Jul 25, 2010

PISAU.NET DAKWA PAKATAN HAPRAK!!!

Pakatan haprak mengunakan dalil kononnya pihak BN dan UMNO cemburu dengan pentadbiran mereka di beberapa negeri apabila sering kali didedahkan kebobrokan mereka mengaut hasil negeri ,rasuah,kroni dan skandal.

Ibarat mendapat lesen besar bagi mereka melakukan apa saja apabila perlakuan mereka didedahkan,maka dituduhnya pihak Umno cemburu. Jika inilah dalil yang digunakan oleh mereka ,maka lebih banyak hasil wang kerajaan negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang harus dikaut habis habisan,projek dan pasir dikaut dan diambil sebanyak mungkin.

Rakyat memerhatikan dengan penuh jelek dan benci terhadap perlakuan mereka,walaupun baru 2 tahun memerintah ,pelbagai masaalah ditimbulkan malah terlalu banyak janji pilihanraya sehingga kini langsung tidak ditunaikan.

Jika politik cemburu yang diperkatakan oleh juak pakatan haprak dijadikan asas untuk mengelakkan dikritik,maka apa kurangnya mereka apabila begitu tergila gilakan mahukan Putrajaya dengan kempen 16Sept .Mereka ini ibarat meludah kelangit, setiap apa yang diperkatakan bagaikan menjilat ludah sendiri. Jijik bukan?

Haprak Daily dengan sinisnya memperlekehkan penduduk melayu Pulau Pinang apabila melabelkan orang melayu kampung saja yang menyokong UMNO,inilah bukti betapa pihak PAS lidah bercabang,semasa sesi ceramah wang kutipan derma orang kampung juga di ambil,dalam masa yang sama turut menghina golongan berpendapatan rendah.Barangkali mereka berasakan amat mudah menipu dan memperbodohkan orang kampung dengan cerita fitnah mereka.

PAS turut menjual agama dan memperlekehkan bangsa sendiri untuk meraih sokongan bukan melayu,mereka turut terhegeh hegeh mahukan sokongan orang melayu yang semua orang tahu sekarang ini sudah tidak menyokong PAS.


post by..wayne

sumber : blog PISAU.NET




Jul 22, 2010

SUDAHLAH!! - HARUSSANI TAK LAYAK CAKAP SOAL PERPADUAN.

Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Perak, DRS. KHALIL IDHAM LIM menegur Mufti Perak, Tan Sri Harussani agar berdiam diri dan tidak lagi mencampuri urusan UMNO mahupun PAS.

Beliau yang juga ADUN dari PAS mendakwa Mufti Perak itu menutup mata dan mulut dengan segala kepincangan dan kerja maksiat yang dilakukan oleh kerajaan memerintah. "Mengapa Mufti Perak menjadi bisu serta merta dengan apa yang terjadi di dalam rampasan kuasa di Perak negerinya sendiri?"


"Situasi yang berlaku di Perak sudah cukup menggambarkan bahawa Mufti Perak ini tiada kewibawaan langsung untuk bercakap soal Melayu jauh sekali untuk bercakap tentang penyatuan Islam. Oleh yang demikian, abaikan sahaja apa yang perkatakan kerana setiap kali beliau bercakap kita akan terhidu `bau Umno' dimulutnya'. katanya.

Beliau berkata demikian menerusi blog politik beliau, CINA ISLAM yang disiarkan pada hari ini. Sejauh mana kebenaran pandangan beliau? Adakah benar Mufti Perak ini tidak layak bercakap soal Islam atau Melayu.

Inilah pandangan seorang ADUN PAS dari Perak. Mungkin mana-mana pihak tidak berhak memarahi atau beremosi dengan pandangan beliau kerana inilah politik tanah air kita. Demokrasi...

Tapi rasa-rasanya... Bagi sahaja jawatan MB Perak pada Tan Sri Harussani.. Habis cerita. PAS diam.. UMNO pun diam... Kot... Sebab orang politk ni, tak ada isu... cari isu.. kan??


Post by... AMAT



Jul 20, 2010

DAP SENYUM LEBAR - TOK GURU TOLAK PERPADUAN MELAYU

Pengerusi DAP Karpal Singh yang baru menyambut harijadi ke 70 tentu merasa cukup gembira dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat. Beliau yang kebetulan mendapat cuti sakit dapat berehat tenang-tenang mendengar Muryridul Am PAS itu mengulangi dendangan sudah menutup rapat pintu hatinya pada perpaduan Melayu.

