Aug 31, 2010

RAJA NAZRIN KASI WARNING - PCEROBOH NGRA. BERMULA DARI SEBUAH SURAU??

Mesej Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ini cukup jelas dan mudah difahami.Ia boleh dilihat dalam konteks berbagai polimek politik yang melanda negara sekarang.Baginda tidak berselindung dalam mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak terbawa dalam persaingan mengejar pengaruh hingga ‘ membuka laluan’ membolehkan bukan Islam melakukan pencerobohan dan kemusnahan.

"Pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula daripada satu ungkapan,ucapan,khutbah,takzirah atau doa,” titah baginda

Baginda bimbang jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar.

Menurut baginda, penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di dunia terutama contoh-contoh ketara di Palestin, Afghanistan dan Iraq, bermula dari pemesongan yang berlaku di kalangan pemimpin hingga mereka sendiri membuka laluan yang membolehkan bukan Islam melakukan pencerobohan dan kemusnahan.

Serentak dengan itu Raja Nazrin menyifatkan pemimpin Islam yang memilih untuk bertelagah dan bersaing mencari pengaruh, sehingga tergamak melakukan perkara-perkara ekstrem yang mencemar agama dan maruah ummah, sebagai golongan yang telah menyimpang dari prinsip asas Islam.

Ini kerana prinsip asas Islam sentiasa menyeru kepada perpaduan ummah, titah baginda sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPeim) peringkat negeri serta sumbangan Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) di Ipoh Isnin.

"Umat Islam di negara ini kini berada dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca, bagaikan bersedia berpaut kepada apa sahaja yang dapat dicapai untuk terus timbul dalam arus yang mungkin membawa mereka menuju kepada penghujung yang amat membimbangkan," titah baginda. Umat Islam wajib mengambil pengajaran sebelum nasi menjadi bubur,

Ingatlah! Sedarilah! Insaflah! ketika umat Islam jatuh dan menjadi lemah, janganlah diharap ada pihak yang akan bersimpati untuk membela nasib mereka. Masa hadapan dan penentuan nasib umat Islam berada di tangan umat Islam. Selagi umat Islam kekal bersatu dan teguh berpadu, tidak ada pihak yang boleh meruntuh atau menjatuhkannya.

Kejatuhan umat akan berlaku apabila umat memilih untuk tidak bersatu malah saban hari terus menghakiskan kekuatan di antara satu sama lain," titah baginda. Baginda bertitah jika para pemimpin di peringkat tertinggi organisasi memperlihatkan contoh teladan bersefahaman, saling membantu dan saling bekerjasama, pengikut di bawah tentunya akan dapat bertaut erat.

"Bahawa pemikiran, perkataan dan tindak laku pemimpin itu akan dijadikan teladan ikutan dan menjadi penentu arah kepada pengikut, kerana itu, jika pemimpin bertelagah maka pengikut akan turut berpecah," titah Raja Nazrin.

"Berbahagialah ummah, jika barisan pemimpin Islam dan organisasi berteraskan Islam senantiasa berusaha menjalinkan semangat persefahaman serta senantiasa bergerak ke arah membina jambatan kerjasama; tentunya pemikiran, tenaga dan sumber umat Islam akan menjadi lebih produktif dan ukhuwah di kalangan ummah akan menjadi lebih teguh," titah baginda.

Raja Nazrin turut mengingatkan para pemimpin bahawa selagi golongan fakir miskin wujud di negara ini, mereka masih berdepan cabaran dan tanggungjawab besar untuk memastikan pengagihan sumber kekayaan negara berlaku secara adil dan saksama.

"Kewujudan fakir miskin harus juga menginsafkan warga yang telah hidup senang, warga yang telah mendapat banyak nikmat serta kemudahan, untuk tidak bersifat tamak, bernafsu membolot seluruh kekayaan tanpa menghiraukan penderitaan golongan yang masih miskin dan susah.

Usaha membantu fakir miskin - usaha membasmi kemiskinan adalah satu jihad. Agihan pendapatan yang lebih saksama merupakan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh para pemimpin yang memegang amanah pemerintahan," titahnya.

Baginda bertitah keadilan sejati masih belum tercapai sepenuhnya selagi agihan kekayaan yang saksama tidak dapat dipenuhi, sehingga menyebabkan jurang pendapatan yang ketara antara orang miskin dan kaya.

"Apatah lagi jika cara kekayaan terhimpun kepada kumpulan tertentu yang diperoleh melalui pemberian yang tidak mematuhi amalan pengurusan yang telus lagi teratur, titah baginda.


Post by.... Melayu CinDia


Aug 29, 2010

Nik Aziz Pertahan MP DAP Dan Menyelar Mereka Yang Jahil Akan Ugama

KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.

Sumber Bernama

Aug 28, 2010

MENANG PRU 13, KITA LAKSANA HUDUD - ANWAR IBRAHIM

Mereka yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup masak dengan stailnya.Bila nampak macam nak jem Penasihat PKR itu mulalah ‘pusing keliling’ dan cepat-cepat alih perhatian ke isu lain.

Inilah halnya semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Petaling Jaya Khamis bila beliau ditanya mengenai pertikaian isu undang-undang hudud antara DAP dan PAS yang sedang hangat.

