Dec 18, 2010

DRAMA BAHLUL DI PARLIMEN !!





“Pakatan Rakyat (PR) ini penipu, dia lupa apa yang dia buat kat kita, gantung Ketua Pembangkang di Selangor, di Pulau Pinang, di Kelantan, kita terima, bila kita buat tak boleh, dia buat tak apa?” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.




“Mereka ini bukan Yang Berhormat tapi Yang Tak Hormat,” katanya. Beliau mengulas kejadian pembangkang buat kecoh macam nak ‘kiamat’ di Dewan Rakyat pada Khamis gara-gara usul supaya ketua mereka bersama tiga yang lain digantung enam bulan dari menghadiri sesi Parlimen.

Bagi yang kenal Nazri, jarang boleh tengok beliau marah sampai kata orang “penipu”, ‘gila’ “ada tahi lembu di kepala mereka,” “bodoh punya lawyer” tetapi kejadian sejam setengah yang tukar dewan yang mulia seperti pertunjukan sarkas buat menteri yang jaga hal ehwal Parlimen itu ‘angin satu badan’.

Hukum Anwar berdasarkan ‘Standing Order’

Dalam sidang media petang Khamis, kata Nazri, sebagai orang yang bertanggungjawab dengan hal ehwal Parlimen, beliau sudah pastikan semua prosuder untuk gantung Anwar dan tiga yang lain ikut ‘Standing Order’.

“Tidak ada kecacatan dari segi prosidur, saya sudah pastikan semuanya berjalan dengan baik,” kata beliau.

Katanya, kekecohan yang timbul hanyalah ‘dibuat-buat’ supaya Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hilang kawalan sehingga terpaksa tangguh sidang dan sekaligus tunda keputusan menggantung Anwar.

"Apa yang mereka buat adalah untuk menggagalkan keputusan menggantung Anwar. Mereka mahu Speaker tunda ke tahun depan, itu yang mereka nak,” kata Nazri.

Anwar digantung daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana mendakwa 1 Israel sama dengan 1 Malaysia.

Tiga lagi ahli parlimen pembangkang – Azmin Ali (PKR – Gombak); R Sivarasa (PKR – Subang) dan Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) turut digantung selama enam bulan kerana sebab lain.

Nazri juga menjelaskan, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengikut semua peraturan mesyuarat dalam mengendalikan sidang Dewan Rakyat.

"Apa yang mereka lakukan amat memalukan. Pembangkang dakwa Speaker berat sebelah tetapi dia ikut semua peraturan mesyuarat," katanya di lobi Parlimen petang Khamis.

Anwar ada tiga kesempatan bela diri

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang Anwar tidak dipanggil membela diri, kata Nazri, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tidak mempunyai hak menghukum sebaliknya hanya mengumpulkan maklumat.

Maklumat itu akan dibawa kepada Majlis Parlimen untuk pendakwaan sebelum diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen untuk membuat keputusan.

"Mereka, khususnya diberi kesempatan malah pada bulan April diberi masa seminggu untuk memberi penjelasan atau tarik balik tuduhan tetapi dia tidak buat.

"Dalam sesi kedua, masih ada kesempatan tetapi dia tidak buat. Sesi ketiga juga dia tidak buat. Segala apa yang kita cakap dia tidak mahu dengar kononnya kita takut kerana ada kuasa minoriti tetapi mereka silaplah," katanya.

“Tahi lembu di kepala mereka”

Mengulas mengenai gertakan pembangkang mahu menyeret Speaker ke mahkamah, kata Nazri, perkara itu boleh dicuba tapi tidak akan berhasil kerana mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,”

Menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas Parlimen.

“Ini adalah kedaulatan Parlimen dan supremasi Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.

“Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga,” kata Nazri yang memberitahu bahawa beliau juga seorang peguam.

Karpal sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Pandikar kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Ketika mengulas mengenai placard yang dibawa masuk ke dalam dewan, Nazri berkata ia tidak boleh dibawa tanpa kelulusan Speaker.

"Itu ada dalam Standing Order”. Mereka bukan YB tetapi penipu. Bawa masuk cara penipu," katanya.

