Dec 17, 2010

JOM !! - PEMUDA BN GEGAR TERENGGANU.






Program Jelajah One Malaysia (JOM) akan menjadi salah satu wadah perjuangan Pemuda Barisan Nasional dalam memastikan rakyat terus terbela. Pelaksanaan program-program sosial sebegini akan diteruskan di masa akan datang.



Hari ini berlangsungnya Sessi pertama Jelajah One Malaysia (JOM) di Terengganu yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin. Antara program yang terlibat pada hari ini adalah Majlis Khatan Perdana anjuran Pemuda UMNO Bahagian Marang.

Ketua Pemuda UMNO Terengganu turut serta menyertai program ini sebagai peransang buat golongan2 belia yang terlibat. Penglibatan lebih 200 golongan belia Terengganu pada Majlis ini memberi isyarat bahawa golongan belia kini amat tertarik dengan pendekatan Pemuda BN yang seringkali turun padang menganjurkan program2 yang menarik minat golongan muda.

Khairy Jamaluddin juga memberi peringatan kepada Pembangkang agar tidak memanipulasi program ini sebagai sandiwara politik semata-mata. Beliau mendakwa, Pembangkang sendiri tidak mampu melaksanakan program sebegini kerana leka dan rakus mengejar kuasa politik peribadi sehingga lupa akan tanggungjawab terhadap rakyat.

Beliau juga menempelak beberapa pemimpin2 Pembangkang yang tidak mengambil berat terhadap golongan belia seperti penganjuran program JOM. Pembangkang katanya hanya tahu menabur fitnah melalui penganjuran beberapa Ceramah yang hanya membuang masa dan wang.


Ramai masyarakat di kawasan Marang amat terpegun dengan pendekatan Pemuda UMNO yang mengajurkan program2 sebegini. Malah, golongan yang bergelar ibu bapa juga menyokong usaha2 sebegini yang sedikit sebanyak dapat mengisi ruang anak2 muda untuk melakukan aktiviti2 sosial.



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

blogenstarz said...

Nanti Pakatan Haprak akan mengatakan yang program ini sebagai menggalakan gejala Mat Rempit....
Tunggu n lihat reaksi mereka !




linkkan saya bro !

Powered by Blogger.