Dec 9, 2010

AIR PERCUMA - BUKTI KHALID GAGAP PENIPU.





Sedang Khalid Gagap dok sibuk membuat huru hara di KL baru2 ini kononnya nak bela rakyat Selangor mengenai isu air, rakyat di Selangor terus dibiarkan menderita. Baru2 ini kita dikhabarkan mengenai penghuni Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang yang dihimpit kesusahan. Mereka bukan sahaja tidak diberi bekalan 20 liter padu air percuma, malah penghuni2 tersebut menghadapi masalah air sejak berbulan2 yang lalu.




Lebih 120 keluarga yang menetap di Pangsapuri tersebut telahpun membuat aduan melalui Biro Aduan ADUN Kawasan sejak sekian lama, namun tiada maklum balas sehingga hari ini. Lebih menyeksakan, mereka dipaksa membayar wang penyelenggaraan berjumlah RM 55 yang sememangnya membebankan mereka yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

Bukan masalah air sahaja yang menyeksa mereka, keadaan lif di Pangsapuri yang terlalu usang dan rosak juga merumitkan keadaan. Bayangkan bagaimana warga emas dan OKU yang rata-rata tinggal di kawasan tersebut terpaksa menggunakan tangga. Ya Allah, seksa.

Di mana janji Kerajaan Negeri? 20 liter padu air percuma? Ke Arah Negeri Berkebajikan? Mana? Dok sibuk berdemonstrasi menyalak terpekik sana sini konon nak bela nasib rakyat. Apa yang dibela sebenarnya? Semua ni politik sahaja.

Tak salah jika hendak berpolitik. Tapi ingat, kekuatan politik terletak pada manifesto dan janji2 semasa pilihan raya. Jika ianya tidak ditunaikan, bagaimana hendak menguatkan jentera politik bagi membela rakyat? Ini semua nak rompak wang rakyat semata2.



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

islamic neutron said...

Orang yang duduk di rumah pangsa memang pun x dapat bekalan air percuma. Sistem pengairan rumah pangsa berbeza dengan rumah perumahan biasa. Buka itu sudah sedia maklum ker? Cuba check balik...

Jadi antara peranan Tabung Budi ialah mengumpul air percuma daripada rakyat yang ingin membantu rakyat lain (dari rakyatt ke rakyat) kemudia kumpulan iitu akan diberikan kepada golongan fakir miskin dan juga penghuni rumah pangsa.

Jadi dalam pekej ini, penduduk rumah pangsa memang tiada kelayakan mendapat bekalan air percuma.

Wallahu a'lam

Powered by Blogger.