Dec 19, 2010

JOM !! - SELAMAT TINGGAL TERENGGANU.





Konvoi Jelajah One Malaysia (JOM) pada hari ketiga menyaksikan perjalanan yang agak menarik diiringi Konvoi Bermotor menuju ke destinasi terakhir di Terengganu iaitu Bandar Kemaman.



Program membaikpulih rumah ini menyaksikan beberapa rumah menjadi sasaran Pemuda BN sebagai pelengkap kepada usaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam membantu kebajikan rakyat. Antara keluarga yang menjadi pilihan temasuklah seorang 2 warga emas berbangsa Cina yang menghidap penyakit strok.

Pengerusi BN Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin telah memberi sumbangan kerusi roda kepada 2 warga emas tersebut sebagai tanda keprihatinan Pemuda BN dalam membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira kaum.

Konvoi terakhir JOM di Terengganu ini juga menyaksikan Program Membaikpulih Rumah di kawasan Kemaman mencapai sasaran. 2 rumah yang sedang dibaiki dan dibiayai penuh Pemuda BN itu mendapat pujian penduduk kawasan yang amat menghargai usaha sayap komponen BN ini dalam menyelesaikan masalah setempat.

Malah, YB. Khairy juga berjanji akan memastikan usaha ini diteruskan. Pemantauan akan dilakukan melalui Jawatankuasa BN Bahagian Kemaman agar ianya terus mendapat maklum balas positif daripada penduduk setempat.

Ternyata perjalanan 3 hari Program JOM di Terengganu berjaya menarik minat hampir kesemua belia-belia Terengganu dan sambutan yang diberikan amat luar biasa. Pahang merupakan destinasi kedua konvoi JOM. Semoga sambutan yang diberikan mampu menyaingi belia-belia di Terengganu.

0 comments:

Powered by Blogger.