Dec 7, 2010

GUAN ENG MAHU 'BELI' BLOG GELOMBANG RAKYAT !!





Ketika saya membaca portal Malaysiakini, tiba2 ternampak tajuk PR perlu 'gelombang rakyat' untuk tumbangkan BN. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat memerlukan gelombang rakyat dalam memastikan rakyat kembali menyokong Pakatan. Memang betul pun cakap Lim Guan Eng. Saya sokong.




Tapi ramai di kalangan pemimpin Pembangkang menggunakan misi 'Gelombang Rakyat' sebagai strategi utama dalam menawan Kerajaan Persekutuan pada PRU 13. Persoalannya, apakah yang mereka faham tentang Gelombang Rakyat? Jangan sekadar menjaja nama tersebut merata tempat, akan tetapi tidak menyelami maksud tersirat misi tersebut.

Guan Eng sewajarnya merenung semula tindakan beliau menghalau penduduk2 Kampung Buah Pala dek kerana kerakusan pembangunan ala2 Hong Kong. Begitu juga tindakan Guan Eng menghalang peniaga2 Melayu untuk berniaga di bangunan Komtar. Kemuncaknya baru2 ini Kerajaan Negeri akan merampas tanah di Balik Pulau bagi membangunkan kawasan tersebut. Adakah kesemua usaha Guan Eng ini menggambarkan misi Gelombang Rakyat?

Saya tidak pernah menghalang mana2 pihak untuk menggunakan nama Gelombang Rakyat sebagai strategi kempen politik. Nama inipun bukan hak saya sahaja. Tapi hak rakyat Malaysia. Namun, saya rasa bertanggungjawab untuk menempelak sebilangan pemimpin seperti Guan Eng yang menjaja nama tersebut walhal tindakan beliau di Penang seperti melacurkan hak rakyat.

Sebelum ini juga, saya diberitahu bergema 1 dewan dengan laungan Gelombang Rakyat ketika berlangsungmya Kongres PKR baru2 ini. Adakah manusia yang melaungkan nama tersebut benar2 mewakili gelombang tersebut?

Saya memang rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Dan saya percaya, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang akan berang apabila seorang insan yang mencabul maruah rakyat menjaja 'Gelombang Rakyat'.

Saya tidak akan sesekali berpaling tadah pada pemimpin2 sebegini.



Post by... Melayu CinDia

3 comments:

Anonymous said...

agreee!!!!!!!



panji perak

Jiwa Paradox said...

syabas, Gelombang Rakyat..
semakin popular..heheheh

islamic neutron said...

komersial nama tuh..

Powered by Blogger.