Dec 30, 2010

MALAYSIA WAJAR BERI P'HORMATAN PADA SALIB.






Melayu CinDia tak tahulah nak komen apa mengenai isu ini. Tapi kita semua sedia maklum bahawa Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok merupakan antara penganut agama Kristian yang mempunyai pegangan agama yang begitu kuat. Kuatlah sangat sehingga penggunaan tulisan jawi pun ditempelak olehnya.




Ini merupakan laporan dari portal Malaysiakini. Baca dan renung2 kanlah. Sila serta komen anda sekali. Melayu CinDia ingin tahu pandangan dari anda semua sebelum membuat sebarang kesimpulan.



Arah buang salib, Najib digesa mohon maaf.

Ahli parlimen Seputeh Teresa Kok menuntut Datuk Seri Najib Razak supaya memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat perdana menteri supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas.

Teresa berkata arahan itu menetapkan supaya lambang salib disisihkan daripada satu majlis yang dihadiri Najib pada 25 Disember lalu. Arahan berkenaan juga melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu, kata Teresa lagi.

Teresa yang juga exco kanan kerajaan Selangor menyifatkan arahan daripada pejabat perdana menteri itu merupakan satu tindakan yang "tidak menghormati" masyarakat Kristian. Tambahnya, Najib perlu memohon maaf kepada CFM kerana "menyah-Kristiankan" majlis sambutan Krismas berkenaan dan menafikan kebebasan beragama bagi rakyat Malaysia.

“Arahan seperti itu daripada Pejabat Perdana Menteri menunjukkan betapa tidak ikhlas dan tidak sopan kelakuan Najib sebagai seorang tetamu," katanya.

Teresa juga berkata, beliau meragui sekiranya Najib tidak mengetahui bahawa pejabatnya sendiri telah mengeluarkan arahan berkenaan. Sehubungan itu juga, beliau menggesa Najib mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengarahkan kerajaan supaya menghormati tradisi Krismas dan hak rakyat Malaysia untuk bebas beragama.

“Saya harap Najib dan pejabatnya akan sedar bahawa ada makna mendalam bagi Krismas, melebihi Santa Claus dan salju dan makna mendalam itu perlu dihormati," katanya.

5 comments:

Anonymous said...

salam bro,
Teror suck cork memang camtu ,nak cari publisti dan kalau orang lain punya salah cepat lah dia meraung,,,cam roket DAP.....

Anonymous said...

apa kata ahlul2 PaS.. Aku gerenti 100% ahlul PaS ni x berani komen punyer

usin said...

ustat shah alampun ada gak. tu yg ana pelik bin ajaib. puak2 paspispus ada nk komen?

Anonymous said...

Tu semua kerja cari undi.
1. Cipta isu,
2. besar2kan,
3. tunggu & lihat, ada sambutan tak? Kalau ada,
4. tambah ajinomoto lagi.. kasi lagi sedap isu tu..
Kalau tak ada sambutan..
5. stop.
6. Ulang no.1 .. untuk isu lain

Firdaus Shahnaz said...

Sampai bila orang orang Islam kat Selangor nak membutakan mata, memekakkan telinga. ni dah naik jadi kepala DAP Selangor, lagi mcm mcm dia buat nanti.

Powered by Blogger.