Dec 23, 2010

PRK TENANG - TOK HIM DAKWA BN AKAN KALAH??





"Johor merupakan kubu kuat UMNO dan DUN Tenang mempunyai keseimbangan kaum yang mengundi, jadi ini big test kepada UMNO."



Alhamdulillah, setelah selepas menjalani rawatan susulan, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali kini kembali mewarnai politik tanah air. Beliau yang baru berlepas ke Kelantan semalam telah mengulas mengenai PRK DUN Tenang yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tok Him di dalam kenyataanya menggambarkan bahawa DUN Tenang merupakan satu ujian sebenar BN jika dibandingkan dengan PRK Batu Sapi dan Galas. Kemenangan PRK sebelum ini hanya merupakan kemenangan moral buat BN bukan menunjukkan kekuatan BN yang sebenar. DUN Tenang dakwanya sebagai petunjuk sebenar samada kekuatan politik tanah air terletak pada BN ataupun Pakatan Pembangkang.

Ketika diminta mengulas mengenai sejauh mana Pakatan mampu memerintah Negara, beliau secara peribadi lebih rela BN sebagai tunggak Negara kerana Pakatan katanya sememangnya meletakkan misi mengubah perlembagaan Negara secara halus tanpa disedari mana2 pihak. DAP dan PKR sebagai tunggak gabungan tersebut akan melakukan apa sahaja termasuklah menghapuskan Melayu dan Islam di dalam perlembagaan demi mencapai misi menakluk Malaysia.

Melayu CinDia mengucapkan selamat berjuang buat Tok Him di dalam Perkasa. Ramai di kalangan ahli politik amat rindukan Tok Him.


Post by... Melayu CinDia

4 comments:

Anonymous said...

Cakap macam orang bodoh nak menghapuskan Melayu dan Islam. Apa punya pemimpin politik?
Nak jadi bodoh pun bodoh la sendiri.

Anonymous said...

Kalau pro Fuckatan Rakyat surf lah blog yang pro fuckatan. Kenapa baca blog pro BN. Bangang betul...
Bah baca nak marah-marah pulak.

Anonymous said...

ntah...bodoh tul..dorang puak2 pemb angkang ni payah nak cari kesesuainnya,,,dorang ni mmg sesuai diregu ngan bini org dn dgn kaum sejenis je,,,gay seberang sana dok nmpak..yg duk nyuntok belah2 dia dok ada..wat2 bengap!!!!dah la bengap...nyusahkan masjid dan surau2 plk tuh...nuar ni sape yg betul??menala yg salah pun dibetulkan..

SiamangBukit said...

Tok Him ni, starting ok, tapi finishing kurang.
Sekarang ini PERKASA menjalani sistem feudal.
Eluk di adakan pemilihan demokrasi, tapi nampak YDP2 PERKASA dah jadi sama macam raja syiok sendiri.
Macamana nak perjuangkan Melayu kalau tiada demokrasi.

Powered by Blogger.