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat menayangkan placard ketika keadaan tegang berlaku dalam dewan hari ini.

Agendadaily difahamkan ahli parlimen kanan PKR yang dilihat ‘seludup’ bawa masuk placard itu ke dalam dewan.

Elaun berjalan macam biasa

Mengulas mengenai elaun kepada mereka yang digantung kata Nazri, elaun akan dibayar seperti biasa kerana menghormati keputusan mahkamah dalam kes yang dibawa oleh Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di mana hakim putuskan menghentikan elaun ahli parlimen yang digantung tidak berdasarkan Perlembagaan.

“Kita hormati keputusan itu sebab tu kita tak potong elaun, bukan macam mereka, mereka tak hormat keputusan mahkamah, sebab itu ketua pembangkang dan beberapa ADUN BN di Selangor yang digantung tanpa elaun,” katanya.

Nasihat “bodoh punya lawyer.”

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa proses penggantungan ahli parlimen mereka adalah untuk membolehkan BN dapat majoriti dua per tiga, Nazri sekali lagi ‘angin satu badan’ sampai beliau soal:

“Siapa yang bagi nasihat pada mereka (tentang itu), kalau kita gantung semua pembangkang pun tak boleh pinda Perlembagaan selagi tidak ada 148 undi penyokong.

Terang beliau, jumlah dua per tiga yang digembar-gemburkan pembangkang itu mestilah dibahagi dari 222 kerusi parlimen yang ada.

“Perkiraannya mesti dua per tiga dari 222 maknanya 148, BN ada 137 sahaja, gantung siapapun kalau hendak pinda Perlembagaan mesti ada sokongan daripada 148 orang ahli parlimen,” katanya yang tambah nasihat itu barangkali diberikan “bodoh punya lawyer”

Beliau menambah sebab itu dia gelar pembangkang ini ‘penipu’ sebab perkara yang dah memang terang-terang tulis pun mereka nak tipu lagi.

“Bukan yang berhormat, tapi yang tak hormat,” katanya sambil geleng kepada mengenang gelagat pembangkang.

4 comments:

Jeffry said...

RAMAI SGT BAHLOL TOLOL BIOL KADIWOL FUCKATAN YG MEROYAN KALI TP SATU PUN X PNH BIKIN YG BETUL SELAIN MELALAK DLM DEWAN. SI NIZAR KATUN PNH BERJANJI X KN BUAT KECOH LAGI TP TETAP BUAT JUGAK. DIORANG NI IBARATLEMBU. LEMBU PGANG PD TALINYE..MANUSIA PGANG PD JANJINYE..ANU'WAR PGANG PADE ANUNYEE..ANU SAPE?..NIZAR, WALLY SLIPOR DAN GENG2 SESATNYE LERRR KEHKEHKEH

Hahn said...

Otak Anuwar lah tu. Bab kepala Iblis menghuru harakan apa pun dia lah puncanya. Apa apa niat merosak bagi kat dia.

Kecil kecilan pun dah kantoi naik mahkamah. Merosak anak bujang orang! Kalau anak dara pun bukan selamat dengan dia.

Dia ni bukan saja membakar lilin di kedua hujung malah di tengah juga. Di lahirkan untuk menjadi Iblis alam benda.

Sayangnya jangan kata negara dalam parlimen pun tak berjaya nak buat huru hara. Tak ada kemajuan dari segi menjahanamkan situasi.

Mungkin Anuwar kena ambil krusus lagi supaya dia jadi Iblis nombor wahid. Ambil cuti 6 bulan tu pergi tajamkan lagi kemahiran menjahanam kamu. Kami dapati kurang menyengat malah nampak ada kerosakan sel otak yang tenat.

anaklangkawi said...

yg bagi kenyataan ni pun sama..

islamic neutron said...

Salam,

Kiranya, kalau 2/3 perlimen ialah 148 kerusi. Jadi kene lah ada orang PR yang belot untuk cukupkan undian 2/3 dewan ker? Dah tahu lah cerita sebenar. X lah salah faham.

Thanx....

Powered by Blogger.