Dec 4, 2010

KERAJAAN SELANGOR RAMPAS HARTA PETANI !!





Pendedahan ini amat mengejutkan semua pihak. Tanpa diduga, kekejaman Kerajaan Selangor kian memuncak apabila terdapat usaha pihak pimpinan Khalid Gagap menyekat warga petani di Tanjong Karang dari melakukan sebarang aktiviti penanaman padi.




Projek terusan dan takungan padi yang telah diusahakan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi meringankan beban petani2 di Tanjong Karang telah ditepis Kerajaan Negeri. Menggunakan kuasa melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah, Khalid Gagap dengan rakus menyita, mendenda dan menyewa tanah yang diusahakan tersebut.

MOA telah berulang kali cuba berunding dengan Khalid Gagap dalam menyelesaikan hal ini demi kebajikan rakyat, namum Khalid Gagap dengan bongkaknya menempelak usaha diplomasi tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan warga petani terus teraniaya dan mengalami kesempitan hidup.

Jika ini dibiarkan berterusan, apakah nasib petani2 di Selangor di masa akan datang? Apakah motif Kerajaan Negeri menyekat usaha yang secara terang2 meringankan beban rakyat? Strategi menyahkan Ketuanan Melayu semakin ketara.

Jika benar PKR memperjuangkan Ketuanan Rakyat sekalipun, kenapa usaha2 sebegini disekat dengan zalim? Sebelum PRU 12, PKR melalui kempen di seluruh Negara menghina Kerajaan BN dengan mendakwa 'pilih kasih' dengan memboikot sebarang pembangunan rakyat di kawasan Parlimen Pembangkang. Sekarang? Adakah tindakan PKR menyita, mendenda dan menyewa tanah tanaman padi ini hanya kerana Parlimen Tanjong Karang dikuasai BN?

Kerajaan Negeri semakin tamakkan kuasa dan wang ringgit dengan mengenakan sewa tanah yang agak tinggi ke atas petani2 di Tanjong Karang yang kesempitan hidup.

Selangor kini semakin kritikal di bawah Pemerintahan Pakatan Pembangkang.




GERAKAN ANTI PENYELEWANGAN SELANGOR (GAPS).

Mereka akan dedahkan situasi sebenar yang berlaku. Barisan GAPS akan membongkar segala penyelewengan ini. Ayuh sama2 kita menyokong usaha ini.
Jangan biarkan rakyat Selangor terus ditipu.

AYUH RAKYAT MALAYSIA.
Kita berhimpun pada pagi Ahad ini di Stadium Merdeka.
Sebagai tanda protes terhadap Kerajaan pimpinan Khalid Gagap.
Dan Campurtangan Pengkhianat Negara, Anwar Ibrahim.



Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.