Dec 9, 2010

PELAJAR MALAYSIA DI MESIR HIDUP MEREMPAT ??





Gambar Contoh

Saya mendapat khabar berita dari sahabat2 seperjuangan yang mendakwa terdapat sekumpulan pelajar Malaysia di Timur Tengah yang kesempitan hidup kerana tidak mendapat sebarang biasiswa mahupun pinjaman pelajaran. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memperjuang nasib pelajar2 ini namun sehingga hari ini, masih belum mendapat sebarang maklum balas. Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai masalah pelajar2 tersebut. Saya memohon jasa baik pengunjung untuk membaca dengan teliti seterusnya menghulurkan sedikit bantuan bagi menampung pelajaran pelajar2 ini.

Sila Klik Di Bawah ini untuk mengenai maklumat lanjut mengenai masalah2 yang dihadapi pelajar2 Islam di Timur Tengah.



Rentetan dari rungutan dan masalah kewangan tahap kritikal yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Islam seberang laut khususnya yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dengan pengkhususan dalam bidang professional seperti perubatan, farmasi dan pergigian yang gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa kerajaan.

Kebanyakan dari pelajar terbabit adalah pelajar-pelajar pintar Islam yang tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di IPTA didalam Negara.

Maka PPIM beserta badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak ketuanan Melayu dan Islam mengambil pendekatan drastik dengan menubuhkan TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN dibawah kendalian bersama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan NGO-NGO prihatin yang lainnya.


OBJEKTIF
I. Menubuhkan tabung dan mengadakan kutipan sumbangan dari semua sumber dimana dana yang terkumpul akan disalurkan untuk membantu pelajar-pelajar yang akan dikenalpasti oleh secretariat TABUNG KPI.

II. Memastikan pelajar yang berpotensi tidak terganggu pelajaran mereka disebabkan masalah kewangan yang dihadapi dalam masa proses pembelajaran mereka sedang berjalan.


VISI
I. Melahirkan ramai professional Melayu yang memiliki akhlak terpuji dan memiliki asas kukuh dalam pendidikan Agama.

II. Meramaikan professional yang mencakupi pelbagai disiplin ilmu termasuk sains dan teknologi dan seterusnya mengimbangi bilangan professional bukan melayu yang ternyata lebih ramai dari professional Melayu yang ada dinegara kita buat masa ini.


DATA RASIONAL

Jumlah pelajar yang belajar di Universiti yang terdapat di Mesir kini ialah seramai 6440 orang.

Pecahan dari jumlah tersebut :-

Tajaan Jumlah

JPA 668 pelajar
MARA 936 pelajar
Amanahraya 52 pelajar
____
Jumlah 1656 pelajar
====

Baki seramai 4784 orang adalah pelajar persendirian tanpa tajaan mahupun biasiswa dan pinjaman kerajaan.

Dari sejumlah 4784 orang pelajar tanpa tajaan mahupun biasiswa kerajaan lebih dari 2000 orang pelajar mengambil jurusan dalam bidang professional seperti perubatan, pergigian dan farmasi.

Berdasarkan carta yang diberikan ratio professional melayu dan bukan melayu ternyata tidak seimbang dan memerlukan remedi kalau perbandingan berdasarkan jumlah pecahan penduduk diambil kira.

Terdapat lebih dari 2000 pelajar melayu yang menuntut dalam jurusan Professional seperti perubatan, pergigian dan farmasi dengan biaya persendirian pada masa kini bertaburan disekitar Universiti di Mesir.

DAN KEBANYAKAN DARI MEREKA INI YANG PADA AWALNYA DIBIAYAI OLEH KELUARGA DAN KINI BERADA DITAHUN KEDUA DIUNIVERSITI TERBABIT BERADA DALAM SITUASI KEWANGAN YANG AMAT KRITIKAL DAN MEMBIMBANGKAN.

Dari jumlah yang disebutkan seramai 500 pelajar dari jurusan professional berada pada tahap yang amat kritikal dan memerlukan sokongan kewangan dalam bentuk tajaan maupun pinjaman. Dimana sekiranya bantuan kewangan tidak dapat disalurkan pada kadar segera mereka ini terpaksa berhenti belajar dan pulang ketanah air dengan perasaan hampa dan kecewa.

MEREKA AKAN PULANG KENEGARANYA BUKAN KERANA GAGAL DALAM PELAJARAN TETAPI BANGSA DAN KERAJAANNYA GAGAL MEMBANTU MEREKA. DIKALA ITU DIMANA MARUAH KITA.


APAKATA PERLEMBAGAAN KITA?

1: TUNTUTAN PERLAKSANAAN WAJIB PERKARA 153(1); 161A(4).

