Dec 27, 2010

CONFIRM !! - MUKHRIZ BAKAL MB KEDAH.





Melayu CinDia merakamkan ucapan syabas buat Pemimpin2 UMNO yang telah dipilih menduduki Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri yang melibatkan rombakan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.




Tertarik dengan jawatan yang dipegang Datuk Mukhriz Mahathir. Beliau telah dipilih memegang jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Ini bermakna, ura2 yang mengatakan beliau akan menerajui UMNO Kedah disangkal sama sekali.

Ini merupakan ujian pertama anak Tun Mahahir ini dalam memastikan samada beliau diterima UMNO Kedah khasnya dan rakyat Kedah secara keseluruhan. Beliau juga antara individu yang diuar2kan sebagai calon MB Kedah jika BN berjaya merampas semula Kedah pada PRU 13.

Benar juga dakwaan sesetengah otai UMNO Kedah. Walaupun beliau merupakan anak bekas Perdana Menteri, tidak mudah bagi beliau untuk mendapat jawatan tinggi di dalam UMNO Kedah. Beliau mesti meyakinkan rakyat secara total terlebih dahulu.

Inilah dinamakan demokrasi. Tidak kira siapa jua anda. Sejauh manapun pengaruh yang diperolehi, anda tetap mesti bermula dari bawah. Jika amalan ini diteruskan, Insyaallah, akan muncul seorang pemimpin yang berkualiti dan berjiwa rakyat.


Post by... Melayu CinDia

5 comments:

House PK said...

Kau elojk ajar si Kitol benda ni, KENA MULA DARI BAWAH, baru ada roh dalam UMNO beb...

Gelombang Rakyat said...

Terima Kasih En. Parpukari.. Sememangnya tugas saya, anda dan kesemua blogger menegur mana yang salah, dan menyokong mana yang benar..

Insyaallah, Pemimpin2 yang bermula dari bawah akan berjaya di masa akan datang... termasuklah YB. Mukhriz.. Jika benar ini yang dipraktikkan beliau, Insyaallah beliau akan menjadi contoh buat pemimpin2 yang lain...

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat.

Anonymous said...

Kena menang pilihan raya dulu baru bolih jadi Mentri Besak. La ni Pas dok memerintah. Bolih menang ka?

dzimba MMIM said...

TaHNIAH YANG SETINGGINYA KEPADA DATUK MUKHRIZ TDM, SEMUGA ANDA BERJAYA DALAM MEMPERJUANGKAN AGENDA RAKYAT.

http://pantausblog.blogspot.com

House PK said...

Ya benar Tuan Melayu Cindia, kita kena sokong mana yang benar dan tegur mana yang salah!

Aku sokong 100% keputusan Najib! Najib berpandangan jauh, dia tahu rakyat mahu melihat UMNO berubah, bagi aku ini adalah langkah pertama dan insya'allah akan ada banyak lagi perubahan...

Powered by Blogger.