Para wartawan yang hadir memang bertekad nak dapat jawapannya setelah DAP tetap menolaknya manakala PAS mempertahankan impian nak laksanakan undang-undang itu jika berkuasa. Ini dilihat satu suasana no go bagi pakatan pembangkang itu. Apa yang semua nak dengar tentulah pendirian rasmi pakatan rakyat dan bagaimana pendirian Anwar sendiri samada memihak pada DAP atau PAS dalam isu berkenaan.

Namun Anwar tidak bodoh hendak menempa nahas politik menyokong pendirian mana-mana satu antara dua parti itu yang sangat diperlukan untuk menunjang impiannya menjangkau Putrajaya.

Maka beliau pun memberi jawapan yang secara umum ‘selamat’ dengan berkata pakatan rakyat itu tetap berpegang kepada rangka dasar bersama (CPF) - yang dipersetujui oleh pakatan itu Disember lalu – dimana masing-masing parti tidak mempromosi pendirian yang diluar rangka berkenaan.

Katanya masih terdapat ruang untuk berbincang dan tiada siapa dinafikan hak untuk mengemukakan pendirian mereka. Beliau sebaliknya mendakwa UMNO yang membangkitkan isu hudud dan bertanya apakah pendirian parti itu mengenainya.

Anwar kemudiannya mendakwa perang mulut antara DAP dan PAS mengenai hudud cuma salah faham hasil mainan media yang dikuasai kerajaan untuk alih perhatian pada isu yang lebih besar iaitu mengenai kehilangan ekuiti bumiputra sebanyak RM52 billion.

Beliau berkata fokus harus diberikan pada salahgunakuasa dan penyelewengan kerajaan pusat dari isu seliseh faham antara parti-parti dalam pakatan rakyat. Anwar semacam lupa isu terbaru polimek undang-undang hudud ialah antara Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Karpal Singh bukan ciptaan UMNO atau sesiapa.

Sebaliknya ia meletus bila Menteri Besar Kelantan menyatakan undang-undang hudud ialah jalan terbaik menyelesaikan masalah sosial di negara ini manakala Pengerusi DAP itu yang sudah diketahui pendiriannya tentang itu tetap menolak.

Apakah UMNO atau BN yang mencipta kenyataan Nik Aziz mendakwa Karpal Singh saja pemimpin DAP yang bising tolak hajat PAS nak laksanakan undang-undang hudud jika berkuasa? Apakah UMNO dan BN yang cipta jawapan balas Karpal Singh kata bukan beliau seorang saja dalam DAP yang tidak setuju.

Apakah UMNO dan BN yang cipta kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang kemudiannya menyokong Karpal Singh dengan menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.


Post by.... Melayu CinDia



Aug 27, 2010

HUDUD?? TAK BOLEH!!! - ZAID IBRAHIM

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berdolak dalik di Petaling Jaya Khamis tentang pendirian terhadap hajat PAS nak laksanakan undang-undang hudud jika berkuasa – di Kota Bharu orang harapannya dalam PKR Datuk Zaid Ibrahim selamba kata TAK BOLEH.

Sebabnya PAS secara sendirian tidak mampu menguasai majoriti kerusi Parlimen untuk meminda perlembagaan untuk laksana undang-undang berkenaan.

“Dari segi praktikal saya tidak nampak undang-undang hudud boleh dilaksanakan oleh sebuah parti sahaja, ia perlukan sokongan besar dalam Dewan. PAS tidak boleh dapat banyak kerusi dalam Parlimen, hanya berapa kerusi sahaja yang PAS boleh bertanding, saya tengok berdasarkan profil politik sekarang,” kata penyelaras pakatan pembangkang itu kepada wartawan selepas Majlis Sumbangan Hari Raya Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan di Kota Bharu.

Zaid diminta mengulas polimek hangat antara Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai hajat PAS nak laksana hukum hudud di negara ini sekiranya berkuasa.

Katanya PAS, DAP, PKR telah bersetuju segala undang-undang yang hendak di buat atau kita gubal mestilah mengikut perlembagaan negara. Menurutnya dasar bersama itu ditandatangani pada Disember 2009.

Beliau sebaliknya minta pemimpin pakatan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pilihan raya umum akan datang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dari bincangkan mengenai undang-undang hudud.


Post by.... Melayu CinDia



Aug 26, 2010

'MAHAFIRAUN' SUDA KASI WARNING - ISLAM BUKAN AGAMA RASMI LAGI!!

MAHAFIRAUN... Itulah gelaran yang diberikan kepada Tun. Dr. Mahathir oleh penyokong-penyokong Anwar suatu ketika dahulu. Gelaran ini agak popular setelah pemecatan Anwar Ibrahim di dalam Kerajaan dan UMNO 12 tahun yang lepas. Tapi bukan isu itu yang hendak diketengahkan. Ini berkenaan isu Islam sebagai agama rasmi.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang merujuk pada insiden penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat mengingatkan walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.

"Saya bukan racis yang nak bangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam tetapi ada hak kita yang harus dihormati pihak lain. Penghormatan hanya akan diperoleh apabila kita berkuasa,”katanya.

Serentak dengan itu bekas Perdana Menteri itu menegaskan nama pemimpin negara yang beragama Islam mesti disebut dalam doa khutbah Jumaat kerana Islam merupakan agama yang berkuasa di negara ini.

