Dec 25, 2010

DAP RANCANG 'BUNUH' MENARA WARISAN !!





Laporan yang disiarkan Merdeka Centre mengenai mengenai Bantahan Pembinaan Menara Warisan adalah satu pembohongan. Ianya merupakan strategi kerjasama antara DAP dan Merdeka Center bagi menghalang pembinaan Menara tersebut kerana kawasan sekitar pembinaan merupakan kubu kuat DAP.




DAP yang dimonopoli Cina tidak mahu sebarang pembangunan yang menguntungkan masyarakat Melayu di kawasan itu. DAP juga sedang merancang untuk mengadakan Kempen bantahan secara besar-besaran dengan menggunakan pengaruh Anwar Ibrahim.

PAS juga dijadikan sasaran DAP untuk mempengaruhi penyokong2 PAS agar turut membantah projek tersebut. PAS sebelum ini kurang bersuara mengenai Menara Warisan yang jika dilihat dari sudut positif akan menguntungkan kaum Bumiputra terutamanya Melayu.

Jika sebelum ini pembinaan KLCC dibantah, namun kini dijadikan sebagai salah satu mercu tanda Negara. Jangan hendak diberikan alasan faktor ekonomi kerana jika dikaji semula, pembinaan KLCC beroperasi ketika Malaysia menghadapi kegawatan ekonomi pada tahun 1997. Namun, ianya bukan sahaja berjaya dibina, malah kesan jangka panjang, ekonomi Malaysia melonjak naik.

Pembinaan Menara Warisan wajar dilihat dari sudut positif kerana ianya akan menjadi mercu tanda Negara di samping meningkatkan taraf ekonomi Bumiputra. Projek Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini akan membuka lebih banyak ruang perniagaan kepada kaum Bumiputra yang akan memberi keseimbangan ekonomi selaras dengan Model Ekonomi Baru. Jika ada di kalangan masyarakat Melayu yang turut membantah, anda sebenarnya menjadi salah seorang yang menghancurkan ekonomi Bumiputra.

Seperti yang diketahui umum, kawasan pembinaan Menara Warisan berdekatan dengan Bukit Bintang yang dimonopoli kaum Cina DAP. Apa salahnya jika Menara Warisan turut sama berkongsi aktiviti ekonomi di kawasan berhampiran. Bukankah ianya secara tak langsung merancakkan lagi ekonomi Negara.

Adakah kita mahu melihat masyarakat Melayu terus ditindas, berniaga di tepi jalan dan di kaki lima sedangkan ekonomi Cina kian rancak? Lihat sahaja Bukit Bintang? Kaum Cina DAP terus memonopoli perniagaan di kawasan tersebut. Ada kita membantah?

DAP sememangnya berniat jahat. Melayu CinDia akan membuat kajian lebih terperinci bagi membuktikan kepada pengunjung strategi kotor DAP.


Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.