Dec 8, 2010

CHIN PENG UGUT KERAJAAN MALAYSIA!!





Nampaknya Chin Peng telah kembali. Dia kini semakin berani mengugut Kerajaan Malaysia dengan mendakwa bahawa Malaysia sengaja mencetuskan kemarahan bekas2 'pejuang' Parti Komunis Malaya (PKM) dengan menyebar pelbagai dakwaan bagi menaikkan semangat kebencian di kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi Muda. Ching Peng tidak teragak2 akan menjatuhkan Kerajaan Malaysia.




Ching Peng juga telah menfailkan saman sivil sebagai ugutan terhadap pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau telah menfailkan saman bagi pihak dirinya dan anggota PKM menuntut ganti rugi di samping mengugut Kerajaan Malaysia agar menghentikan kempen memburuk2kan namanya.

Malah, Chin Peng dikatakan berang dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang menolak permohonan Chin Peng bagi membenarkan pengkhianat Negara ini merayu ke Mahkamah Tinggi.

Saman ini berikutan dengan pengumuman bekas Timbalan Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin pada 21 Mac dan 6 Mei 2005 yang dikatakan bertanggungjawab mendedahkan dokumenteri kekejaman pengganas Komunis selepas Perang Dunia Kedua sehingga sedekad Kemerdekaan Malaysia. Dokumenteri tersebut telah disiarkan melalui saluran RTM.

Melalui Reaksi Chin Peng ini, jelas menunjukkan bahawa PKM akan pasti menawan semula Malaysia. Saya mewakili rakyat Malaysia menyeru kepada Kerajaan Malaysia agar mengambil inisiatif yang lebih agresif dalam menangani unsur2 Komunis di Malaysia.

Jangan sesekali kita lupa bagaimana kejamnya Chin Peng dan PKM menzalimi rakyat Malaysia dan lihatlah bagaimana pejuang2 Negara bertarung nyawa menentang PKM dalam memastikan Malaysia kembali aman.


Post by... Melayu CinDia

5 comments:

Anonymous said...

SAYA MENCADANGKAN KERAJAAN MALAYSIA MENGUMPUL SEMUA WARIS2 BALU2& ANGGOTA KESELAMATAN YG CACAT YG MASIH HIDUP UNTUK MENGFAILKAN SAMAN GANTIRUGI KEPADA BINATANG BUAS INI YG PERNAH MENGHURU-HARAKAN NEGARA INI .DARI KENYATAAN BELIAU INI ADALAH JELAS INI SATU ANCAMAN & UGUTAN YG SERIUS KEPADA WARGA NEGARA MALAYSIA.MEREKA MENDAKWA MENGHALAU PENJAJAH,TETAPI MEREKA TIDAK BUAT APA PUN SEMASA PENDUDUKAN JEPUN,HANYA SIBUK DIDALAM HUTAN MEMBINA KEKUATAN, APABILA PENJAJAH TIADA MEREKA AKAN MUDAH MERAMPAS KUASA.MEREKA BERBAIK DGN BRITISH HANYA MAHUKAN SENJATA DARI BRITISH SAHAJA,APABILA BRITISH KEMBALI MEREKA TIDAK MEMULANGKAN SENJATA ITU SEHINGGA SEKARANG.APABILA NEGARA MERDEKA MEREKA MASIH MENJALANKAN AGENDA KOTOR MEREKA.INI JELAS MENUNJUKKAN MEREKA MAHU MERAMPAS & MENGAMBIL ALIH SEMENANJUNG TANAH MELAYU INI BUKAN MENGHALAU PENJAJAH.

Megat Alam Gempita said...

Tayang kembali filem Bukit Kepong!

Anonymous said...

Setuju dgn Anon ...betul sekarang ini jgn kasi peluang, saman ja...kalau hindraf boleh saman britian kerana dek anwar yg bg bt api kita pun waris dan bekas anggota yg pernah di seksa oleh oleh pkm/chin peng pun boleh saman ..takut? jgn takut saman ja...

Anonymous said...

Agaknya siapa kat dalam M'sia yang menjadi "informant" kepada Chin peng ni? Dia tak duduk kat M'sia, mesti ada tali barut yang membantu usaha beliau ni. PDRM, boleh cari ke siapa barua di kat sini?

ANTI PKR said...

ni pasti kerja penjual Melayu kini.. Anwar Al-Juburi.. bini dia sah2 kondem ketuanan melayu.. apatah laki dia.

Powered by Blogger.