Dec 29, 2010

PERTEMUAN SULIT ISA SAMAD & MAZLAN ALIMAN ??





Melayu CinDia mengucapkan SYABAS buat ADUN Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi FELDA berkuatkuasa pada 1 Januari 2011. Melalui pengalaman beliau, Insyaallah FELDA akan lebih mantap dan efisyen di bawah kepimpinan beliau. Namun secara tradisinya, pasti ada beberapa individu yang akan menyerang dan membantah perlantikan beliau. Siapa?




Mazlan Aliman kelihatan begitu gelisah dengan perlantikan Isa yang dikira amat lantang dalam menjawab beberapa isu terutamanya melibatkan fitnah. Kenyataan Isa baru2 ini yang akan menjawab kesemua persoalan yang timbul dan dipermainkan pembangkang dek kerana kerakusan untuk mendapat undi telah menyebabkan Mazlan tidak senang duduk dan terpaksa merancang semula serangan fitnah terbaru bagi menjatuhkan FELDA.

Menurut sumber dalaman Pakatan, Anwar dan Mazlan Aliman sedang memasang strategi baru bagi menyerang Isa Samad sebagai strategi utama kempen PRK DUN Tenang. PRK ini amat penting buat Anwar sebagai bukti samada pengundi2 FELDA dapat menerima fitnah yang dilemparkan oleh Mazlan secara keseluruhan.

Sumber tersebut juga mengatakan bahawa strategi lama yang telah dirancang terpaksa dilupuskan serta merta kerana Mazlan tidak menafikan, serangan lama yang digunakan akan ditepis dengan mudah oleh Isa Samad yang telahpun mempersiapkan jawapan dalam menangkis fitnah2 tersebut.

Inilah tugas Mazlan. Hanya perlu menjatuhkan krelibiliti FELDA yang bukan sahaja banyak berjasa kepada peneroka2, malah keluarga beliau sendiri. Buat Isa Samad, jangan gusar. Teruskan usaha YB. memertabatkan agensi terulung yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.






"Mazlan, sedarlah di mana engkau dilahirkan. Siapa yang membesarkan kau? Hasil pendapatan FELDA lah engkau dibesarkan. Dengan titik penuh ayah kau menyara hasil pendapatan FELDA."



Mengungkap kata2 abang kepada Mazlan,
"Mazlan, kembalilah ke pangkal jalan."



Post by... Melayu CinDia

2 comments:

Anonymous said...

mat isa .... masa MB NS dulu... kisah projek Ladang Khinzir diLukut amat maklum....

..harga tanah2 melayu sebelum diistiharkan projek Bnadar baru Nilai...

mat isa .. masa Menteri WP ..pun ada skandal.. taman perumahan dilulus tanpa ikut piawai/ UBBL...

kelanunan "otai-otai umno" sebelum amat sinonim .... kerajaan Mahadir hampir ranap pada pru9- 1999 .... kerna onar "otai-otai umno" inii... skandal mat isa, rahim tamby chik, ... etc masih hangat dalam ingatan... Apakah FELDA akan menjadi lubuk skandal baru...?

Pewaris said...

Lembaga Disiplin AMENO dah jatuh hukum kepada Isa ..
Jadi ADUN ...
Pengerusi FELDA lagi ..
Memang dah tersurat AMENO ni mcm ni.
Pemimpin korup .. dah terbukti tu .. sendiri jatuh hukum pulak tu ..
Malu kat anak2 la weiii

Powered by Blogger.