Dec 12, 2010

LEBIH 10 RIBU SERBU PUTRAJAYA !!





Alhamdulillah... Program Walk For Gaza yang diadakan di Putrajaya mendapat sambutan ramai. Lebih 10 ribu rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam program tersebut. Kehadiran Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed ternyata memberi semangat kesemua yang hadir yang sentiasa mengambil berat nasib yang menimpa umat Islam di Palestin.



Tun Mahathir turut terharu dengan kehadiran anak2 Muda yang mengambil bahagian program2 sebegini. Terlihat anak2 Muda berjiwa kental dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Kehadiran beberapa NGO seperti Wira Perkasa, Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia, Peneroka2 FELDA dan beberapa NGO lain membuktikan bahawa rakyat Malaysia menyatakan 1 Suara mendesak pembebasan hak warga Palestin.

Turut mengambil bahagian termasuklah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan, Wanita Pertama Ke Kutub Utara Sharifah Mazlina , Ketua Wira Perkasa Arman Azha dan beberapa pemimpin NGO.Berikut merupakan beberapa gambar sepanjang program berjalan. Syabas buat Rakyat Malaysia.





Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.