Dec 12, 2010

MAMBANG PASIR BERKIARAN DI SELANGOR !!





PKR di Selangor, gila pasir dengan aktiviti perlombongan yang boleh menyebabkan negeri itu ‘berlubang’ kalau kegiatan itu tidak dihentikan. Manakala PAS di Kelantan pula kata Ibrahim gila balak hingga menyebabkan hasil hutan itu dikeluarkan tanpa kawalan demi mengenyangkan perut kroni-kroni pemimpin PAS di negeri itu.DAP, PKR dan PAS sudah jadi Mambang Pasir.



Kisah pemberian tanah di Perak bukan cubaan, kisah pembalakan di Kelantan juga bukan cubaan dan kisah curi pasir di Selangor juga bukan cubaan. Cuma peliknya di Selangor, apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, beliau tidak menyedari bahawa wujud kumpulan pengusaha pasir secara kecil-kecilan selain pencuri pasir di Selangor.

Katanya, beliau juga baru mengetahui bahawa terdapat pihak yang hanya menjadi ejen bagi mendapatkan lesen pasir. Biar betul Khalid. Mustahil sebagai Menteri Besar tidak tahu aktiviti pelombongan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang di perbadankan di bawah pejabatnya?

Pelik juga bila Khalid menegaskan tujuan KSSB ditubuhkan bukan untuk mencari keuntungan tetapi untuk mewujudkan keadaan bekalan pasir yang stabil padahal dulu katanya adalah untuk merakyatkan ekonomi.

Kononnya hasil keuntungan pasir itu boleh diagih-agihkan untuk membeli hati rakyat Selangor sama macam beri air percuma supaya boleh terus pangkah Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang. Nampak sangat Khalid tidak tahu mengurus negeri dan tidak mustahil desas desus Azmin Ali akan mengisi kerusi Menteri Besar selepas hari raya nanti.

Cara macam mana, kena tunggu permainan politik Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim. Satu lagi perangai Khalid nak tutup kelemahan beliau adalah untuk mendedahkan apa pernah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah dahulu.

Sebelum ini beliau sanggup benarkan dokumen yang diklasifikasikan sulit didedahkan kepada orang awam semata-mata untuk menutup kelemahannya. Terbaru khabarnya, beliau mahu dedahkan syarikat-syarikat yang dapat lesen korek pasir sejak tahun 2005 hingga 2007.

Tujuannya nak tunjukkan masa kerajaan BN dahulu, kegiatan korek pasir juga hebat. Tetapi Khalid lupa, ketika itu tidaklah ada KSSB (Korek Sampai Selangor Berlubang) dan kerajaan sentiasa tegas terhadap kegiatan melombong secara haram hingga Exco bertanggungjawab Datuk Abdul Fatah Iskandar kerap turun padang dan berperang dengan ‘tonto-tonto’ geng curi pasir ini.

Di zaman kerajaan Pakatan Pembangkang, Exco bertanggungjawab Yaakob Safari dikatakan hanya duduk di pejabat memanaskan kerusi. Bagi rakyat Selangor, jika sebelum ini mereka pilih pakatan rakyat untuk cubaan kini semuanya sudah jadi betul-betul. Tepuk dada tanya selera kerana Pakatan Rakyat kini sudah bertukar jadi Mambang Pasir.



Artikel ini merupakan salah satu Koleksi Artikel Melayu CinDia satu ketika dahulu...

0 comments:

Powered by Blogger.