Bukan satu rahsia kebimbangan utama agenda politik DAP ialah perpaduan Melayu. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedia maklum perpaduan Melayu boleh bikin rosak programnya mengintai Putrajaya. Baik Karpal mahupun Anwar cukup sedar kuasa politik Melayu di negara ini dipegang oleh UMNO dan PAS.

Nik Aziz menjadi pelengkap impian mereka sekalipun satu dunia tahu baik PKR dan DAP ‘ mati hidup balik ‘ pun tidak mungkin dapat terima konsep negara Islam yang terus menerus dijual sebagai modal politik PAS. Kata orang the bottom line ialah politik dan kuasa.Itu saja yang jelas depan mata. Memang rasa boleh bodoh sekejap kalau dikenang pada kenyataan Tok Guru itu yang meletakan syarat UMNO perlu menukar ‘kebangsaan’ kepada ‘Islam’ untuk menyesaikan persoalan ‘ perpaduan Islam' tanpa rundingan. “Islam adalah ‘pasport’ untuk ke syurga, ‘Melayu’ tidak boleh ke syurga,” katanya.

Dalam ertikata lain bunyinya macam Parti Islam SeMalaysia adalah jambatan ke syurga. Anehnya syarat itu tidak pernah diletakannya pada PKR dan tentu sekali tidak pada DAP, dalam ikatan perpaduan mereka. Apakah beliau tidak mahu melihat orang Melayu dalam PKR juga mendapat laluan ke syurga.

Malah Karpal Singh relaks saja mengulangi kenyataannya baru ini sama sekali tidak akan menerima konsep negara Islam PAS. Mungkin beliau sudah menduga PAS tidak akan berani ‘ berbunyi’. Nampaknya begitulah.Nik Aziz sendiri hanya setakat berani komen kata itu adalah pandangan peribadi Karpal.

Beliau tentu akan malu besar jika meminta pendirian rasmi parti DAP kerana tahu parti itu tidak pernah berganjak dari pendirian menolak konsep itu. Cuba Nik Aziz tanya Anwar pula. Apakah berani Ketua Pembangkang itu kata PKR sehaluan dengan PAS dalam konsep negara Islam.

Semua orang tahu jawapannya - politik dan kuasa. Bab perpaduan Melayu kira boleh pergi jalanlah. Paling tidak kita boleh tabik Nik Aziz kalau beliau tidak hipokrit mengaku nak berkuasa menerusi pakatan pembangkang.

Mengunakan alasan ' Islam ' pada UMNO tetapi tidak pada PKR dan takut hilang kawan dengan DAP jelas nak perbodohkan semua orang. Nik Aziz akan terus hidup dengan dendam kesumatnya dan tidak habis-habis mengungkit kisah perceraian PAS-UMNO yang sudah lama berlalu. Beliau tidak mudah lupa...begitu juga DAP tak akan lupa dan pasti tidak akan terima konsep negara Islam PAS.

PKR...biasalah ‘main sorok-sorok’. Nik Aziz patut tanya kenapa orang di Tanjong atau di Bukit Bintang atau di Cheras atau di Ipoh Timor berpadu tenaga mengundi DAP dari dulu sampai sekarang. Sedangkan semuanya serba lengkap di kawasan-kawasan itu yang terletak dalam bandar. Kalau Nik Aziz tidak dapat jawapannya mana-mana orang PAS boleh tolong bisikan padanya.

Yang pasti ia bukan pasal tukar dari ‘ kebangsaan’ kepada ‘Islam’ yang dituntutnya dari UMNO. Ada juga kedengaran orang PAS dan PKR yang kata isu perpaduan Melayu hanya dinyanyikan oleh UMNO untuk menakutkan orang Melayu.

Realitinya kalau penglihatan kita jelas melihat sekeliling – banyak hal yang patut membuat orang Melayu perlu merasa waspada. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sudah memberi pandangan dan menyuarakan kebimbangan beliau tentang ini kalau senario perpaduan Melayu terus begini.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan tentang kuasa politik golongan minoriti yang menjadi kuasa penentu. Kerana itu orang Melayu kini ibarat sudah jadi minoriti sekalipun mereka majoriti. Silap haribulan banyak kampung yang boleh tergadai...kerana Tok Guru nak menang sorak.

post by... AMAT



Jul 13, 2010

PAS BELI AHLI PARLIMEN BN?? - FITNAH ATAU REALITI..



Ini cerita lebih dua tahun yang lalu.Namun apa yang ditulis oleh Syed Azidi Syed Aziz @ blogger Kickdefella ini boleh membuat orang bertanya apakah betul PAS pun turut terlibat dalam cubaan untuk membeli wakil rakyat Barisan Nasional selepas tsunami pilihanraya umum ke 12.

