Dec 10, 2010

KETUANAN MELAYU... MAHAZALIM BERSUARA !!





Sebelum ini, ramai yang mempertikai Melayu CinDia menggelar Tun Mahathir sebagai Mahazalim. Jangan salah faham. Ada maksud tersirat sebenarnya di sebalik gelaran tersebut. Kerana gelaran itulah Anwar berjaya diselamatkan dari terus menguasai UMNO. Kerana gelaran itu jugalah Anwar berjaya dimusnahkan dari terus menghancurkan Negara.




Semua ini berjaya dihapuskan pada tahun 1998. Ketika itu, Anwar hanya memerlukan 1 anak tangga lagi untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia. Akan tetapi, tindakan bijak dari Tun Mahathir memecat Anwar telah berjaya menyelamatkan Malaysia dari cengkaman Anwar yang dilihat bertindak seperti agen US pada ketika itu.

Sekarang, 2010. Siapa agaknya yang sewajarnya memegang takhta gelaran tersebut? Jika dahulu Tun Mahathir hanya membuang Anwar dari UMNO, kini berapa ramai Anwar lanyak bekas2 pejuang Reformis yang berjuang untuk Anwar satu ketika dahulu? Mereka ini dahulu menggelar Tun Mahathir sebagai Mahazalim.. Kini? Tanyalah mereka? Siapa sebenarnya Mahazalim?

Tapi bukan soal itu yang hendak Melayu CinDia ketengahkan. Yang lepas dijadikan tauladan. Isu Ketuanan Melayu sejak akhir2 ini seolah2 sudah menjadi mainan murahan oleh suku sakat ahli politik yang kemaruk hendak berkuasa. Tanpa berfikir panjang, kedengaran pelbagai penghinaan yang dilemparkan PKR terhadap slogan ini.

Lantas baru2 ini, Tun Mahathir bersuara. Bersuara mengenai Ketuanan Melayu. Beliau menempelak mana2 pihak yang cuba menghapuskan slogan ini.

"Apabila anda meminta supaya sesuatu perkara itu dibuang, orang akan mula bertanya. Akan ada aduan. Banyak perkara yang tidak logik dan tanpa asas tapi bila anda (memberi maklum balas) terhadapnya, maka anda akan dilabel sebagai rasis."


Agak pedas kenyataan Tun Mahathir. Beliau diminta mengulas mengenai Ketuanan Melayu yang kini cuba dihapuskan oleh beberapa ahli politik. Beliau berkata isu Ketuanan Melayu tidak pernah dipertikai mana2 pihak sebelum ini. Akan tetapi, ianya berpunca dari PKR dan DAP yang kini sedang mengatur strategi merampas Kerajaan BN tanpa memikirkan nasib kaum Bumiputra. Kedua2 parti ini akan melakukan apa cara sekalipun untuk berkuasa. Walaupun ianya akan menggugat kestabilan Negara.

Berhubung kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang seolah2 senada dengan pendirian Pakatan mengenai Ketuanan Melayu, beliau mendakwa bekas Menteri Kesihatan ini mungkin rasa tercabar apabila PKR dan DAP sengaja mengapi2kan isu tersebut. PKR dan DAP sebelum ini berulang kali menempelak MCA yang kononnya dilihat lembik dalam memperjuangkan nasib kaum Cina.

Tun Mahathir juga menempelak mana2 pihak yang cuba menganjurkan perdebatan mengenai Ketuanan Melayu kerana ianya dilihat akan memberi kesan negatif terhadap semangat muhibbah yang dipegang selama ini.

Pada pandangan Melayu CinDia, rakyat Malaysia tidak sewajarnya mempertikai soal Ketuanan Melayu kerana ianya merupakan simbolik Kedaulatan Raja2 Melayu yang menjadi payung Negara kita. Rakyat Malaysia sewajarnya menjadikan Simbol Ketuanan Melayu sebagai asas pegangan bagi memperkuat semangat perpaduan kaum di Malaysia. Melayu masyarakat Peribumi. Cina? India? Bangsa2 lain? Anda merupakan sahabat kami. Kerana kita merupakan Rakyat Malaysia. Kalaulah kesemua rakyat Malaysia berpegang pada prinsip tersebut, Alhamdulillah.

PKR dan DAP... Melayu CinDia berdoa agar kedua2 parti ini akan terhapus kerana mereka adalah punca perpecahan kaum di Negara kita.



Post by... Melayu CinDia

2 comments:

dzimba MMIM said...

Chua Soi Lek cuma bermain politik untuk menutup kesalahan diri sendiri (cerita dvd tu la). TDM bercakap atas dasar kebenaran dan kenyataan diatas mukabumi Malaysia ini. Ini adalah perkara fakta dan bukan boleh di permainkan dan dipolitikkan. Anwar pula memang auta punya kaki..

shonzu said...

Ya, dan 'Mahazalim' ini juga lah yang telah menyelamatkan Malaysia dari tergadai ke bangsa asing. Kalau harap si Menteri Kewangan era 1997 tu, mungkin rakyat Malaysia kini terpaksa membayar hutang IMF berkali2 ganda banyak dari dipinjam.

Kalau waktu 1997, roti canai berharga 50-70 sen, kalau kita terima cadangan Menteri Kewangan yang bebal waktu itu, mungkin sekarang ni roti canai boleh mencecah hingga RM 2 sekeping hanya semata2 ada peratus (bunga riba) yang pengguna harus bayar ke IMF.

Jadi siapa yang paling zalim antara kedua2nya???

Powered by Blogger.