Dec 30, 2010

MAHFUZ BERANG DESAK USTAZ AZIZAN LETAK JAWATAN ??





Nampaknya tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meletak jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd membuktikan ketidaktelusan Kerajaan Negeri dalam memastikan krelibiliti dan akauntabiliti terus terpelihara. Ada ura2 mengatakan bahawa Mahfuz Omar sangat berang dengan tindakan MB Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak yang terus membiarkan penyelewengan anak2 syarikat Kerajaan Negeri bermaharajalela.




Jika sebelum ini, kedengaran suara sumbang mengenai penyelewengan anak2 syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang kini rakus mengejar wang, kini ianya berjangkit pula ke Negeri Kedah yang dipimpin PAS. Agak pelik tindakan Mahfuz Omar ini yang meletak jawatan secara tiba2 tanpa sebarang perbincangan dengan pihak Kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah.

Namun, inilah situasi yang berlaku. Perletakan Mahfuz Omar ini merupakan adalah satu pembongkaran. Pembongkaran tentang bukti yang nyata. Bahawa apa yang dijanjikan Kerajaan Negeri untuk membina sebuah Kerajaan yang telus, bukan sahaja tidak terlaksana, malah lebih parah.



Post by... Melayu CinDia

2 comments:

dzimba MMIM said...

haa haaa cerita semakin menarik

Anonymous said...

hehehe...molek sangatla tu...'tikus concorot' mengajar 'tikus pad'i membaiki labu!



anakjati_sgway

Powered by Blogger.