Berucap merasmikan majlis berbuka puasa dan penyampaian Anugerah Sri Cemerlang Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Universiti di Kuala Lumpur Selasa Dr Mahathir berkata, umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.

"Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa," katanya. Beliau merujuk kepada insiden penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid di negeri itu baru-baru ini.

Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim mengingatkan umat Islam agar memikirkan semula tanggungjawab kepada agama, sekalipun tanggungjawab kepada bangsa sudah tidak lagi menjadi keutamaan. Katanya, walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.

"Jumlah ramai ini tidak bermakna kalau sudah berpecah belah dan bermusuh antara mereka. Apabila bermusuh, pihak lain berpeluang gunakan permusuhan sesama Islam ini untuk mengutarakan kedudukan mereka, bahkan untuk berkuasa dalam negara. Jangan fikir tidak mungkin satu hari nanti khutbah sebut ketua negara bukan Islam kerana mereka telah berkuasa dan kita sudah jadi puak yang kecil, berpecah belah dan tidak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, sudah ramai umat Islam di negara ini yang tidak mengamalkan tingkah laku dan cara hidup seperti yang dituntut dalam Al-Quran dan hadis. Justeru katanya, kuasa umat Islam hanya dapat dikekalkan sekiranya umat Islam itu sendiri yang berusaha menyelamatkan agama mereka.

"Berkuasa hari ni tidak bermakna kekal berkuasa di masa depan. Jangan fikir pegangan kita akan terus kekal. Ia akan terhakis juga bila kita sudah miskin dan daif. Islam tak suruh kita berpecah-belah, tapi suruh kita bersaudara. Tanya kepada diri adakah kita benar-benar berpegang kepada ajaran Islam tentang persaudaraan ini," katanya.


Post by.... Melayu CinDia



Aug 24, 2010

GUAN ENG BELA ISLAM - TAK SALAHKAN DOA KHUTBAH UNTUK GUAN ENG??

Istilah fitnah nampaknya tidak boleh digunakan dalam isu ini melainkan ia tidak berlaku langsung. Setakat ini beberapa pihak sudah tampil mengakui memang berlaku kejadian menyebut nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa dalam khutbah solat Jumaat di Pulau Pinang seperti didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Khamis.

Sebaliknya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah awal-awal mengeluarkan kenyataan Jumaat mendakwa ia fitnah terbaru UMNO yang semakin terdesak. Dakwanya tuduhan mengenai doa khutbah itu tidak berasas samasekali.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang ,Abdul Malik Kassim pula berkata siasatan pihaknya mendapati tiada mana-mana masjid melakukan doa dalam khutbah Jumaat yang menyebut nama Lim seperti yang didakwa itu.

Katanya, teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan tidak pernah menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Hakikat yang tidak boleh dinafikan teks khutbah itu memang guna nama Yang di-Pertuan Agong. Tak kiralah apa puncanya atau bagaimana…isunya ialah kejadian seperti didakwa oleh Zahid itu betul-betul berlaku.

Soalnya kalau tidak ada kejadian langsung bagaimana dua ahli kariah dari dua buah masjid berbeza di Pulau Pinang dilaporkan mengesahkan berlaku penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat.

Utusan Malaysia memetik pengakuan Pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di Tasek Gelugor , Hamir Mahmud dan ahli kariah Masjid Jamek Jelutong, Abu Kassin Ismail. Hamir mengakui nama Guan Eng ada disebut oleh seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad ketika membacakan doa kedua khutbah solat Jumaat pada 25 Jun lalu.

Beliau turut mengesahkan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dalam doa khutbah pada hari tersebut walaupun lazimnya ia merupakan doa yang diberikan kepada Seri Paduka selaku ketua agama Islam di Pulau Pinang.

''Rakan-rakan kariah masjid ada menjemput dia (Zakaria) untuk memberi khutbah dan kita tiada halangan. Kalau ditanya mengenai isu ini, kita memang akui nama ketua menteri memang ada disebut dalam doa khutbah. Nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut langsung tetapi ingin saya tegaskan bahawa pihak kariah sendiri tidak membuat apa-apa arahan atau permintaan supaya nama ketua menteri disebut dalam doa khutbah," katanya.

Hamir menambah, jawatakuasa kariah mempertahankan penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kerana mendakwa ia bertujuan memohon kepada Allah supaya Setiausaha Agung DAP itu diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam.

Ditanya kenapa nama Guan Eng disebut dalam doa berkenaan tetapi tidak nama Yang di-Pertuan Agong, Hamir menjelaskan, beliau sendiri tidak pasti kerana dalam teks doa tertera nama Tuanku Mizan. "Mungkin dia (Zakaria) terlupa sebab dia pun dari Perak bukan dari sini," ujarnya..

Hamir juga mengakui kejadian itu menyebabkan pihaknya dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Seberang Perai Utara (SPU) untuk memberi penjelasan. Sementara itu, Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelutong memberitahu, perkara sama turut berlaku di masjid di kawasannya kira-kira dua hingga tiga bulan lalu.

Menurutnya, khatib ketika itu hanya menyebut nama Guan Eng dalam doanya dan bukan Tuanku Mizan atau Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas. Menceritakan keadaan ketika itu, beliau menjelaskan, para jemaah agak tergamam apabila mendengar khatib membacakan bacaan doa berkenaan.