Kalau mengikut apa yang didakwa Syed Azidi tentang satu SMS yang diterimanya pada 9 Mac 2009 bunyinya macam begitu. Maka Datuk Husam Musa yang dikaitkan secara langsung dengan SMS itu perlulah menjelaskan apa ceritanya ini semua.

Syed Azidi ialah bekas pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang ' lapor tugas' pada Husam sebelum dipecat oleh bekas CEO PMBK ,Ariffahmi Abdul Rahman yakni menantu kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau telah membuat pelbagai pendedahan mengenai pentabiran Nik Aziz dalam laman blognya kebelakangan ini.

Dalam tulisan terbarunya pada 11 Julai di laman blog Kickdefella,Syed Azidi mendakwa menerima SMS yang bertulis ‘ Wang sudah ada untuk pembelian wakil-wakil rakyat BN ’ dari seorang ahli perniagaan rakan kepada bekas Naib Presiden PAS itu. Katanya SMS itu diterimanya semasa menghadiri satu mesyuarat di rumah Husam yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen PKR Machang,Saifuddin Nasution yang kini Setiausaha Agung PKR.


Dakwa Syed Azidi daripada konteks mesyuarat hari itu, beliau difahamkan wang tersebut untuk membeli Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional secepat mungkin.

Dakwaan ini agak mengejutkan mengenangkan PAS selama ini mendakwa tidak pernah terlibat main duit apa lagi untuk membeli wakil rakyat BN. Nik Aziz sendiri antara yang bukan main punya kecam tindak tanduk membeli wakil rakyat.

Baru-baru ini Syed Azidi telah mendedahkan mengenai wang RM4 juta untuk Global Media Channel yang dipeloporinya untuk melemahkan pentabiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi sebelum pilihanraya umum lalu.

Akhirnya setelah berdolak dalik Husam mengakui beliau terlibat dalam urusan menyediakan dana berkenaan. Husam selama ini dikatakan adalah salah seorang puak Erdogan yakni golongan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS.

Semua orang tentu ingat tentang dakwaan Anwar sudah ada cukup bilangan Ahli Parlimen BN yang nak lompat untuk gerakan 16 September 2008 yang tak menjadi.


Berikut ialah tulisan Syed Azidi mengenai hal itu: Saya berada bersama YB Dato’ Husam Musa di dalam rangka lawatan rasmi ke Beijing pada awal Februari 2009. Sewaktu wakil dari Beijing Enterprise Development Corporation sedang memberi taklimat di hari terakhir lawatan sebelum kami menandatangani perjanjian sefahaman, talian handphone YB Husam tidak berhenti berdering. Tamat taklimat oleh orang besar BEDC, YB Husam memohon maaf di atas kebisingan telefon bimbitnya. “I have to answered those calls ….” lebih kurang begitu penjelasannya. Perak sudah kembali kepada Barisan Nasional. Suasana dingin minus 6 dibawah paras beku di Kota Beijing tidak dapat menyamankan kami. “Kita sembahyang hajat sampai ke Yemen…” Kata Husam kemudian, menjelaskan betapa sukarnya usaha untuk mendapat perkenan supaya YB Nizar Jamaluddin diangkat sebagai Menteri Besar Perak selepas PRU 12. Ketika itu Husam adalah Naib Presiden PAS dan beliau ditugaskan menyelesaikan urusan penubuhan Kerajaan Campuran PAS, DAP dan PKR di Perak. Setahun sebelum itu, jam 8.00 pagi, 9 March 2008, Husam membuat panggilan telefon kepada saya dan mengarahkan saya datang segera ke rumahnya. Lebih kurang jam sebelas pagi, Saifuddin Nasution Ismail tiba. Perbincangan berkisar kepada bagaimana menubuhkan sebuah kerajaan di Perak. Saifuddin dengan jelas di dalam pertemuan itu menyebut PKR tiada calon yang layak untuk dicadangkan sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, Saifuddin mencadangkan nama Dr. Zambry, YB BN yang menang di Pangkor. Saifuddin nampak yakin bahawa YB Dr. Zambry Abdul Kadir akan sertai PKR untuk menjadi Menteri Besar Kerajaan Campuran di Perak. Di dalam mesyuarat yang sama, saya menerima SMS dari seorang tokoh perniagaan yang juga sahabat Husam. SMS itu di antara lain menyebut bahawa ‘Wang sudah ada untuk pembelian wakil-wakil rakyat BN’. Saya tidak pasti sama ada wakil-wakil rakyat itu adalah termasuk Dr. Zambry tetapi daripada konteks mesyuarat hari itu, sefaham saya ialah wang tersebut untuk membeli Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional secepat mungkin. Sehingga hari ini saya tidak pasti mengapa sms itu dihantar kepada saya. Atau sms itu dihantar kepada orang lain dan di salin kepada saya. Sepekara lagi yang dibincangkan pada hari itu ialah kedudukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saifuddin menimbulkan persoalan sama ada jika Anwar diangkat sebagai Senator, apakah dia boleh dipilih sebagai Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, segala pokok perbincangan hari itu tidak kemana kerana Saifuddin asyik mahu merujuk kepada Dato’ Seri Anwar di dalam segala hal. Akhirnya, Husam bangkit membentang sejadah di ruang tamu rumah itu dan menunaikan sholat sunat tanpa berkata apa-apa lagi pada kami.

