Dec 29, 2010

CHOO KEONG DAKWA RONNIE LIU T'LIBAT PEMBUNUHAN BENG HOCK??





Jika tidak kerana kematian misteri Teoh Beng Hock,mungkin isu dakwaan yang mengaitkan ‘orang dalam’ pentabiran negeri Selangor dengan kongsi gelap kini menguasai pentas. Makanya hingga sekarang gema dakwaan Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju,Wee Choo Keong adanya pejabat Exco Kerajaan Negeri dijadikan tempat pertemuan orang yang ada kaitan dengan perniagaan ‘bawah tanah’ masih belum terjawab.


Wee yang sudahpun memberi keterangan kepada polis mengenai dakwaan itu tetap tidak berganjak sekalipun Exco Kerajaan Negeri DAP Ronnie Liu melenting minta beliau namakan siapa yang dimaksudkanya itu.Itu kisah pembangkang vs pembangkang lanjutan dari desakan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Azmin Ali agar jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dirombak.Apakah ini semua ada kaitan dengan dakwaan terbaru Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo terhadap kerajaan negeri Selangor.

Bekas Menteri Besar Selangor Rabu membangkitkan dakwaan serius yang perlu dijawab oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.Hal seperti ini tidak pernah terdengar semasa Selangor di bawah pentabiran Barisan Nasional dulu.Dr Khir mendakwa kebanyakan kegiatan mencuri pasir, perjudian, spa dan pelacuran di Selangor didalangi "gerakan bawah tanah" atau kongsi gelap.


1 comments:

limkit siang malam said...

Soalan tu memang logik..untuk menghalang TBH dari mendedahkan penyelewengan Ronie Liu dan DAP..tak masuk akal SPRM membunuh saksi utama mereka.

Powered by Blogger.