Dec 18, 2010

JOM!! - 30 RIBU BELIA SERTAI KELAB MOTOR TERENGGANU !!





“Saya bangga dengan anda semua”

Itu antara ucapan semangat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa melancarkan Kelab Motor Terengganu 2010 pada hari ini. Program 3 hari yang diadakan di Perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak ini dibanjiri lebih 30 ribu belia Terengganu.



Datuk Seri Najib berkata, penubuhan Kelab Motor Terengganu memberi peransang kepada beliau untuk memantapkan lagi Misi Kerajaan iaitu penjanaan transformasi sosial. Turut serta dalam Majlis Pelancaran ini termasuklah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Chik dan beberapa pegawai Kerajaan Negeri.

Perdana Menteri juga menyokong usaha menubuhkan Kelab Motor Terengganu yang sememangnya wajar ditubuhkan di Negeri-Negeri lain bagi memastikan Remaja tidak terbelenggu dengan gejala yang tidak sihat. Usaha ini juga akan memberi alternatif kepada remaja yang meminati sukan bermotor untuk menonjolkan kemahiran mereka dengan lebih terkawal dan berdisplin.

Sementara itu, YB. Khairy Jamaluddin berkata, beliau bersama barisan Pemuda BN sedang berbincang untuk menubuhkan Kelab Motor di Negeri-Negeri lain. YB. Khairy mendakwa, usaha Kerajaan Negeri menubuhkan Kelab Motor Terengganu merupakan inspirasi beliau untuk memperluas Kelab ini menjadi lebih efisyen dan mantap di peringkat Nasional. Pemuda BN Malaysia katanya, sanggup menjadi tulang belakang bersama pengasas Kelab Motor Terengganu dalam menjayakan usaha ini.

Majlis Perasmian Kelab Motor Terengganu telah membuktikan bahawa, golongan belia semakin menerima Kerajaan BN dan pengaruh Pembangkang jelas kian suram kerana golongan belia kini tidak lagi menerima fitnah dan penipuan Pembangkang yang ternyata tidak memberi sebarang kepentingan kepada mereka.


3 comments:

Anonymous said...

org terengganu celik politik. mereka bukan jumud mcm puak2 kelate. in fact they wants to be different from kelantanese.

kah kah kah...gelombang RAKYAT ni bila nak dapat TARAF RABAI dari BANI MELAYU...kah kah kah said...

kah kah kah...sebab TRENGGANU celik laa umnoAPCO boleh kencing sana sini...kah kah kah

sampai STADIUM runtuh...kah kah kah

MENARA runtuh...kah kah kah

SILING SEKOLAH runtuh...kah kah kah

yang bagus sekali SETIAP KALI MONSOON CUP berjuta-juta duit RAKYAT TRENGGANU masuk kat poket geng umnoAPCO untuk buat penyelenggaraan kapal...kah kah kah

pelayar yang bertanding SATU SEN pun tak keluar dari poket dia...kah kah kah

tu YANG BERKUMPUL ramai-ramai TU majoritinya terpaksa laa...kah kah kah

macam BUDAK IKM kena, STUDENT ITM KENA, BUDAK U kena...kah kah kah

bukan WA tak tau...kah kah kah

Anonymous said...

Siapa yang xnak pergi kalu sorang dapat antara rm50-1oo...

Powered by Blogger.