selepas pendengaran kes itu pada Isnin dan Rabu, bermakna satu lagi pilihanraya kecil tidak dapat dielakkan.

Mengambil kira tempoh mesti mengadakan pilihanraya dalam masa 60 hari, besar kemungkinan ianya akan diadakan hujung Oktober selepas Pembentangan Bajet 2011 serta Perhimpunan Agung UMNO. Barisan Nasional terpaksa berusaha mengekalkan kemenangan kerusi DUN ini walaupun tidak membawa sebarang kesan kepada pentadbiran negeri yang dikuasai pakatan rakyat selepas pilihan raya umum lalu.

Abu Hasan pada pilihan raya umum lalu hanya menang denan majoriti 495 undi menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh. PAS pastinya berusaha memenangi kerusi ini bagi mengukuhkan kedudukan parti itu bagi mengetuai pentadbiran di Kedah berbanding rakan kongsi mereka dari PKR dan DAP.

Tidak hairan jika ada desas desus mendakwa parti itu sudah memindahkan kira-kira 1,500 pengundi baru ke kawasan DUN tersebut kerana tidak sabar-sabar bagi memastikan kemenangan mereka jika diadakan pilihan raya kecil kelak.

Mahu atau tidak BN terpaksa berdepan dengan tentangan hebat PAS kerana ada pihak melihat pilihan raya kecil ini sebagai kayu pengukur kekukuhan kerajaan BN selepas pelbagai isu yang ada masanya lebih memihak kepada kerajaan. Masalah-masalah di Pulau Pinang dan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat menjadi beban kepada pembangkang jika isu-isu di kedua-dua negeri itu dijaja BN dalam kempen jika ada pilihan raya nanti.

Apapun keputusan Mahkamah Rayuan nanti memang ditunggu penuh minat oleh semua pihak selepas pilihan raya kecil Sibu Mei lalu yang memihak kepada DAP.



Post by.... Melayu CinDia



Powered by Blogger.