Dec 11, 2010

MAHATHIR AKAN TAWAN SEMULA PUTRAJAYA??





Hari ini Malaysia akan menyaksikan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir akan kembali menawan Putrajaya. Dijangkakan hampir 10 000 penyokong Mahathir akan mengiringi Tun M ke Putrajaya. Adakah ianya satu rampasan kuasa dari Datuk Seri Najib Tun Razak?




Tidak. Jangan salah sangka. Tun M sentiasa memberi sokongan terhadap Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Pada jam 5 petang ini akan berlangsungnya satu Program Amal Walk For GAZA bersama Tun M. Ianya bertujuan bagi mengumpul dana bagi Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan menggesa pembebasan sekatan ke atas Gaza, Palestin.

Melayu CinDia menyeru kesemua warga Kuala Lumpur dan Selangor hadir ke program ini bagi menyokong usaha yang diketengahkan dalam membantu dana tersebut. Program ini merupakan anjuran MBFM dan GAPROF dengan kerjasama PGPF, Skuad Sayang Wanita, Gabungan NGO Malaysia, FELDA, Karyawan, PEWARIS, WIRA PERKASA, PERKIM, Kolej Poly Tech Mara beberapa Badan2 yang berkaitan,

Berikut merupakan aturcara program tersebut : -

4.20 ptg - solat Asar berjemaah di Masjid Putrajaya

5.00 ptg - Bacaan doa dan Ucapan Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed

5.15 ptg - Berjalan kaki beramai2 ke Dataran Pancarona (Hadapan Palace of Justice) diiringi 400 pemain kompang

6.00 ptg - Tandatangan beramai2 sbg Sokongan kpd Pembebasan Sekatan ke atas Palestin!

AYUH... RAMAI2 KITA HADIR SEBAGAI TANDA SOKONGAN TERHADAP PEMBEBASAN PALESTIN.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.