Dec 5, 2010

SELAMAT BERJUANG GAPS !!






Pagi ini akan berlangsungnya Perhimpunan Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS). Perhimpunan yang diadakan ini bagi membantah tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang cuba merampas Syarikat SYABAS dan menggunakan campur tangan Yang Di Pertuan Agong.

Tindakan Kerajaan Negeri juga dilihat mengenepikan Sultan Selangor yang telah murka dengan pimpinan Khalid Gagap di Selangor. Kerajaan Negeri sewajarnya tidak menggunakan Yang Di Pertuan Agung sebagai medan percaturan politik mereka.



Kerajaan Negeri sengaja mengambil kesempatan atas isu ini bagi merampas syarikat tersebut. Dengan rampasan tersebut, Khalid Gagap dan barisan kepimpinan dapat mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi.

Ini bukan fitnah. Lihat sahaja apa yang berlaku pada Majlis2 Perbandaran di Negeri tersebut seperti MBSA, MPPJ dan MPSJ. Laporan demi laporan telah terbongkar mengenai penyelewengan wang yang dilakukan Ahli Majlis Perbandaran yang dilantik Kerajaan Negeri.

Lebih mengejutkan, Bangunan PKNS telah dijual kepada syarikat swasta dan PKNS mengenakan caj dan sewa yang melambung tinggi kepada peniaga2.

Ini adalah realiti. Jangan kita mudah termakan dengan taktik kotor Kerajaan Negeri Selangor yang sememangnya mempunyai agenda jahat untuk merampas harta rakyat.
BUAT TEAM GAPS, MELAYU CINDIA MENGUCAPKAN SELAMAT BERJUANG.

1 comments:

Jiwa Paradox said...

SYABAS...

JPX UCAPAKAN SELAMAT UNTUK SEMUA..

SALAM PERJUANGAN

Powered by Blogger.