Dec 31, 2010

2010 - APA JADI DENGAN KES SOSILAWATI ??





Hari ini merupakan hari terakhir 2010 sebelum tirai 2011 menjelang tiba. Pelbagai kisah dan cerita panas mengisi ruang 2o1o. Tidak kurang juga dengan dunia politik 2010 yang Melayu CinDia kira antara yang paling menarik. Tapi Melayu CinDia tidak mahu cerita mengenai isu politik sepanjang tahun 2010. Melayu CinDia ingin mengupas isu yang menggegarkan dunia pada tahun ini iaitu kes Jutawan terkenal, Datuk Sosilawati.




Sepertimana yang kita sedia maklum, pembunuhan kejam Jutawan ini menggegarkan dunia apabila beliau hilang hampir sebulan tanpa sebarang berita. Apabila diberitahu beliau bersama pemandu beliau dan seorang pegawai bank dibakar dengan kejam, Melayu CinDia tergamam. Apa yang lebih menyedihkan, ianya berlaku ketika umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Terfikir sejenak Melayu CinDia pada ketika itu, adakah kes pembunuhan ini akan menemui jalan penyelesaian? Kini kes tersebut masih lagi dibicarakan di Mahkamah. Kes tersebut hanya hangat pada awal kejadian. Kemudian kini ianya tidak lagi kedengaran. Mungkin demi menghormati keluarga mangsa, kes ini tidak dijadikan sebagai salah satu berita utama di media2 elektronik mahupun media cetak.

Akan tetapi, Melayu CinDia tetap mahukan kepastian, sampai bilakah kes ini akan berakhir? Entahlah. Anda ada sebarang komen untuk dikongsi mengenai sorotan 2010? Sila hantar komen pada artikel ini.



Post by... Melayu CinDia

2 comments:

zethro said...

"Kes tersebut hanya hangat pada awal kejadian. Kemudian kini ianya tidak lagi kedengaran. Mungkin demi menghormati keluarga mangsa, kes ini tidak dijadikan sebagai salah satu berita utama di media2 elektronik mahupun media cetak."

Saya mengikuti perkembangan kes ini kerana saya begitu marah dan sedih akan kehilangan seorang tokoh usahawan Melayu yg berjaya. Setelah penyiasatan dihentikan, 2 org pekerja ladang tersebut telah pun dibicarakan di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun kerana menghilangkan bukti kes. Kalau tidak silap saya, perbicaraan terhadap suspek utama sepatutnya bermula dua minggu selepas tu ttp selang beberapa hari setelah keputusan mahkamah tersebut, peguambela 2 pekerja tersebut mendakwa kononnya mereka telah diugut serta dipukul oleh pihak polis ketika dlm soal siasat dan memaksa mereka utk menceritakan perkara sebenar, mengakibatkan hukuman yg dijatuhkan itu sbg tidak sah kpd mahkamah rayuan. Jadi, pihak mahkamah terpaksa menangguhkan perbicaraan suspek utama utk memberi laluan kpd pihak pendakwa mengumpul maklumat utk menjawab kembali kpd pihak pembela di mahkamah rayuan. Tarikh perbicaraan tersebut pada 27 Januari 2011 kalo tak silap saya.

Berkenaan dgn pihak keluarga mangsa, ada saya terbaca beberapa artikel tentang anak Sosilawati yg mahukan kes ibunya tidak dipolitikkan oleh mana2 pihak. Beliau memberikan kepercayaan kpd mahkamah utk mengendalikan kes tersebut dan berharap agar keadilan akan terbukti akhirnya kelak. Beliau dan adik-beradik akan menunaikan umrah dlm waktu terdekat ini akan memohon kpd Allah supaya kebenaran dan keadilan akan terserlah serta keampunan ke atas ibu dan mangsa2 yg lain.

Jadi, sama2lah kita berdoa dan bermunajat ke hadratNya supaya keadilan dan kebenaran akan menjelma sepanjang prosiding perbicaraan kes ini.

Anonymous said...

Hi everyone,

I have achieved pretty much on my dsdt so far (sleep, shutdown, restart, speed step) except for a little issue: After the computer wake up from sleep the [url=http://www.best-bluetooth-mouse.com]bluetooth mouse[/url] does not work any more.

Reconnecting the Bluetooth connection does not work. When I unplug a re-plug my Bluetooth dongle after sleep I¡¯ll get a kernel panic. Other USB gears could work after sleep, bluetooth-keyboard also has no problems...

Can any guys help me with that problem?

Thanks for your help.

Powered by Blogger.