Dec 6, 2010

KHALID GAGAP ROMPAK TANAH RIZAB !!





Jika sebentar tadi Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo ditahan SPRM atas tuduhan rasuah, penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor terus berleluasa.

Terbaru, sebuah tanah rizab untuk pembinaan Sekolah Menengah di Petaling Jaya telah dikesan dijadikan lokasi mencuri pasir. Syarikat itu dikatakan telah menjual pasir tersebut bagi mengaut keuntungan.



Aktiviti curi pasir ini dikatakan telah berlaku hampir 7 bulan. Namun, sepanjang 7 bulan yang lalu tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa sehinggalah beberapa wakil penduduk kawasan menyerang pejabat MBPJ bagi mengambil tindakan sewajarnya. Baru hari ini Pegawai MBPJ turun padang melihat lokasi pencurian pasir tersebut.

Jika dahulu, kes rompakan pasir ini hanya melibatkan kawasan2 pedalaman, namun kini mereka bertindak lebih agresif dengan menggunakan tanah rizab rakyat di kawasan bandar untuk melakukan aktiviti tersebut.

Melayu CinDia mendapat maklumat bahawa Pengarah Syarikat yang bertanggungjawab mencuri pasir tersebut merupakan sahabat karib Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap. Syarikat ini sejak 7 bulan lalu memang melakukan aktiviti ini secara terbuka, dan pihak MBPJ hanya memerhati dari jauh sehinggalah penduduk kawasan naik berang dan menyerang Pejabat MBPJ.

Nampaknya penyelewengan di Negeri Selangor kini tidak lagi dilakukan secara halus, malah lebih terbuka tanpa menghiraukan penduduk sekeliling. Melayu CinDia dapat melihat Kepimpinan Khalid Gagap semakin terdesak untuk mengaut wang dan kuasa dengan apa jua sekalipun walaupun dengan cara kotor.

Kawasan curi pasir di Petaling Jaya itu sepatutnya dijadikan tempat anak2 Selangor menuntut ilmu, namun ianya terpaksa ditangguhkan dek kerana masalah ini. Khalid Gagap semakin rakus.



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

islamic neutron said...

Ada bukti tak yang tuh kes curi? Hmm mana x nya, gambar pun boleh dimanipulasi sebab dia tidak bergerak.

Powered by Blogger.