Dec 23, 2010

PRK TENANG - PANAMAAN CALON 2 JANUARI ??






Tak lama lagi…Jumaat ini kita akan tahu bila pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang,di Labis Johor akan diadakan.



Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan Isnin memberitahu satu mesyuarat khas akan diadakan berkaitan piliraya kecil itu di ibupejabat SPR pada hari berkenaan. Menurut beliau SPRa telah pun menerima notis berkenaan kekosongan itu selepas dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor pada 17 Disember lalu.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Sabtu meminta jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya bukan sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sebaliknya meningkatkan jumlah sokongan pengundi kawasan berkenaan. Muhyiddin berkata pilihan raya kecil tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak dan BN memerlukan penglibatan secara bersatu sebagai syarat mencapai kejayaan.

"Rekod dulu memberangsangkan tetapi apa yang penting bukan sahaja setakat pertahankan tetapi kalau boleh kita tingkatkan lagi jumlah sokongan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis gempur NKRA 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Daerah Muar, di Pagoh Sabtu.

Bernama melaporkan beliau berkata demikian sebagai mengulas pilihan raya kecil DUN Tenang ekoran kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, semalam. Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dan jentera BN serta UMNO bersedia menggerakkan persiapan bila-bila masa pilihan raya diadakan.

Mengenai calon yang bakal dipilih, beliau berkata ia akan diumumkan apabila tiba masanya. Allahyarham Sulaiman, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pukul 1.10 pagi semalam akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.

DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu. Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,492 undi menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran.


Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.