Dec 8, 2010

HASAN ALI ISYTIHAR BOIKOT PROGRAM PAKATAN !!





Sejak akhir2 ini, saya memang banyak mengkaji tentang penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor bersama2 sahabat2 blogger yang lain. Banyak juga info2 baru yang dapat dikenalpasti. Tiba2 terlintas di fikiran saya, di mana Exco Selangor yang mewakili PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali? Sudah lama tidak nampak beliau dalam mana2 program yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan.

Ianya bermula apabila saya ditugaskan membuat liputan pada PRK DUN Galas. Sepanjang 13 hari berada di sana, tidak nampak langsung kelibat Hasan Ali. Apabila saya bertanya jentera PAS Selangor di Galas, beliau diam membisu lalu menjawab, "Ala, YB. Khalid Samad kan ada". Semua sedia maklum Khalid Samad merupakan musuh politik Hasan Ali di dalam PAS.



Ianya disusuli dengan Perhimpunan 'Selamatkan Air Selangor' yang berlangsung Ahad lepas. Tiada juga kelibat Hasan Ali. Beliau sepatutnya orang penting dalam isu ini kerana beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Tapi bukan sahaja tiada pada perhimpunan tersebut, malah tiada langsung sebarang komen dari beliau mengenai masalah SYABAS seperti yang didakwa Kerajaan Negeri. Saya mendapat maklumat bahawa Dr. Hasan Ali tidak bersependapat dengan usaha penyerahan SYABAS kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Masyarakat Gombak juga banyak mengeluh dengan khidmat yang diberikan oleh Hasan Ali yang juga merupakan ADUN Gombak Setia. Banyak aduan yang dibuat tidak mendapat sebarang maklum balas dari Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, semalam beberapa penduduk kawasan Batu 12, Gombak dilaporkan telah berulang kali membawa isu ancaman tanah runtuh di kawasan tersebut kepada Hasan Ali.

Beliau memberi jaminan akan mengemukakan masalah itu. Namun, sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas. Dengar kata Kerajaan Negeri sengaja melenyah2 kan laporan permasalahan masyarakat di DUN Gombak Setia sebagai usaha menyingkirkan Hasan Ali dari bertanding pada PRU 13.

YB Hasan Ali memang sudah mengalah nampaknya. Tindakan beliau seolah2 memboikot Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim. Beliau dikatakan semakin dipinggirkan bukan sahaja dari Kerajaan Negeri, malah PAS Selangor sendiri bersikap seolah2 meminggirkan beliau. Manakala dari pihak PKR dan DAP Selangor pula lebih senang berhubung dengan Khalid Samad mewakili PAS Selangor yang dikatakan lebih liberal. Hasan Ali lebih selesa menghadiri program2 seperti tahlil bersama rakan2 beliau dari UMNO Gombak.

Hasan Ali sebelum ini dikatakan seorang pemimpin PAS dari puak Pro Ulama' di dalam PAS yang menyokong usaha ke arah Kerajaan Perpaduan UMNO - PAS dan pernah menyuarakan beberapa isu yang menggoncang kerjasama Pakatan seperti isu arak dan SELCAT.

Beliau juga merupakan punca utama desakan diadakan Perhimpunan Khas PAS di Taman Melewar bagi menentu hala tuju PAS bersama Pakatan. Nik Aziz merupakan antara individu yang berang dengan Hasan Ali.

YB. Hasan Ali, bersabarlah. Tapi saya hendak bertanya, adakah berbaloi perjuanganmu bersama Pakatan membina sebuah Negara Islam di Selangor?


Post by... Melayu CinDia

2 comments:

KL BOYZ said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Dalam konteks ‘politiko-hijriahi’, Pas pernah akur dengan keletah Ronie iaitu rakan sepasukan dalam pentadbiran di ‘Darul Ikhsani’. Soalnya berbaloikah?

Kalau terpaksa memilih antara pegangan atau rakan-rakan, ‘makmumai’ sepatutnya mendahulukan anutan tetapi bukan rakan-rakan. Lebih-lebih lagi kalau kalau parti makmumai berpegang pada slogan klise: "politiko-aogama berpisah tiada".


Namun, idealisme sedemikian itu tidak nampak dijadikan pegangan buat kelompok berkenaan kerana dalam masa sama mereka juga mereka meletakkan ‘agoama’ tidak lebih sebagai batu loncatan dan nilaitambah dalam usahanya untuk mara.

Atas sebab itu apabila Ronie (kroni DAP) mahukan keaslian bisnes arak dipertahan dari dicemari waima oleh rakan sepakatan, golongan aogama hanya mampu tuduk dan angguk-angguk. Maka jadilah kawan lebih besar dari politik tetapi tidak lebih besar dari bisnes dan bisnes lebih besar dari anutan!

Oleh itu ternampaklah sudah bagaimana dalam pakatan keduniaan, juak-juak makmumai perlu tunduk pada strategi politik 'obor-obor mabuk' yang lebih dominan keduniaannya.

Makanya jangan hairan kalau tugasan paling baik yang akan diberi oleh ultrakafironie buat juak-juak 'pusi-pisu' hanyalah sebagai pembuat skrip, slogan dan penterjemah selain menjadi pelengkap kepada visi/misi ketuanan dinasti Dap!

AntiHipokrit

Powered by Blogger.