Dec 11, 2010

SYABAS BAKAL PIMPIN SELANGOR !!





Nampaknya kempen Kerajaan Negeri Selangor memburuk2kan Syarikat Bekalan Air Syabas (SYABAS) memakan diri. Semalam SYABAS telah menyampaikan sumbangan dana Tabung Budi khas buat penduduk2 di kawasan Kajang, Selangor.




Sumbangan ini diberikan akibat keluhan penduduk Selangor yang menghadapi masalah membayar bil air dan menyebabkan terdapat tunggakan dengan jumlah yang banyak. Kesan tunggakan tersebut menyebabkan golongan ini tidak dapat menikmati bekalan air percuma.

Antara penerima sumbangan tersebut terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, golongan ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU). SYABAS dilihat sememangnya berusaha membantu golongan ini dengan menggunakan Dana Tabung Budi yang akan diserahkan kepada mereka yang benar2 memerilukan.

Setakat hari ini, Tabung Budi kini telah berjaya mengumpul sejumlah hampir RM 300 ribu dan pembahagian subsidi tersebut akan diserahkan kepada 1804 pengguna. Ini membuktikan SYABAS sentiasa pengguna mendapat manfaat dari perkhidmatan yang disediakan.

Khalid Gagap dan barisan Balaci2 beliau dilihat semakin terdesak untuk mengambil alih syarikat tersebut demi kepentingan peribadi.

Syabas buat Syarikat SYABAS. Teruskan usaha murni tersebut. Jangan biarkan rakyat Selangor terus menerus ditekan Kerajaan Negeri yang tamakkan kuasa.


Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.