Dec 19, 2010

JOM !! - SAMBUTAN LUAR BIASA DI PAHANG.








Kontoi Jelajah One Malaysia (JOM) ke Pahang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pintu masuk Negeri Pahang di Kuantan diiringi 300 ahli Ahli Remaja Kembara Bermotor (AKRAB) membawa ke lokasi Majlis Pelancaran JOM Pahang.




Beberapa pemimpin BN Pahang terutamanya bahagian Kuantan dan Indera Mahkota turut serta dalam Program Perasmian ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha yang diketengahkan Pemuda BN mendekati masyarakat di Negeri ini. Malah, kehadiran Pemuda BN memang kena pada tempatnya apabila lebih dari 1000 ahli PKR bertindak keluar parti dan menyertai UMNO. Ianya sedikit sebanyak memberi semangat kepada Pemuda BN untuk meneruskan misi Jelajah One Malaysia di Negeri ini.


Pengerusi BN Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin sangat kagum dengan kehadiran hampir kesemua pemimpin komponen BN di Majlis Pelancaran JOM Pahang termasuklah dari MCA, MIC dan PPP. Beliau juga dengan bersemangat menyeru kesemua komponen BN agar bekerja keras bagi merampas semula kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang kini di tawan PKR.


YB. Khairy turut mencerita pengalaman beliau di Terengganu bersama pejuang-pejuang Pemuda BN turut padang membantu golongan yang memerlukan melalui Program JOM. Ini membuktikan bahawa Pemuda BN sentiasa mengangkat mertabat rakyat dan akan memastikan rakyat terus terbela. Beliau juga terpegun dengan sambutan yang amat menggalakkan dari Indera Mahkota yang mempunyai semangat tinggi bagi menjayakan Program ini di Pahang.


2 comments:

Anonymous said...

Menangis Parpu Kari kalau tengok gambar ni.

Anonymous said...

rmainyee... gua nk joinlaaa. brape dapat 1 kepala bro???? stakat rm20 baik gua tanam tebu kt blakang rumah gua. bleh buat pemanis kopi gua nie. tk pn korekkk tnah sekgkang kere kt blakag umah mne la tau kot2 ade minyak, bleh isi kt bsikal gua utk pegi kejeeee hari2. tnam sayo kerrr...

Powered by Blogger.