Dec 31, 2010

GAYA BANGANG SIVAJI THE BOSS !!





Mula2 hentam dalam Twitter, lepas tu Rabu lau pula buat kenyataan bertulis kepada media manakala Khamis terus adakan sidang akhbar. Ahli Parlimen PKR Padang Serai ,Kedah N Gobalakrishnan sudah ‘naik angin' insan yang dulu digelarnya SIVAJI THE BOSS, Anwar Ibrahim.




Mungkin ramai yang tidak sedar geramnya Gobala memang tidak dapat dibendung lagi.Bayangkan beliau balon Anwar lagi menerusi Twitter pada sekitar jam 4 pagi Khamis ketika orang sedang nyenyak tidor dan terus tweet beritahu nak adakan sidang akhbar di sebuah restoran di Petaling Jaya jam 11 pagi. Ramai wartawan berkejar ke sidang akhbar itu kerana ingat Gobala nak umum keluar PKR ke.

Nyata tidak.Beliau terus dengan gamenya balon lagi Anwar depan para wartawan di situ. Di situ beliau beri amaran keras kepada Ketua Umum PKR tersebut.

“Kalau (parti) pecat saya, saya akan cakap...banyak lagi pasal salah laku beliau (anwar) terhadap kaum Hindu,” katanya yang juga bertegas tidak akan keluar PKR.

Sebabnya, kata Gobala, beliau tidak minta izin Anwar untuk sertai Keadilan sebelum kini dan tidak perlu kebenaran Ketua Pembangkang tersebut jika mahu meninggalkan parti tersebut.

“Saya akan putuskan sama ada mahu keluar atau tidak,” katanya.

Membuktikan, beliau tahu banyak perkara pasal Anwar dan PKR, Gobala dakwa Anwar ada ciri-ciri anti Hindu kerana tidak lantik Exco daripada masyarakat India di Selangor dan tutup kuil Sivan di Bukit Gasing sejak lebih dua tahun lalu.

Katanya, beliau sudah banyak kali bangkitkan isu itu pada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim serta Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, J. Xavier dan ahli parlimen Subang R.Sivarasa berkaitan penutupan kuil itu tetapi tiada respons. Beliau juga mendakwa memaklumkan perkara itu tetapi Anwar pun buat tidak tahu.

“Mereka beri alasan kuil itu buat ubahsuai tidak ikut pelan dan tiada kelulusan. Ini alasan tidak munasabah,” katanya yang meminta Anwar tidak berpolitik dalam soal agama. Katanya, jangan nak berpolitik soal tokong dan kuil menanggapnya rasis apabila membangkitkan dua isu tersebut.

Lebih panas lagi, Gobala menuduh Anwar hanya mahu undi orang India tetapi tidak membela nasib mereka terutama dalam isu penutupan kuil tersebut.

“Anwar tunjuk ciri-ciri anti Hindu sebab banyak perkara di Selangor beliau tak peduli. Saya dah beritahu Anwar bahawa ramai Exco di Selangor dan patut ada Exco India kerana 90 peratus masyarakat India di negeri itu adalah Hindu,”.

“Mana boleh seorsng Exco Kristian (Xavier) tahu hal ehwal dan adat penganut Hindu. Walau dia kerja 24 jam, orang Nampak dia Kristian. Saya sebut ini bukan sebab rasis. Saya pergi semua tempat agama dan sanggup kena penjara kerana sebab itu,” tegasnya.

Gobala percaya arahan menutup kuil itu kerana ada kaitan dengan sumbangan Tan Sri Vincent Tan serta hubungan kuil itu dengan Datin Sri Indrani.

Menjawab soalan, beliau tidak nampak kenapa PKR atau pakatan rakyat mahu mengambil tindakan terhadapnya yang membangkitkan isu tersebut. Alasannya, beliau menyuarakan kebenaran malah Datuk Nik Abdul aziz Nik Mat pun pernah ajarnya untuk menyatakan kebenaran.

“Saya katakan kebenaran walaupun ada blog tulis kononnya saya buat macam ini supaya kena pecat. Pakatan Rakyat patut beri ruang pada saya suarakan kebenaran,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau memberi Anwar tempoh seminggu untuk mengarahkan kuil berkenaan di buka semula atau berdepan ‘road show’ nya membongkar isu itu.

Katanya, kalau Anwar mahu ke Putrajaya, beliau mesti bersih.

Gobala menolak tindak tanduk mengkritik Anwar dan Azmin kerana kecewa tidak dilantik dalam jawatankuasa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu atau Naib Presiden lantikan diberikan kepada N Surendran yang tidak dikenal dan bukan beliau.

Menyifatkan Surendran sebagai kawan, Gobala sebaliknya mempersoal kenapa bukan ahli dan mereka yang tidak pernah hadir pemilihan parti dilantik. Nampaknya Gobala dah set nak lawan habis-habisan Anwar dengan cuba tonjolkan dirinya sebagai pejuang masyarakat kaum India. Silap gaya, imej Anwar sebagai Sivaji The Boss – boleh bungkus. Malah tidak mustahil Gobala pula dapat gelaran itu kerana cuba jadi hero bela isu kuil tersebut.

Bahkan beliau turut cuba dapatkan sokongan MIC dalam isu kuil itu dengan membawa Ketua Penerangan Pemuda MIC, S. Subramanian dan bekas orang kuat MIC, K.P Samy dalam sidang media tersebut.


Artikel dari Portal Agenda News

1 comments:

Anonymous said...

Adooh!! Umno ni kalau dengan Anwar saorang, mereka bolih meroyan, gila babi dan macam nampak hantu. Itu lah banyak sangat makan duit rasuah..bayangan pun dilihat macam hantu.

Powered by Blogger.