Dec 30, 2010

PIALA SUZUKI - JANGAN TERLALU RIAK !!





Alhamdulillah, sepertimana yang kita sedia maklum, Malaysia telah berjaya mengungguli Piala Suzuki malam tadi dengan kemenangan 4 - 2 menewaskan Indonesia. Pingat ini merupakan satu titik sejarah dalam arena sukan tanah air. Syabas.




Namun begitu, Malaysia tidak sewajarnya terlalu gah dengan kemenangan ini. Jadikan ia sebagai titik permulaan untuk Malaysia lebih maju ke depan dalam bidang sukan Bola Sepak Negara. Sikap riak dan terlalu mengagung2kan kemenangan dikhuatiri akan memberi kesan terhadap semangat sukan di masa akan datang.

Melayu CinDia sememangnya yakin, aura Mokhtar Dahari telah mula meresap dalam jiwa pemain2 tanah air. Akan tetapi, aura ini mesti dikekalkan malah diperhebatkan lagi. Kerana anda merupakan harapan Malaysia.

Insyaallah, dengan usaha gigih diiringi doa, kita akan mencapai kejayaan lebih besar di masa akan datang.

Post by... Melayu CinDia

2 comments:

Anonymous said...

Fatiha buat arwah 'supermokh'

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan pandangan yang diberikan penulis.Kita jangan terlalu gah dengan kemenangan itu.Masih banyak ruang untuk diperbaiki.Pujian kepada pemain biarlah berpada. Team bola malaysia bukan pertama kali meraih kemenanga spt ini.Kecemerlangan bolasepak malaysia pada tahun 70an dan awal 80an sudah menjadi lipatan sejarah. Kita harus buka lipatan itu dan belajar darinya.Kita punyai perancangan jangka panjang yang begitu bagus di satu masa dahulu.Di tahap perlaksanaan hancur.Jepun meniru kita akhirnya dia berjaya.Pujian harus setara bukan pada individu tertentu sahaja yang mana bolih mendorong kepada perasaan glamour,tinggi diri,sombong, ego dan demand apabila itu menguasai, displin akan luntur semangat setiakawan tidak lagi menjadi keutamaan.Maka runtuhlah pasukan...Saya doakan agar pasukan malaysia berjaya terus berjaya.Permata yang ada terus digilap agar lebih bersinar untuk mengharungi jalan jalan yang masih diselaputi kegelapan..amin....

Powered by Blogger.