Dec 24, 2010

PRU 13 - ANWAR TAWAR RM 500 RIBU JUAL PEMIMPIN BN ??





Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah jadi Menteri Pertanian dan Menteri Pelajaran selain Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Ada sesiapa ingat kalau-kalau ada sesuatu yang cukup istimewa yang dilaksanakan beliau sewaktu menjadi Menteri Pelajaran dari tahun 1986 hingga 1991 yang tetap dikenang dan disanjung sampai ke hari ini?




Kalau rasa tak terlintas apa-apa dalam ingatan maka jawabnya faham-faham sajalah. Maka tak perlulah pergi jauh masuk bab Menteri Pertanian dan Menteri Kewangan. Kata orang kalau belum pernah duduk menjadi decision maker di situ lain ceritalah. Namun dalam mengejar impian nak tawan Putrajaya…Anwar kini nak tampil diri sebagai hero kepada mereka dalam perkhidmatan perguruan.

Ingat tak pada cadangan nak bagi imbuhan RM500 sebulan kepada semua guru dalam Program 100 hari jika dapat tawan Putrajaya yang diumum dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad lalu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menilai janji dalam program itu tidak lebih untuk memancing undi tanpa mengambil kira implikasinya.

Malah Timbalan Perdana Menteri berkata negara boleh bankrap jika nak tunai janji imbuhan RM500 yang melibatkan anggaran kos RM2.4 billion setahun. Itu baru bab imbuhan guru…adakah kakitangan awam dalam perkhidmatan lain nak melopong ‘ tumpang dengar’ sahaja. Persoalan ini turut dibangkitkan oleh Muhyiddin.

"Setiap guru RM500, jumlah guru di negara ini hampir 400,000 guru, bermakna perbelanjaan sebulan RM200 juta, setahun RM2.4 bilion. Tetapi dari segi implikasinya, naik gaji guru tetapi gaji kakitangan kerajaan seramai 1.2 juta, tidak naik. Adakah guru sahaja yang diberi tawaran, kenapa tidak ditawarkan kepada kakitangan kerajaan yang lain… boleh jadi bankrap kita," katanya.

Rumusan yang dapat dibuat ialah Anwar peduli apa…tabur janji bottom line menang pilihanraya. Boleh ke tak boleh dilaksanakan…itu belakang kira. Khamis, Anwar tampil menerusi kenyataan media mendakwa komentar Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bahawa pemberian imbuhan akan menyebabkan negara bankrap sebagai memperlekehkan peranan guru.

Hairan... ke situ pula perginya. Ini kerana Timbalan Perdana Menteri jelas menyatakan implikasi itu jika ia melibatkan seluruh kakitangan awam di negara ini. Lojiknya tak kan imbuhan itu hanya nak diberi pada guru sahaja.Tentu kakitangan awam lain akan turut menuntutnya.

Anwar menghitung imbuhan RM500 sebulan untuk perkhidmatan perguruan akan melibatkan kos RM2.3 billion setahun. Alasan retoriknya biasalah… jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah UMNO/BN dan blah…blah…blah..blah yang lain . Beliau yang pernah menjadi Menteri Pelajaran mendakwa bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan UMNO/BN.

“Pakatan percaya tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab. Oleh itu, jumlah RM2.3 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia," katanya.

Dalam kenyataannya, Anwar hanya mempertahankan imbuhan pada guru sahaja tanpa menyebut kakitangan perkhidmatan lain. Adakah baginya perkhidmatan lain kurang penting dalam pembinaan negara?

Mungkin beliau pun sedar jika dicongak semua kakitangan awam angkanya yang berpuluh billion dengan sendiri akan menjadikan gembar gemburnya tentang imbuhan guru itu… satu cerita dongeng. Apapun, apa salahnya 'memancing'...mana tau ada ikan yang termakan umpan.

Artikel Dari Portal Agendadaily

0 comments:

Powered by Blogger.