Dec 1, 2010

KIT SIANG PEJUANG ISLAM SEBENAR !!






"Saya lebih rela Lim Kit Siang pegang jawatan TPM daripada pemimpin2 UMNO. Kit Siang akan bela umat Islam."

Nyanyuk dan gila. Itu sahaja reaksi Melayu CinDia terhadap De Facto PAS, Nik Aziz Nik Mat. Beliau dengan rela hati menerima perlantikan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan menang pada PRU 13.



Apakah Nik Aziz lupa apa yang diperjuangkan oleh DAP? Nampaknya misi DAP untuk meracuni pemikiran Pemimpin Islam dan Melayu di dalam Pembangkang berjaya. Penerimaan calon Cina Komunis ini sememangnya tidak dapat diterima akal.

Lim Kit Siang adalah seorang Pemimpin DAP yang lantang menentang sebarang usaha dalam memertabatkan Islam. Lim Kit Siang jugalah yang sering kali mendesak Kerajaan agar mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Demokrasi dan menghentikan penggunaan Negara Islam Malaysia di antarabangsa. Apakah ini yang dimahukan dari PAS?

Melayu CinDia merayu kepada Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang bersama team beliau agar melakukan sesuatu dan bertindak cepat sebelum ianya parah. Kerana jika Ustaz Hadi terus berdiam diri, Umat Islam dan Melayu di dalam Pakatan akan terus diracuni dan misi DAP untuk menguasai Kerajaan secara diktator akan berjaya.

Anwar, kamu memang seorang pengkhianat bangsa. Kamu biarkan Melayu terus dilacurkan DAP.



Post by... Melayu CinDia

2 comments:

last bloodz said...

nyanyok sebenarnya orang tua nie..

Aisanda said...

Ingat! "langkah mayat kami dulu untuk jadikan negara ini negara Islam".

Moga Allah melindungi Islam dan umatnya dari orang-orang spt n ajis.

Powered by Blogger.