Dec 6, 2010

APA BEZA SAMY VELLU DGN. PANIVEL ??






Akhirnya, setelah 31 tahun menerajui MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akhirnya berundur dari memegang jawatan Presiden. Jawatan tersebut telah diserahkan kepada Timbalannya, Datuk G.Panivel.

Persoalannya, adakah Panivel mampu menjadi hero masyarakat India di Malaysia? G.Panivel mesti membuang kesemua unsur2 Samy Vellu dan merancang strategi baru jika ingin melihat India kembali menyokong MIC. Kerana setakat hari ini, apa yang saya lihat, India kini telah kembali menyokong BN kerana kepimpinan Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak di samping penolakan kaum India terhadap penipuan demi penipuan yang berlaku di dalam PKR dan DAP.



Panivel mesti menyusun semula kepimpinan yang mantap di dalam MIC dan bergerak secara agresif membela kaum tersebut. Penerangan mengenai konsep 1Malaysia di bawah payung perlembagaan adalah salah satu strategi yang dapat memikat semula kaum India.

Jika Panivel berniat mahu meneruskan kepimpinan Samy Vellu, Melayu CinDia tidak merasakan India akan kembali menyokong parti itu. Panivel juga disarankan agar berbaik2 dengan beberapa Parti2 komponen BN yang majoritinya merupakan kaum India iaitu Parti Makkal Sakhti dan PPP. Kerjasama erat wajar diperkukuh bagi menyatupadukan kaum India.

Kaum India sebenarnya menghadapi masalah penerusan hala tuju yang amat tenat. Mereka tercari2 pemimpin India yang mampu membela kaum tersebut dari belenggu kemiskinan. MIC mesti mengambil kesempatan dari penipuan dari Pembangkang.

Melayu CinDia amat berharap agar kembali agresif dengan visi dan misi yang lebih tersusun.

S.Samy Vellu Dalam Kenangan,



Post by... Melayu CinDia

2 comments:

dzimba MMIM said...

buat samy vellu... you duduk diam diam sudahlah yeerrrr..

Buat palanivel..selamat berkerja jagan banyak cakap, kurang sikit potong memotong, pancung memancung. Itu teori Samy tarak boleh pakai sudah. India orang sudah ramai cerdik looo....

Anonymous said...

beza samy..bila dia cakap spontan.. mesti jadi ayat lawak gila..ayat paling glamer 'mari la menderma dare,jangan menghisap dade'

Powered by Blogger.