"Ada dalam kalangan jemaah berpandangan di antara satu sama lain dan tertanya-tanya mengenai kejadian itu. Kenapa khatib tidak menyebut nama kedua-dua pemimpin utama ini sedangkan nama Guan Eng disebut, itu yang kita tidak pasti," katanya.

Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak sendiri mengakui khatib ada menyebut nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini. Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah. Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri. Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan. Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya dipetik memberitahu Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang telah menerima sebanyak lima aduan berhubung bacaan doa dalam khutbah solat Jumaat yang menyebut nama Guan Eng.

Katanya berkata, aduan itu dibuat oleh jemaah di lima buah masjid di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Georgetown. Menurutnya, aduan itu menyatakan khatib bertugas hanya menyebut nama Guan Eng dan bukannya nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa pada khutbah kedua.

"Khatib sepatutnya menggunakan teks khutbah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk solat Jumaat dan tidak mengubah sesuka hati isi kandungannya. Bagaimanapun, banyak masjid yang dikuasai penyokong dan ahli Pas enggan menggunakan teks yang disediakan tetapi menggunakan teks mereka sendiri," katanya .

Shabudin turut menggesa MAIPP dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menyiasat perkara berkenaan bagi mengelak daripada berulang.


Post by.... Melayu CinDia


Aug 22, 2010

Pakatan Rakyat Mahu Hapus Sistem Raja Berpelembagaan

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendakwa terdapat segelintir dalam Pakatan Rakyat (PR) berusaha mahu menghapuskan sistem raja berperlembagaan dan institusi diraja.

Setiausaha Agung MPM, Dr Hasan Mad berkata ia terbukti dalam isu mengeluarkan nama Yang di-Pertuan Agong dari khutbah Jumaat dan digantikan dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Mereka mempergunakan orang-orang Melayu yang kurang cerdik untuk bersetuju dengan rancangan mereka untuk jadikan Malaysia sebuah republik," kata Hasan selepas mesyuarat tergempar MPM  hari ini.

Menurut Hasan, insiden ini adalah insiden keempat 'penderhakaan' terhadap institusi diraja  dan semuanya dilakukan oleh pemimpin PR.

Beliau merujuk kepada tindakan PR mempertikai peranan Sultan Perak ketika krisis Perak tahun lalu, insiden memalukan Raja Permaisuri Agong oleh kerajaan Selangor 4 Julai lalu serta penemuan kain rentang dengan lambang PKR yang menggunakan gambar Sultan Johor ketika ceramah politik PKR di Batu Pahat.

"Dah empat insiden berlaku, semuanya di kalangan Pakatan Rakyat. Mereka dengan cara halus semai kebencian ke atas institusi diraja," kata beliau.

Dalam pada itu, Pengerusi Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu MPM mendakwa arahan membaca khutbah kepada khatib menggunakan nama Ketua Menteri datangnya daripada pemimpin tertinggi negeri.

Siasatan Akan Di Jalankan Secara Terperinci

PEKAN 21 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang membuat siasatan sepenuhnya berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Perdana Menteri berkata pihak terbabit yang melakukannya perlu dikenakan tindakan sepatutnya mengikut peraturan sedia ada.

"Saya minta perkara ini disiasat sepenuhnya, siapa yang melakukan perkara ini, sebab peraturan membaca khutbah itu mesti ditentukan majlis agama dan kita tidak ada kebenaran untuk membaca skrip kita sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian kuih raya Angkatan Tentera Malaysia di sini.
Khamis lepas, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat yang dikesan sejak minggu lepas di beberapa masjid di sekitar Permatang Pauh dan Jelutong.

Azri

Aug 21, 2010

KARPAL SINGH PEJUANG RAKYAT - LAYAK PIMPIN NEGARA!!

Bagaimana agaknya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nak ‘melangkah’ Pengerusi DAP, Karpal Singh? Jangan sebut pasal undang-undang hudud. Ini dah macam pantang bagi Singa DAP itu.

Menteri Besar Kelantan itu boleh baca sendiri apa kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengenai cadangannya bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Bunyinya agak pedih tetapi Nik Aziz kenalah telan kerana Karpal Singh tidak akan berganjak walaupun seinci. Mungkin Tok Guru sekali lagi akan kata ini pandangan peribadi Karpal.Untuk dapat kepastian beliau perlu minta pendirian rasmi DAP sebagai sebuah parti.Mana tahu kalau-kalau DAP berbeza pandangan dengan Karpal dalam soal ini.

Kata orang setakat untuk duduk sama-sama atas pentas tunjuk solidariti pakatan rakyat sambil bergelak ketawa boleh.Namun bila datang soal prinsip bukan sahaja Karpal Singh tetapi pendirian DAP mengenai undang-undang hudud adalah jelas dulu,kini dan selamanya.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal Singh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur Jumaat.

Ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu Khamis bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.

Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat. Karpal Singh berkata, beliau amat jelas dalam perkara itu dan tidak mahu berhujah dengan Nik Aziz kerana pandangan beliau (Karpal) berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negara sekular.

Beliau memberitahu pada 1988, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.


Post by.... Melayu CinDia


Aug 20, 2010

OBAMA Presiden Amerika Seorang Muslim?


