Dec 11, 2010

MAZLAN ALIMAH KENA PUKUL ??





Harakah Daily... Oh Harakah Daily... Memang patutlah orang menggelar akhbar ini sebagai Haprak Daily. Mazlan Aliman nampaknya telah berjaya mengumpul hampir 5000 peneroka yang sepakat akan menyaman FELDA. 5000 Peneroka??




Dengar macam ramai tu. Tapi Mazlan ini bodoh juga sebenarnya. Beliau ingat dengan mengumpul 5000 dapat menggoyangkan FELDA dan Kerajaan Barisan Nasional? Di Malaysia sebenarnya ada hampir 120 000 peneroka FELDA. Jika Mazlan dapat mengumpul 5000 peneroka, 115 000 peneroka akan bangkit membela FELDA.

Mazlan dengan lagaknya menyebarkan maklumat ini hampir kesemua akhbar2 haprak pembangkang. Mazlan ini lincah orangnya. Pandai memfitnah. Agen Anwar lah katakan. Tapi Mazlan kena ingat. Tindakan kamu ini akan memakan diri. 150 000 peneroka ini akan lanyak kamu cukup2.

Mazlan memang hebat. Siap dalam sediakan 30 peguam untuk kes saman ini. 30 peguam ini memang masyuk. Nak projek sahaja. Sebab apa? Al Maklum lah harga komoditi sekarang berada pada tahap yang memberansangkan. Oleh itu, 30 peguam ini akan mengambil kesempatan terhadap 5000 peneroka tersebut. Tak percaya? Kita tengok nanti.

Mazlan, Ternyata kamu memang kemarukkan kuasa. Sudahlah Mazlan.



"Mazlan, sedarlah di mana engkau dilahirkan. Siapa yang membesarkan kau? Hasil pendapatan FELDA lah engkau dibesarkan. Dengan titik penuh ayah kau menyara hasil pendapatan FELDA."



Mengungkap kata2 abang kepada Mazlan,
"Mazlan, kembalilah ke pangkal jalan."



Post by... Melayu CinDia

2 comments:

anti bohmau said...

assalamu'alaikum gr,

`115,000 peneroka kalau pakat sekeh si mazlan ni, mau rebeh tercabut kepala dia. takdak otak sungguh!!

ni la anak felda yg terlajak lagak, sampai lupa siapa & dari mana asalnya! dia ingat peguam2 tu nak tolong sangat peneroka2 tu jadi kaya? makin sengkek adalaa..yg kaya raya peguam2 tu ugak akhirnya... bayangkan kalau sorang anagk guam bayar rm5,000....alahai mazlan aliman..kesian nasib peneroka2 yg percayakan awak!!!

dankuala.com said...

Masalah kita ialah kegagalan Ahmad Maslan memimpin peneroka. Dia selalu ghairah nak ke depan. Sedang hakikatnya dia patut menyelaras, membimbing dan mendorong ratusan ribu peneroka yang menjadi penyokong senyap agar bersuara.

Kepimpinan tidak berlaku dan peneroka dilihat sebagai tidak berterima kasih. Kejayaan sebenarnya ialah membangkitkan peneroka ini sendiri. Baru Mazlan Aliman akan sedar bahawa peneroka tidak ' bodoh ' seperti yang difikirkannya.

Powered by Blogger.