Dec 6, 2010

UPDATE - KHIR TOYO DICEKUP SPRM !!





Pada mulanya seperti tidak percaya. Apabila saya menelefon saya beliau telah mengesahkan bahawa Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo telah didakwa atas tuduhan rasuah. Turut di dakwa Pengarah DTamas Sdn. Bhd. Shamsuddin Haryoni. Kedua-duanya telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Shah Alam pada hari ini.



Khir Toyo sebelum ini telahpun disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atas pertuduhan tersebut. Adakah ini merupakan misi Kerajaan Negeri Selangor sebagai balas dendam terhadap sikap agresif Kumpulan Pro BN terutamanya Gerakan Anti Penyelewengan Selangor membongkar penyelewengan Kerajaan Negeri?

Buat Datuk Seri, jangan khuatir. Berani kerana benar. Insyaallah, selepas ini lebih ramai lagi Pemimpin2 Kerajaan Negeri dari PKR, DAP dan PAS akan kita humban ke dalam penjara kerana penyelewengan mereka lebih dahsyat. Saya yakin, (GAPS) akan berjuang membongkar unsur2 sebegini.

Saya juga menyeru UMNO Selangor bangkit bersatu dan bangun dengan satu perjuangan bagi mendedahkan penyelewengan Kerajaan Negeri yang kini kian tenat. Jika kita biarkan ianya terus agresif, rakyat Selangor terutamanya Bumiputra akan terus dizalimi secara halus.



Post by... Melayu CinDia

4 comments:

Anonymous said...

Haha.. Nk tergelak aku dgr.. Ada ke berani kerana benar.. Klu berani dedahkan mana dia dapat duit tu.. Ape ke bangang nyer ko ni..

Anonymous said...

Dakwaan adalah satu proses tetapi bukanlah bermakna kesalahan telah berlaku.

Yang penting reaksi dari dakwaan sedemikian ini. Bagi pihak lawan, mereka akan jadikan dakwaan sebagai tanda kesalahan.

Kalau dakwaan dianggap sudah bersalah makanya pembangkang berada dalam kehipokritan.

Ya, mereka adalah hipokrit-hipokarat kerana bukan saja tidak menganggap pemimpin sendiri yang didakwa sebagai bersalah malah pemimpin berkenaan di bela seumpama insan yang maksum.

Ini menunjukkan, apabila semua aspek kehidupan dilihat dari sudut politik partisan, akan sampai masanya, kesongsangan menguasai keadaan.

he he

Anonymous said...

yang penting jgn dok mntak tangguh je bila bicara d mahkamah nti....mcm ada someone tuh asyik mntak tngguh jer...kalau rasa x bersalah, lawan je la smpai habis prbicaraan.....perbicaraan terbuka dan rakyat semua ambik tau so jgn takut la kalau rasa perbicaraan tu berat sbelah.....

abd naser bin bedu said...

Bersabar DSKT ... kalau kita dipihak yg benar, tak perlu takut apa2.. tak la macm org yg sorang tu, asyik mintak tangguh jer bicara...harap2 mahkama akan membuktikan kebenaran berpihak kepada yg benar... saya sanjung sikap DSKT, letak jwatan ketua pembangkang walaupon lom didapati bersalah. sekali lagi takla macam org tu. .. masih nak pertahan kan jawatan ketua pembangkang di Parlimen....

Powered by Blogger.