WASHINGTON: Lebih ramai rakyat Amerika Syarikat yang mempunyai salah tanggapan bahawa Presiden Barack Obama beragama Islam. Menurut satu tinjauan terbaru yang didedahkan semalam, sekitar 18 peratus rakyat Amerika mempunyai tanggapan itu. Ini berbanding dengan 11 peratus yang beranggapan demikian pada Mac 2009. Peratusan rakyat Amerika yang memberi jawapan betul bahawa Obama beragama Kristian telah merosot kepada 34 peratus. Majoriti responden atau 43 peratus berkata mereka tidak tahu apa agama yang dianuti Obama. ratusan itu meningkat berbanding 34 peratus yang memberi jawapan serupa itu pada awal 2009. Tinjauan itu dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Pew dan Forum Pew berkaitan Agama dan Kehidupan Awam. Ia berdasarkan wawancara yang dijalankan sebelum kontroversi sama ada sebuah masjid harus dibenarkan dibina berdekatan tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC), yang menjadi sasaran pengganas pada 9 September 2001. Minggu lalu, Obama berkata beliau percaya penganut Islam mempunyai hak untuk membina sebuah pusat Islam di situ walaupun beliau kemudian menjelaskan beliau tidak akan mengambil sembarang pendirian sama ada pusat itu harus dibina atau tidak. Dalam satu tinjauan berasingan yang dijalankan oleh majalah Time/ABT SRBI pada Isnin dan Selasa lalu, 24 peratus percaya Obama ialah seorang Muslim; 47 peratus berkata beliau beragama Kristian dan 24 peratus tidak tahu atau tidak memberi sembarang respons. Dalam tinjauan itu, 61 peratus responden membantah pembinaan pusat Islam berdekatan tapak WTC sementara 26 peratus menyokongnya. Obama beragama Kristian walaupun ayahnya yang berasal dari Kenya beragama Islam. Daripada usia enam hingga 10 tahun, Obama menetap di Indonesia bersama ibu dan bapa tirinya yang merupakan seorang warga Indonesia. Nama penuhnya, Barack Hussein Obama, yang bunyinya seakan nama Islam menyebabkan kekeliruan berkaitan agama yang dianuti Obama. Pengarah Pusat Penyelidikan Pew, Andrew Kohut, berkata kekeliruan itu sebahagian besarnya mencerminkan 'meningkatnya pandangan negatif mengenai Obama di kalangan pengkritiknya'. Enam daripada 10 orang yang ditinjau berkata mereka memperoleh maklumat bahawa Obama seorang Muslim daripada media. -AP





Aug 19, 2010

RONNIE LIU PALING LAYAK JADI MB SELANGOR !!!


Ingat dulu kalau ada saja dakwaan pasal berlakunya penyelewengan dan salahguna kuasa, pemimpin Barisan Nasional…pembangkang tidak tunggu seminit untuk desak bercuti atau letak jawatan segera sementara nak siasat.

Sebab tu seronok pasang teropong ke Selangor sekarang.Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin baru sedar bagaimana susahnya jadi pihak yang memerintah dan lebih senangnya jadi pembangkang. Kuasa sudah ada ditangan tetapi masih terkial-kial.

Isu surat kenduri surat sokongan oleh DAP yang membawa kepada pemecatan bekas pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yakni Tee Boon Hock sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) masih ribut dan belum selesai.

Fakta di depan mata sekarang ialah sekalipun Kerajaan Selangor tak sudah-sudah bercakap berdegar mengenai ketelusan segala macam sebilangan kontrak sudah diluluskan hasil ‘air tangan’ dari surat sokongan DAP.

Juga apa yang di depan mata sekarang ialah sandiwara bagaimana kerajaan negeri Selangor nak buat damage control keatas episod cakap tak serupa bikin ini. Khalid nampaknya gelabah berdepan dengan isu ini.Soalnya bagaimana beliau hendak menghadapi hu ha dikalangan DAP sendiri yang mendesak Ronnie Liu yang dulu lantang sangat bersuara mengenai dakwaan rasuah,penyewengan dan salahgunakuasa kerajaan BN supaya undur diri.

Beliau sendiri tahu bagaimana impaknya...dalam keadaan nak tunjuk imej bersih kerajaan pakatan rakyat – sekarang Exco Kerajaan Negeri itu sendiri didakwa sudah buat hal. Imej DAP sudah masuk longkang gara-gara isu surat sokongan.

Ronnie Liu sudah dibebaskan oleh Lembaga Disiplin DAP dalam isu surat sokongan baru-baru ini …tapi dengan peringatan keras kerana tidak urus pejabatnya dengan betul.

Tee yang dulu berkerja dengannya dipecat sebagai ahli DAP dan ahli MPK kerana mengeluarkan beberapa surat sokongan bagi dapatkan kontrak termasuk syarikat dimana anaknya ada kepentingan. Tee mendakwa surat sokongan yang dikeluarkannya adalah atas arahannya Ronnie Liu.

Sehingga ke hari ini Khalid masih mempertahankan Ronnie Liu kerana katanya tidak ada bukti yang boleh mengaitkan Exconya dengan surat sokongan yang dikeluarkan Tee itu. Bukti adakalanya memang susah.Ada yang berkata dalam politik bukan semua arahan dibuat secara bertulis.Jadi bagaimana nak buktikan satu arahan cakap mulut.

Tee mungkin bersalah kerana tidak memberitahu salah satu syarikat itu anaknya ada kepentingan.Soalnya beranikah beliau keluarkan surat sokongan begitu saja tanpa ‘ arahan’ dari bosnya?