Hasil dari pembuangan undi pada 8 Mac 2008 untuk 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, keputusannya ialah BN UMNO dapat 27 kerusi DUN, BN MCA dapat 1 kerusi. BN UMNO tewas 5 kerusi dan BN MIC tewas 1 kerusi kepada PAS menjadikan jumlah ADUN PAS ialah 6. BN MCA tewas 14 kerusi, BN GERAKAN tewas 3 kerusi dan BN MIC tewas 1 kerusi kepada DAP menjadikan jumlah ADUN DAP ialah 18 semuanya. BN UMNO tewas 2 kerusi, BN GERAKAN tewas 1 kerusi, BN MCA tewas 2 dan BN MIC tewas 2 kerusi kepada PKR. Ini menjadikan jumlah ADUN PKR ialah 7 semuanya. Keputusannya, BN 28 kerusi, DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi. BN boleh menubuhkan kerajaan minoriti kerana pada ketika itu tiada platform yang mengikat ketika-tika parti pembangkang, tetapi memilih untuk menjemput PAS menyertai Kerajaan yang bakal ditubuhkan.

Secara rasminya, PAS menolak cadangan Kerajaan Campuran dengan BN, sebuah keputusan yang saya amat hargai pada waktu itu. Jika PAS menubuhkan Kerajaan bersama BN pada ketika itu, ia hanya akan menyukarkan semula usaha untuk menyingkirkan Abdullah Ahmad Badawi dari tampuk pemerintahan negara.

Abdullah adalah masalah besar kepada Malaysia.
Abdullah sudah membawa petaka itu kepada rakyat Malaysia. Usaha yang boleh membantu menyelamatkan Abdullah adalah usaha yang belot terhadap keputusan pengundi pada 8 Mac 2008 itu. Pendirian Husam amat jelas dalam soal ini, dan saya bangga sekali. Tetapi menyertai Kerajaan Campuran bersama DAP adalah satu matlamat singkat dan merbahaya kepada bukan sahaja PAS, tetapi kepada umat Islam dan orang-orang Melayu di Malaysia.

Tersingkirnya Abdullah Ahmad Badawi sepatuntya membuka ruang penyatuan semula bagi orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia.
Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai 59 buah kerusi Dewan Undangan Negeri. 38 kerusi DUN adalah kawasan di mana lebih 50% pemilihnya terdiri daripada orang-orang Melayu. Manakala 21 kerusi DUN nya mempunyai komposisi pemilih Melayu kurang daripada 50%.

Daripada 21 kerusi yang mana pemilih Melayu kurang daripada 50%, 19 daripadanya menunjukkan penguasaan pemilih Cina lebih daripada 50% dan kerusi-kerusi itu dimenangi secara total oleh Pembangkang.

Jul 8, 2010

FELDA SAMAN SUARA KEADILAN - HARAKAH PULAK YANG DIGANTUNG??




Media akhbar rasmi PAS, Harakah digantung? Ada pihak yang mengatakan bahawa Harakah akan digantung akibat pelbagai masalah termasuklah penerbitan di mana pihak akhbar tersebut gagal menghantar 8 salinan setiap keluaran akhbar tersebut ke KDN.

Namun begitu, Pemangku ketua pengarang Harakah Taufek Yahya berkata pihaknya membuat keputusan itu memandangkan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru diterimanya tengah hari ini tidak melarang tindakan itu. Malah menurut beliau, Harakah Edisi Jumaat telahpun dicetak dan akan diedarkan seperti biasa.



Selain Harakah, akhbar rasmi Suara Keadilan turut berhadapan dengan masalah yang sama setelah mengeluarkan maklumat berbau fitnah yang mengatakan bahawa FELDA BANKRAP. Malah, pihak FELDA juga akan menyaman akhbar tersebut kerana fitnah tersebut telah memberi kesan negatif kepada syarikat tersebut.

Macam - macam...

Powered by Blogger.