Dec 1, 2010

MAHA 2010 AJAR MELAYU KERJA KERAS !!





Semalam Melayu CinDia bersama beberapa blogger telah membuat liputan di Program Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show atau lebih dikenali dengan nama MAHA 2010 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Program yang diadakan di UPM Serdang ini menyaksikan beberapa pameran dan gerai2 hasil Pertanian.

Kehadiran pengunjung2 di Program ini di luar jangkaan. Melayu CinDia dapat merasakan ribuan rakyat Malaysia mengunjungi program ini. Ini merupakan satu pencapaian terbaik buat penaja utama program, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.




Melayu CinDia juga sempat berkenalan dengan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahidan yang membuka booth Biro Aduan Usahawan yang memberi khidmat kepada Usahawan2 yang bermasalah. Banyak juga perkara yang dapat Melayu CinDia dapat berkongsi mengenai Datuk Sohaimi yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Selayang ini.

Sedang Melayu CinDia mengunjungi gerai2 yang sememangnya menarik perhatian pengunjungi, terserempak pula dengan Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau hadir ke program ini bersama isteri beliau, Tun Jeanne Abdullah. Tun Jeanne sememangnya meminati hasil2 pertanian terutamanya bunga2an seperti Orkid.

Akhir sekali, kesempatan bertemu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberi semangat kepada peniaga2 di program MAHA 2010. Beliau yang juga merupakan tulang belakang program MAHA 2010 berkata program ini telah memberi inspirasi baru kepada kesemua pengunjung untuk menceburi bidang pertanian sebagai salah satu perniagaan utama Negara.

Ada benarnya kata Datuk Seri Noh Omar ini. Sepanjang liputan Melayu CinDia di program MAHA 2010, Melayu CinDia melihat industri ini sebenarnya telah banyak membuka ruang rakyat Malaysia terutamanya golongan Bumiputra untuk menguasai bidang ini seterusnya memberi peluang untuk rakyat menghasilkan wang melalui bidang pertanian.


Post by... Melayu CinDia

2 comments:

Anonymous said...

Saya berkesempatan hadir di MAHA2010 semalam dan sempat berselisih dengan menteri-menteri serta bekas-bekas menteri. Mereka bersikap "low profile" dan beramah mesra dengan peserta pameran mahupun pengunjung yang hadir.


Malangnya bila seorang seorang "pemimpin pembangkang" tiba, puak-puak mereka mengawal ketat pemimpin mereka, memgarahkan penggunjung memberi laluan kepada pemimpin mereka dengan cara yang "agak kasar". Ada beberapa orang makcik hampir terjatuh kerana diasak oleh kumpulan tersebut untuk memberi laluan kepada pemimpin mereka.

Saya tertarik semasa mengunjungi MICCOS 2009 di mana Tan Sri Bernard Dompok minum bersama-sama pengunnjung di petak MPOB dengan mesra. Beliau turut mengedarkan juadah yang disediakan kepada beliau kepada pengunjung yang berdekatan dengan beliau. Beliau juga melawat dewan pameran tanpa diiringi pengawal peribadi.


syabas untuk semua pemimpin kerajaan yang bersikap "low profile". keep doing that for the rakyat. 1MALAYSIA. MALAYSIA BOLEH!

Bentaraguru said...

Saya dari Kota Bharu, melawat MAHA pagi hingga petang pada 26/11 lalu. Agak malang juga, biasanya untuk sampai ke sana dari kemoter Serdang ada disediakan bas percuma, maka terpasksalah menaiki teksi RM24.00 sehala, kemudian dari MAHA ke komuter Serdang RM26.00, ini tidak termasuk tambang tiket kapal terbang dan hotel. Harap ambil maklum.
Jangan kedekut sangat untuk orang pantai timur melawat program kerajaan pusat. Gunakan peluang seperti ini untuk mereka melihat sendiri dan menilai peranan yang dimainkan oleh pusat, bukan sekadar mendengar fatwa lintang-pukang daripada ulamak mereka.
Kini timbul pula fatwa menghapus ketuanan Melayu dan memperjuangkan ketuanan Islam.
Sedarkah mereka bahawa ketuanan mesti bersandar kepada bangsa. Ketuanan bagi Malaysia ialah bangsa Melayu, tanpa meminggirkan kaum-kaum lain, serentak itu memertabatkan raja-raja Melayu sebagai teras orang Melayu. Pemfatwa Pas Kelantan tak pernah belajar sejarah. Belajar pondok, ke India dan celup di Mesir, kini di gelar Mursyidul Am Pas. Zaman Dato' Asri dahulu tak ada, tak diberi kuasa pun. Semua orang pas dahulu tahu.
Sekiranya ada mereka yang mempertikaikan hak-hak Melayu dalam perlembagaan, mereka hendaklah tunjuk jantan dan kembalikan anugerah itu, malah pihak yang memberi anugerah itu hendaklah menarik balik. Dan Bertaubatlah.

Powered by Blogger.