Kini yang kuat mendesak agar Ronnie Liu lepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri bukan sebarangan orang.Ia datang dari Speaker Kerajaan Negeri Selangor orang DAP sendiri – Teng Chang Khim. Ini bukan isu dengan BN.Ini isu antara pakatan dengan pakatan.

Khalid cuba menutup pekong ini dengan memberitahu sidang akhbar Rabu satu aduit akan dibuat keatas semua Ahli Majlis Perbandaran dan surat sokongan yang dikeluarkan tanpa pengetahuan kerajaan negeri. Menariknya selepas lebih dua tahun memerintah baru tersedar adanya amalan kenduri surat sokongan dan kontrak sudah diberi.Ini pun setelah ia didedah oleh media.

Pada ketika yang sama kontroversi dalam DAP Selangor berterusan mengenai hal ini bila kumpulan puak penyokong Ronnie Liu pula mendakwa Teng sendiri ada mengeluarkan sebilangan surat sokongan bagi mendapatkan kontrak.

Khalid juga sampai hari ini tidak berani memberi komitmen surat sokongan tidak lagi boleh dikeluarkan. Seperti semua orang dengar Rabu,Menteri Besar itu kata Ahli Majlis Perbandaran boleh mengeluarkan surat sokongan asalkan ia ikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Peraturan. Siapapun boleh tetapkan peraturan. Semua kerajaan ada peraturan.

Politik selalunya melibatkan kepentingan baik secara tersurat maupun secara tersirat.Baik DAP,PKR maupun PAS sendiri tahu. Sembang boleh sembang.Soalnya bagaimana Khalid nak tentukan semua ikut peraturan? Episod surat sokongan ini mungkin kecil dikaca mata setengah pihak…tapi yang membuatkan ramai ketawa ia berlaku ketika pakatan rakyat hebat bercakap tentang tender terbuka dan ketelusan. Inipun mungkin ada banyak lagi yang belum terdedah.


Post by.... Melayu CinDia



Aug 18, 2010

DR. PORNO PEMBELA BANGSA CINA - KONONNYA...

Bunyinya macam pernah dengar. MCA mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi peranannya sebagai sebuah parti yang berasaskan kaum Cina yang terbesar dalam Barisan Nasional (BN), untuk terus menjadi relevan dalam masyarakat.

Itu antara kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek Selasa. Ini macam orang lemah yang terpaksa ‘bersuara besar.’ Itu kalau dilihat dalam kontek MCA sendiri yang semua orang sedia maklum kebelakangan ini.

Suaranya itu terpaksa ditujukan kepada hak 30 peratus ekuiti bumiputra kerana itulah kerap menjadi modal politik untuk ‘tunjuk kuat’. Jadi Presiden MCA itu tidak boleh marah orang Melayu marah beliau banyak cakap bab nak kurangkan ekuiti bumiputra dalam sektor ekonomi.

Reaksi tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin Selasa kepada kenyataan Dr Chua bahawa MCA tidak takut untuk berkongsi pandangan yang serupa dengan DAP dalam isu melibatkan kepentingan masyarakat Cina adalah reaksi mana-mana orang Melayu yang celik pada realiti.

Presiden MCA kata beliau kecewa Timbalan Perdana Menteri mengunakan peristiwa pergaduhan kaum 13 Mei 1969 dalam tegurannya supaya tidak mempersoalkan hak orang Melayu. Bagi Dr Chua keadaan sosio ekonomi Malaysia sudah jauh berbeza dari tahun 1969.

“Apa yang kami tuntut adalah setakat pembahagian yang adil. Usah gusar, kerana MCA tidak mempunyai rancangan dan kepentingan menidakkan komuniti lain berhubung apa yang telah menjadi hak mereka, “ katanya. Beliau berkata kesetiaan parti kepada BN janganlah dipersoalkan kerana ia telah melalui masa yang baik dan tidak baik ketika UMNO mengalami masalah.

"Untuk membolehkan bumiputera bersaing dalam asas yang lebih saksama, kita mencadangkan bagi satu pengurangan secara perlahan-lahan sebanyak 30 peratus ekuiti dan memperkenalkan harga yang diutamakan," katanya dalam satu kenyataan pada hari Selasa untuk mengulas teguran Muhyiddin.

Dr Chua berkata jika Malaysia mahu mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RKM-10) dan Model Baru Ekonomi untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, ia hendaklah menarik pelaburan dalam dan luar negara.

"Bagi menarik pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion di bawah RMK-10, kita mestilah pastikan bahawa ekonomi kita kompetitif dan bergerak," kata beliau.

Katanya sasaran itu hanya akan dicapai dengan meliberasasikan sektor seperti minyak, gas dan telekomunikasi serta potongan subsidi dan melaksanakan sistem tender terbuka dengan harga yang diutamakan untuk Bumiputera. Retorik boleh dan cakap memang senang.

Negara sudah merdeka hampir 53 tahun dan Dasar Ekonomi Baru kini sudah tinggal nama saja. Dr Chua bukan orang baru dalam arina politik.Beliau sendiri cukup tahu bagaimana lemahnya penguasaan ekonomi orang Melayu hingga matlamat 30 peratus belum tercapai sampai ke hari ini.

