Dec 18, 2010

PAKATAN HARAM JADAH !!





Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadual Ahad ini akan cuba membuktikan kepada rakyat bahawa gabungan parti pembangkang itu adalah alternatif yang lebih baik daripada BN, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mujahid Yusof.




Menurut Mujahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa penganjuran konvensyen itu, persidangan yang bertemakan "Ubah Sekarang" antara lain akan membincangkan mengenai isu dan membentuk pandangan Pakatan berhubung isu Melayu, federalisme, dan keadilan dalam pengagihan ekonomi rakyat.

Katanya perkara berkenaan akan dibincangkan oleh ketiga-tiga presiden parti - PAS, DAP dan PKR - dalam konvensyen sehari di Dewan Millenium, Kepala Batas.

"Ia merupakan peluang kepada Pakatan untuk menunjukkan bahawa kita lebih baik daripada BN. Tujuan utama kita, sekiranya Pakatan berkuasa, kita akan cuba meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM4,000 berbanding RM3,500 sekarang ini," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

penang pakatan convention 211110 03Mujahid - yang merupakan anak bongsu bekas presiden PAS Yusof Rawa, berkata yang penting dalam konvensyen itu ialah Pakatan akan membincangkan konsep ketuanan Melayu dan isu yang berkaitan dengannya.

Katanya, Pakatan juga mahu memperkasakan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan tanpa mengganggu hak kaum yang lain.

"Definisi tersebut berlainan daripada konsep "ketuanan Melayu" seperti mana yang tersebar luas. Tambahan pula, kita berharap konsep Pakatan tentang federalisme, di mana kekayaan negara dapat diagihkan dengan adil, dapat menarik minat rakyat (bersama Pakatan)," katanya.

azlan"Rakyat Sabah dan Sarawak pastinya mengenal diri mereka dengan objektif, kami ingin meningkatkan pendapatan isi rumah. Pandangan kami mengenai federalisme bakal menjadikan Pakatan sebagai alternatif kepada rakyat," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Konvensyen kali kedua - selepas berlangsung kali pertama di Selangor yang mana ia membincangkan rangka polisi umum bagaimana ketiga-tiga parti itu dapat berkerjasama.

penang pakatan convention 211110 audience 02Kira-kira 1,800 perwakilan - 600 peserta dari setiap parti - bakal bersidang hujung minggu ini. Selain itu, orang ramai juga akan berpeluang melihat pameran mengenai pencapaian dan kejayaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat temasuk Perak dan Terengganu pada 1999.


Artikel dari Malaysiakini

4 comments:

Anonymous said...

Barubah kepada yg lebih baik atau lebih teruk. Tak cukup ke lagi bila masjid dan surau di ceroboh bukan islam. Mendoakan orang kafir supaya panjang umur untuk terus merosakkan islam. Mahukah kita hadapi bila azan tidak kedengaran lagi. Belum berkuasa penoh Teresa Cock dan arahkan supaya azan tidak di laungkan. Mahukah sultan kita terus di hina, mahukah melayu di sepak terajang spt di selangor dan penang. Tahukah kita di Selangor Tadika tempat anak melayu mau belajar di arah tutup dan tak di berikan alternatif. Rumah ibadat orang islam di roboh atas alasan pembangunan. Bermain politik biar berpada pada. Bukan islam mempersendakan al quraan masih kita bertepuk tangan gembira. Golongan zionis amat halus mainan mereka dan terkenal dengan strategi tabur fitnah hancurkan umat islam.

Anonymous said...

Mujahid apa lu ada cakap. lu tak da tengok ke itu orang-orang melayu sekarang sudah jadi pelarian? Lu cakap mau jaga itu perlembagaan kah? betui kah? lu mau ganti itu mansor atau malik punya tempat kah? lu tanaya sama guan eng apa pasaal tada kasi itu exco Agama sama PAS? lu mau tau apa sebab?...sebabnya itu orang dari PARTI AJARAN SESAT. itu pasal dia tak mau kasi. Itu PKR lebih Islma dari pas tau ke.... lu tanya guan eng,..

AMENO Cha Cha Marba said...

TaHu kah anda dari mana datangnya perkataan "HARAM JADAH"??? Perkataan yang BLOGGERNGOK gunakan dalam posting ini,tapi tak tau sebenar2nya apa makna nya ?????

Mengikut riwayat orang dulu2,ada orang kampong telah pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji.Dan apabila selepas tiap2 solat waktu,ada orang2 kampong ini akan berjalan2 mencari barang2 sekeliling bandar Mekah.Kerapkali apabila dah banyak membeli,terpaksalah menyewa teksi untuk pulang ketempat kediaman masing2. Selalu orang2 kampong ini akan menahan teksi,tetapi pemandu akan berkata "HARAM JEDDAH,HARAM JEDDAH..."(Maksudnya dari tanah HARAM MEKAH ke JEDDAH)dan tidak akan memberi layanan kepada orang kampong tersebut yang hendak berjalan jarak dekat.

Orang kampong yang TIDAK FAHAM bahasa Arab,akan bertanya kepada kawan nya apa yang dimaksudkan
"HARAM JEDDAH" tu?? Entah?!! jawap kawannya,"mungkin dia MAKI kau agaknya..."

MAKA,sekembalinya orang kampong ini ke Malaysia,apabila dia nak maki seseorang dan kononnya ada kelas cakap Arab,dia akan berkata "HARAM JADAH" kau!!!

Dan jadilah perkataan "HARAM JADAH" yang asalnya "HARAM-JEDDAH" sebagai catchy word untuk MEMAKI...tanpa tau apa MAKSUD sebenar...Believe it or NOT!

PAKATAN MEKAH KE JEDDAH....!

TO BE or NOT TO BE end said...

ORANG kampong ni MESTI orang MELAKA kot..!!atau orang kampong KELANTAN tapi penyokong UMNO, agaknya,TAK PAHAM,tapi nak ENTAM aje.....pakai cakap...!!! Heehee

Powered by Blogger.