Adalah menjadi tanggungjawab Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak …

i) Di bawah 153(2)..mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam, dan..

ii)Mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya..

iii)atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan;

iv)153(3) bagi menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain ke istimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas;

v)Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud itu;

vi) kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan…atau;

vii)kepada mana-mana pihakberkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu…

viii)hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna…
(Nota: Perkataan Cina dan India tidak ada dalam Perlembagaan).

ix)BAHAWA khususnya Biasiswa yang berkaitan adalah dibawah kuasa DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai pemilihara dan pemegang AMANAH/KASTODIAN menjaga kepentingan ketuanan KE RAJAAN Melayu.


RUMUSAN

Selepas diteliti dengan begitu rapi dan diperhalusi dengan hati budi yang luhur kita dapati orang melayu seperti menumpang ditanah air sendiri. Bakat dan minda yang baik bukan lagi jaminan untuk memastikan kejayaan mendatang. Tanpa sokongan kewangan yang kukuh kita tidak akan kemana-mana.

Walaupun perlembagaan kita jelas akan hak keistimewaan melayu yang perlu dipertahankan. Tetapi tanpa sokongan dan dokongan dari mereka yang diamanahkan ianya tidak akan kemana.


Kita semakin hampir menjadi Negara maju, tetapi jarak kita dari segi ilmu dan pendidikan dengan bangsa lain semakin ketara dan tertinggal.

Justeru itu, tiada lagi jalan pintas bagi kita, yang diamanahkan membela bangsa leka dengan kejayaan dan kekayaan diri. Hingga lupa peranannya menjaga pewaris bangsa. Yang tinggal hanyalah segelintir melayu yang sayangkan bangsa dan sayangkan Negara tetapi tiada berharta. Namun digagahinya jua demi maruah dan martabat yang ada.

Maka menyedari kelemahan itu, bangkitlah bangsaku, bersatulah kita membantu anak-anak kita yang bijak yang berada diluar Negara menuntut ilmu. Mereka perlukan bantuan kita. Sumbanglah seberapa yang ada ke TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN. Biarlah anak-anak kita disana menuntut ilmu dengan tenang dan balik dengan segulung ijazah. Mereka adalah pewaris kesinambungan ketuanan melayu. Biarlah kita berhabis dahulu agar bangsa kita tidak merempat ditanah air sendiri.

Bantuan dalam bentuk cek/wang tunai boleh disalurkan ke :

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
a/c : 14370003771050 (CIMB)

atau hubungi

70x Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat,54000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42577222/42566618
Faks : 03-425 666 17
Hotline : 019-3591000 / 019-9130000

Emel : aduanppim@gmail.com ATAU muslimconsumers@gmail.com

http://tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com/



3 comments:

Anonymous said...

Tuan,

Aku puji usaha murni kamu untuk membantu golongan pelajar yang memerlukan bantuan.

Morgan Debra said...

Hello Am Puan, Morgan Debra Am pemberi pinjaman pinjaman yang sah dan boleh dipercayai memberi pinjaman
atas terma yang jelas dan mudah difahami dan syarat pada kadar faedah 2%. dari
$ 12000 kepada $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. jika anda
memerlukan pinjaman apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda untuk menghubungi saya secara langsung
di: morgandebra1986@gmail.com
Tuhan memberkati Anda.
Yang benar,
Puan Morgan Debra
E-mel: morgandebra1986@gmail.com


Nota: Semua jawapan hendaklah dihantar kepada: morgandebra1986@gmail.com

Piyamas Srisawat said...

Tawaran kami untuk memberi pinjaman wang yang tidak boleh dilepaskan!
Anda memerlukan pinjaman tunai antara individu berhadapan dengan masalah kewangan untuk akhirnya memecahkan kebuntuan yang disebabkan oleh bank-bank, pinjaman folder penolakan permohonan anda? firma pakar kewangan kita untuk jumlah pinjaman yang anda perlukan dan dengan keadaan yang membuat hidup anda lebih mudah. Terdapat kawasan-kawasan di mana kita boleh membantu anda:

* Kewangan
* Pinjaman Perumahan
* Pinjaman Pelaburan
* Pinjaman Auto
* Penyatuan Hutang
* Kemudahan Kredit
* Mortgage Kedua
* Penebusan kredit
* Pinjaman Peribadi

Anda dilarang bank dan anda tidak mendapat manfaat daripada bank-bank atau lebih baik anda mempunyai projek dan keperluan pembiayaan, rekod kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil-bil, dana untuk melabur dalam syarikat-syarikat. Kemudian, jika anda memerlukan pinjaman wang tidak teragak-agak untuk menghubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang keadaan kami. Kami adalah penyelesaian untuk masalah kewangan anda; Tawaran kami berkisar dari 5000 € kepada € 350,000,000 dengan 2% jaminan kajian.
Nota: Kami juga mengambil bahagian dalam projek-projek pelaburan jauh kos efektif. Kami meminta anda untuk membuat cadangan-cadangan (perkongsian). bukan orang yang serius dan untuk menahan diri.
Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel:
Mail: cashfirmarena@gmail.com

Powered by Blogger.