May 25, 2010

KTMB.. MARUAH NEGARA DIJUAL!!

SINGAPURA - Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di sini ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011. Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP. Keputusan itu dicapai pada pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La di sini semalam. Pada sidang akhbar bersama di sini, kedua-dua pemimpin itu berkata, tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte. Ltd. yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini. Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

Majlis Raja Raja Di Minta Campur Tangan Isu Judi Bola Sepak

KUALA LUMPUR – Pas meminta Majlis Raja-Raja campur tangan bagi menangani isu pemberian lesen judi bola sepak melalui memorandum yang diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah.

Rombongan diketuai Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bersama beberapa pemimpin Pas mendesak kerajaan membatalkan pemberian lesen judi itu.

Mahfuz menganggap lesen judi bola sepak Piala Dunia yang akan bermula 11 Jun ini boleh membawa kemudaratan kepada rakyat khususnya golongan muda.

“Kelab bola sepak dan pemain mereka menjadi idola remaja, jadi kita bimbang tindakan kerajaan itu akan membawa padah kepada golongan muda,

“Alasan kerajaan pemberian lesen itu bertujuan menghindarkan kegiatan pertaruhan secara haram juga tidak dapat diterima,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan memorandum itu, semalam.

Beliau berkata, tindakan meluluskan lesen itu dianggap tidak menghormati institusi raja sebagai ketua agama Islam.

“Ini juga tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara dan tidak menghormati semua agama yang menolak amalan perjudian,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Majlis Raja-Raja Melayu pada era 1960-an dulu pernah menunjukkan teladan kepada rakyat dengan mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) membatalkan loteri kebajikan masyarakat.


"Almarhum Raja Perlis adalah raja yang paling menonjol menegur pemimpin BN itu.

"Justeru, mesyuarat Majlis Raja-Raja, pada 26 Jun ini yang dipengerusikan Raja Perlis diharap dapat bertindak dan memainkan peranan seperti mana ayahanda baginda yang menentang kuat pelaksanaan loteri satu ketika dulu.

Menurut Mahfuz, satu rombongan yang diketuai Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga akan berjumpa Majlis Fatwa Kebangsaan untuk berbincang mengenai bantahan itu.

Beliau berharap golongan ulama bangkit membantah pemberian lesen judi dan berperanan lebih besar dengan membuat teguran berhubung kelulusan lesen itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menafikan dakwaan bahawa premis minuman arak dan judi di Selangor semakin bertambah.

Sebaliknya, katanya, tidak ada premis baru yang diluluskan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat sedang berusaha membersihkan serta mendidik masyarakat meninggalkan budaya itu,” katanya.

May 23, 2010

Himpunan Bantah Judi Bola Sepak Piala Dunia Di Ipoh Perak

PERMATANG PAUH, 21 Mei: "Mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


“Mungkin kerana malu, segan atau takut dikenakan tindakan kerana menentang arus kerajaan," begitulah antara suara yang berkumandang daripada pemidato yang mengadakan demontrasi aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, dekat sini selepas solat Jumaat tadi.


Program yang berlangsung selama 45 minit berjaya menghimpun 400 orang untuk membantah judi terbaru itu.


Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mohd Piah dalam kenyataanya membidas pemuda Umno seluruh negara kerana tidak bangkit untuk menyuarakan bantahan kerana isu judi yang merupakan sentiviti umat Islam.


Katanya, ia bukan perkara main-main untuk diperjuangkan sebaliknya adalah perjuangan akidah kerana perjudian tetap diharamkan dalam Islam, tidak ada dolak dalik dalam soal tersebut.


Dulu katanya, pemuda Umno bukan main bingkas bangun kononnya Islam akan tercabar kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi sunyi apabila isu itu meletup selepas Kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan perjudian bola di Malaysia menjelang Piala Dunia pada Jun nanti.


"Mana dia pemuda Umno, tokoh agama Umno dalam hal ini kenapa mereka membisu sampai kini. Sepatutnya sebagai seorang Islam mereka kena bangkit menentang BN yang jelas bersekongkol dengan tabiat buruk," tambahnya.


Kerajaan, tegasnya telah mengikut jejak syaitan dan bertindak biadap kerana judi mengundang kerosakan.


Tegasnya, judi sama ada berlesen atau tidak tetap haram di sisi Islam yang meningkatkan jenayah setelah berlaku pergaduhan antara kaki judi yang berhutang sama ada dengan ah long atau sebagainya.


"Jenayah pasti meningkat bila perjudian dibenarkan. Adakah tidak memadai dengan kebenaran lesen-lesen perjudian yang lain seperti penjualan Sport Toto, Dama Chai dan seumpamanya di seluruh negara," jelasnya.


Antara yang berucap di majlis berkenaan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein, Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Haji Ghazali, Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Ketua Cabang Keadilan Bagan, Farid Arshad dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Sidiq Noor.


-Harakah Daily

Laporan Pemuda PAS Perak :

Powered by Blogger.