Orang yang faham politik mungkin kata jangan salahkan Dr Chua kalau beliau kena terus berkokok bab itu. MCA kini berada ditahap bagai orang yang terkapai-kapai mencari dahan untuk bergayut. Soalnya apakah isu nak potong hak Melayu saja yang akan membuat parti itu merasa ia terus relevan di kaca mata orang Cina?


Post by..... Melayu CinDia



Aug 17, 2010

PERLEMBAGAAN BARU KETEPI ISLAM & MELAYU?? - SYABAS DAP.. SYABAS MCA!!!


LUMUT, 16 Ogos – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan dakwaan bahawa ada pihak telah menyediakan "perlembagaan baru" bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara yang perlu dipandang serius.

"Ini isu yang cukup besar dan tidak boleh dipandang ringan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada Fakir Miskin, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Pulau Pangkor pada hari Isnin.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang mendakwa mengenai wujudnya "perlembagaan baru" yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Menteri Besar bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu sehingga berpeluang membaca sendiri dokumen yang dikatakan itu.


Sumber Bernama
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone




Post by..... GOMO



PAS Selangor Luluskan Pesta ARAK Di Bulan Ramadhan???


Dalam sibuk sibuk Hasan Ali mengatakan Noh Omar alim-alim kucing kita mungkin menjangkakan sesuatu tindakan akan diambil oleh Exco Agama Selangor ini sekurang-kurangnya masa pusat-pusat hiburan ini ditutup lebih awal.Kalau sebelum Ramadhan pusat tersebut ditutup pukul 3 pagi mungkin Hasan Ali boleh menasihatkan sparing partner beliau Ronnie Liu supaya ditutup lebih awal.

Walaupun tahap kebacaulan Hasan Alu terhadap Ronnie Liu terselah dalam isu arak sebelum ini sekurang-kurangnya beliau mengambil sedikit iktibar diatas desakan daripada Noh Omar.Antara kebaikkan yang boleh diambil kira adalah kurangnya risiko kemalangan terhadap orang-orang Islam yang keluar mencari makanan untuk bersahur.Kita harus mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi kepada pelajar UITM yang dilanggar oleh Adun Sekinchan yang dilaporkan didalam keadaan mabuk ketika memandu.


Sekiranya pusat-pusat maksiat ini ditutup pukul 3 maka.................

Baca Lagi KLIK KITA GEMPUR.COM

Aug 16, 2010

UMNO SELANGOR GUNA MASJID MEDAN POLITIK KOTOR!!!

Blog Kerengga melalui penulisan Roslan SMS berkata UMNO semakin terdesak apabila menggunakan masjid sebagai medan berpolitik. Sejauh mana kebenaran ini?? Berikut merupakan kenyattan melalui blog Kerengga.

UMNO mahu mempolitikkan masjid di bulan Ramadhan ini terus hangat. Siang tadi saya menerima panggilan bertalu-talu dari berbagai pihak menyatakan bantahan terhadap cadangan Umno Selangor untuk mengadakan majlis berbuka bersama PM (yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor) di Masjid Nurul Ehsan, Kg Medan, Petaling Jaya.

Malah petang tadi saya telah menemani Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali bersama Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Sdr Khairuddin Othman bertemu dengan Dato' Menteri Besar di rumah beliau bagi melahirkan kebimbangan PAS Selangor terhadap apa yang berlaku. Sedang kami berada di rumah MB berbagai pihak bertandang ke masjid berkenaan termasuklah kontraktor yang mahu memasang khemah tetapi dihalang oleh pihak pimpinan masjid.

Pimpinan UMNO Selangor turut berada di masjid kononnya untuk berunding. Tanpa segan-silu mereka mengguna dan menjual berbagai nama untuk melanggar masuk mengguna masjid, termasuklah nama MB, EXCO Agama malah nama istana pun turut dibabitkan. Mujurlah pihak pimpinan masjid menghadapi isu ini dengan tenang dan membenarkan kami dan MB merundingkan suatu penyelesaian terbaik demi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Hakikatnya UMNO Selangor mahu guna masjid. Surat permohonan atas nama parti itu diserahkan kepada Nazir masjid. Pihak masjid keranan menjunjung titah Tuanku Sultan telah menolak permohonan itu kerana masjid tidak boleh digunakan bagi tujuan politik. Itu bukan arahan MB atau EXCO Agama, itu perintah Tuanku sendiri. Jangankan Umno, PAS dan PKR pun tidak pernah membuat sebarang permohonan begitu untuk guna masjid di Selangor ini!



Saya masih ingat semasa Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam tahun lalu, Pengarah JAIS mentah-mentah menolak permohonan bagi membenarkan YAB Mursyidul Am dan YB Presiden PAS berkhutbah dimana-mana masjid di Selangor. Lalu apa istimewanya Umno yang merupakan parti pembangkang di Selangor ini? Kalau pusat-pusat, kemudahan dan bangunan milik kerajaan Persekutuan, pimpinan kerajaan negeri diharamkan menjejak kaki, apa pula istimewa Umno di pusat-pusat, kemudahan dan bangunan milik negeri.

Saya difahamkan apabila ditolak oleh Nazir, maka Umno Selangor mengguna apa sahaja talian hayat yang tinggal pada mereka, walaupun tanpa mengiku peraturan untuk memastikan agenda mereka itu dapat diteruskan juga. Surat Umno ditukar dengan surat dari Pejabat PM dan kali ini diserah terus kepada JAIS.
Apakah mereka ini sudah hilang pertimbangan sehingga menjadi jahil dan buta peraturan. Mengapa dari awal tidak buat permohonan rasmi?

