Dec 30, 2010

MUSLIMAT PAS ISYTIHAR SOKONG 1MALAYSIA !!





Muslimat PAS nampaknya menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Sayap parti PAS ini akan menganjurkan Karnival Alternatif 1Malaysia yang melibatkan pelbagai acara dan menekankan semangat persaudaraan dan anti-perkauman.




Melayu CinDia mengucapkan syabas buat Muslimat PAS atas inisiatif menganjurkan program2 yang bertemakan 1Malaysia. Di kala Kerajaan Negeri Selangor berhempas pulas mengharamkan slogan tersebut, Muslimat PAS pula bertindak menyokong gagasan tersebut.


Walaupun kenyataan Ketua Penerangan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi dilihat mengkritik 1Malaysia, namun pada dasarnya beliau menyokong sebenarnya. Akan tetapi, dek kerana khuatir dihentam Pemimpin Pakatan jika mengisytihar mendokong gagasan 1Malaysia.

Namun, tindakan Aiman Athirah ini telah menyebabkan Ketua Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh tidak senang duduk kerana tidak dinafikan Muslimat PAS kini sedang goyang akibat tindakan protes beberapa AJK yang semakin hilang keyakinan terhadap Nuridah.

Karnival ala2 Jom Heboh ini akan mengumpul sejumlah rakyat Malaysia berbilang kaum sebagai bukti gagasan 1Malaysia diterima semua kaum. Ini adalah salah satu strategi halus Muslimat PAS untuk memprotes Pemimpin2 Pakatan yang dok sibuk berpolitik sehinggakan slogan perpaduan ini juga dijadikan isu politik murahan mereka.

Antara pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti lelongan amal koleksi peribadi pemimpin, khidmat kesihatan, pertandingan foto dan slogan, cabutan bertuah, pameran dan jualan.

Melayu CinDia menyarankan kesemua rakyat Malaysia memakai T Shirt 1Malaysia di Karnival tersebut tanda semangat Perpaduan Kaum. Insyaallah.

Allahu Akbar.. Salam 1Malaysia.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.