Dec 28, 2010

TSU KOON SOKONG LARANG LOGO 1MALAYSIA ??





Tindakan Kerajaan Negeri Selangor melarang sebarang penggunaan logo 1Malaysia di Negeri tersebut telah mendapat pelbagai reaksi Negatif dari pemimpin2 UMNO. Mereka mendakwa Pakatan semakin terdesak dan ianya menggambarkan Pakatan menolak perpaduan kaum di Negara ini. Akan tetapi, ramai blogger tertanya2 di manakah pandangan dari pemimpin2 komponen BN yang lain? MCA dan MIC misalnya tidak memberi sebarang komen mengenai larangan ini.




"Ironinya ini menunjukkan sikap hipokrit pemimpin pakatan pembangkang yang selama ini kononnya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan tetapi dengan angkuhnya menggunakan taktik itu apabila mereja berkuasa."
Sumber dari Bernama


Melayu CinDia menarik nafas lega apabila Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menempelak tindakan Kerajaan Negeri Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia. Ini sekurang2nya mencerminkan tanggungjawab pemimpin komponen BN yang bersatu menyokong usaha perpaduan kaum di Negara ini.

Beliau juga mendakwa Kerajaan Pakatan Selangor sewajarnya bersaing secara sihat dalam memastikan perpaduan kaum di Negara ini diperkukuhkan melalui slogan 1Malaysia. Akan tetapi, ternyata Pakatan semakin gusar dengan slogan tersebut yang semakin diterima masyarakat dan ternyata tindakan mereka itu menunjukkan matlamat gagasan 1Malaysia berjaya menawan hati rakyat.

Melayu CinDia mengucapkan syabas buat Tsu Koon yang berani bersuara mengenai isu ini. Sungguhpun terdapat beberapa kenyataan beliau tidak senada dengan blog Gelombang Rakyat, namun dalam hal ini, Melayu CinDia amat bersetuju dengan pandangan beliau.



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

lagenda said...

Salam Ziarah,

Larangan ini bermotifkan politik sudah jelas bahawa Logo 1 Malaysia ini untuk menyatupadukan semua kaum di Malaysia supaya hidup aman damai dan bersatu padu...

.Saya telah link blog anda ke blog saya Terima Kasih.....

Powered by Blogger.