Jika PM mahu turun sepatuntnya Pejabat PM menghubungi Pejabat MB, tidakkah itu sopan dan mengikut saluran namanya? Kenapa perlu digunakan surat berkepala Umno, ditandatangani oleh SU Kerja Umno Negeri dialamatkan kepada Nazir.........beginikah cara Umno mengurus diri mereka?
Akhirnya setelah berunding, kata putusnya pihak negeri memberikan laluan tetapi bersyarat.

Antaranya tiada sepanduk dan bendera UMNO dibenar dikibarkan, tiada ucapan politik, semua pimpinan setempat termasuklah ahli parlimen, ADUN, ahli majlis dan lain-lain mesti diundang dan paling penting sekali majlis itu nanti mesti dianjurkan oleh pihak JAIS dan bukan parti politik. Saya mendengar sendiri arahan yang diberi oleh Dato MB kepada Dato Setiausaha Kerajaan Negeri melalui telefon.

Kemudiannya Dato Hasan menghubungi Nazor masjid memberikan arahan yang sama, kata Dato Hasan yang dibenar memberi ucapan adalah Nazir dan PM.
Malah apabila saya bertanya kepada Dato MB, bagaimana jika Noh Omar berucap, bagaimana jika Ezam Md Nor berucap? Kata Tan Sri mereka tiada tauliah, tidak boleh, jika bercakap juga kita tangkap!

Walaupun berat kita terima keputusan negeri, tetapi kita wajib memastikan yang pihak pemohon mematuhi semua peraturan yang disebutkan di atas. Kepada ahli kariah Masjid Nurul Ehsan, raikanlah mereka tetapi berwaspada jika ada pihak-pihak lain selain yang dibenarkan itu berucap,ambil tindakan.

Teruk betul UMNO Selangor ni.. Sanggup gunakan Masjid sebagai medan politik... Ish3...



Post by..... Melayu CinDia




Aug 15, 2010

DAP TAWAN PRU 13 - LIM GUANG ENG 'JAGUH' RAKYAT!!!

Bijak Lim Guan Eng.Kita kena tabik Setiausaha Agung DAP yang ligat ini. Cepat macam kilat dia cari idea untuk ‘potong’ pasal hu ha isu orang DAP kenduri surat sokongan untuk dapatkan kontrak di Selangor. Sebelum lagi bising…lagi kecoh pasal kes itu, Ketua Menteri Pulau Pinang ini dah sumbat bagi ‘gula-gula’…mana tau ramai jadi khayal melayang bila nampak lambang roket nanti.

Syoknya Guan Eng buat macam tak ada hal saja apa yang berdentam berdentum di mesyuarat Lembaga Disiplin DAP Khamis dan sebelum tu Ahli Majlis Perbandaran Klang dari DAP Tee Boon Hock kena pecat pasal kes dok bagi surat sokongan. Sedangkan ada kawan-kawan dalam DAP bagitau Guan Eng memang malu besar dengan isu kenduri surat sokongan di Selangor tu.

Ini kerana parti itu sentiasa nak tunjuk dia nombor satu paling bersih. Soalnya sekarang macam mana nak cover line cepat-cepat. Angin tarak …guruh tarak , Jumaat kelmarin dia tiba-tiba umum nak bagi habuan kepada seluruh rakyat jelata kalau-kalau pakatan rakyat dapat membentuk kerajaan persekutuan masa pilihanraya umum ke 13.

Moga-moga “ gula-gula” ni boleh buat orang lupa terus bab kong kalikong yang berlaku di Selangor. Wargaemas 60 tahun keatas kena umpan akan dapat RM1,000 setahun.Para pemilik kenderaan tentu seronok dengar janji saman ekor dihapuskan dan budak-budak muda pula dok kenang pasal wifi yang nak dibekalkan percuma di seluruh negara.

Dia nak tembak tiga-tiga golongan sekali.Orang tua,orang-orang biasa dan orang muda. Boleh ke tak boleh buat nanti, tu belakang kira…yang penting tabur janji dulu. Banyak orang yang mudah lupa. Kalau tak percaya buat tinjauan mengejut baik di Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan.

Cuba tanya sapa yang ingat senarai janji yang dibuat oleh pakatan rakyat sebelum PRU ke 12 dulu dan berapa banyak yang sudah dan belum dilaksanakan. Boleh gerenti ramai yang garu kepala tak ingat. Banyak menang banyak tapi sapa peduli. Yang penting buka janji baru…lupakan yang lama.

Sebab itu ikut cakap kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat menjelang PRU ke 13 ni depa akan buat macam orang putih kata work smart . Itu baru tiga ‘ gula-gula’ dari DAP. Kata Guan Eng bos-bos pakatan lain dah setuju DAP umum janji tu. Itu juga baru bunga-bunga awal. Macam mana pula bila dah nak masuk gear bila dekat pilihanraya nanti.

Itu baru janji DAP.Macam mana dengan PKR. Macam mana dengan PAS. “Well..you boleh expect bagai dibuai mimpi nanti… who cares, janji aje,” kata seorang kawan Aktivis Pakatan.


Post by.... Melayu CinDia



Powered by Blogger.