Dec 12, 2010

PILIHANRAYA - SARAWAK DI AMBANG MAUT ??






Ini amaran Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusuf pada kesemua komponen BN Sarawak. Jangan ambil mudah dengan momentum pilihan rakyat Sarawak pada Pilihan Raya Umum Sarawak. Beliau meminta kesemua jentera bekerja keras dalam memastikan kemenangan kekal berpihak pada BN. Jika tidak, beliau tidak terkejut jika terdapat beberapa calon BN akan tewas.



Melayu CinDia amat bersetuju dengan kenyataan KP PBB ini. Anwar bersama jentera beliau sedang merancang untuk menyerang Sarawak dengan pelbagai propaganda. Propaganda yang Anwar akan laksanakan sama seperti yang berlaku pada PRU 12 yang lepas di mana ianya telah memberi kesan terhadap prestasi BN.

Anwar akan terus menyerang MB Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Malah, ura2 kedengaran bahawa propaganda yang sedang dirancang Anwar agak mirip dengan serangan yang diperlakukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu kes pembunuhan Antaltuya yang kononnya melibatkan Presiden UMNO itu.

Anwar akan cuba meyakinkan rakyat Sarawak bahawa Presiden PBB ini terlibat dalam salah satu skandal pembunuhan yang dahsyat melibatkan beberapa individu yang pernah bekerja dengan beliau.

Melayu CinDia berharap BN Sarawak diketuai PBB akan bekerja lebih keras dalam memastikan misi pembohongan Anwar ini tidak memberi kesan terhadap rakyat Sarawak. Akan tetapi, buat kesemua pengunjung dari Negeri Bumi Kenyalang, janganlah mudah terperdaya dengan taktik2 kotor Anwar. Lihat sajalah apa yang berlaku di Semenanjung. Akibat pembohongan Anwar yang rakus untuk berkuasa, rakyat di beberapa Negeri di bawah Pakatan terus terseksa.



Post by... Melayu CinDia.


0 comments:

Powered by Blogger.