Dec 27, 2010

RAMPAS KUASA, DIN PUDU BAKAL KETUA PEMBANGKANG !!





Melayu CinDia ingin mengulas artikel tulisan Datuk Yazid Othman yang secara terbuka telah mencadangkan agar Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB. Salahuddin Ayub aka Din Puduraya menduduki jawatan Ketua Pembangkang menggantikan seorang pemimpin peliwat, Anwar Ibrahim. Kenapa pula?




Datuk Yazid Othman memuji krelibiliti Din Puduraya yang lebih profesional dan seorang tokoh muda yang sederhana dan mempunyai personaliti yang menarik ini boleh membawa imej baru yang lebih berwibawa kepada pembangkang.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim katanya telah menyebabkan sokongan Orang Melayu terhadap Pakatan kian merosot dan keadaan ini tentunya mempengaruhi keutuhan pembangkang. Anwar juga ditempelak beliau sebagai seorang pakar psikologi yang mengalami krisis identiti. Anwar tidak lagi menjadi juara orang Melayu seperti tahun-tahun 70an dulu , tetapi sebaliknya mahu menjadi juara pelbagai kaum.

Sememangnya umum telah ketahui, dalam pilihanraya PRU 12 lalu orang Melayu telah berikan kepada mereka kuasa untuk memerintah lima buah negeri dan dalam tiga bulan saja lihatlah hasilnya! Orang keturunan Cina di negara ini menikmati perubahan besar. Mereka dapat tanah-tanah dan tapak-tapak rumah di mana saja Pakatan Rakyat berkuasa, termasuk di Kelantan yang dikatakan sebuah negeri yang cukup kuat semangat Melayu.

Melayu CinDia percaya Orang-orang Melayu sudah terperangkap memakan dakyah pembangkang yang kononnya mahu buat perubahan kalau pembangkang menang untuk memerintah, tetapi peubahan yang mereka hendak buat ialah membuang hak-hak keistimewaan Orang-orang Melayu dan agama Islam dalam perlembagaan negara.

Persoalannya, adakah kesemua yang didakwa Datuk Yazid Othman seperti di atas mampu diselesaikan YB. Din Puduraya jika diberi mandat untuk menerajui Pembangkang. Emmm.. Belum cuba belum tahu kan?

Buat pengetahuan semua, Datuk Yazid Othman merupakan bekas wartawan dan kini menerajui Kumpulan Perniagaan Selecta. Seorang Ahli PAS?? Ehem...



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.