Dec 31, 2010

1MALAYSIA VS NEGARA ISLAM ??





Apabila PAS memperlekeh slogan 1 Malaysia, teringat pula dengan slogan mereka yang ingin memperjuangkan sebuah negara Islam. Di mana perjuangan tersebut? Selangor, Penang dan Kedah yang baru ditakluki Pakatan Rakyat yang juga melibatkan PAS, kenapa tidak membuat usul mengenai Kerajaan Islam yang mereka perjuangkan?




Mereka mengatakan bahawa lebih 50 tahun BN memerintah tidak pernah mencapai matlamat (Buta mata ke?), adakah matlamat PAS memperjuangkan Kerajaan Islam tercapai?

Apabila PAS mencadangkan agar mengharamkan penjualan arak secara terbuka di kawasan Bandaraya Shah Alam, DAP terus melenting dan akhirnya, PAS menarik balik cadangan tersebut.

Sebagai contoh apabila Exco Kelantan, Husam Musa menjanjikan Hudud dan Qisas akan dilaksanakan apabila Pakatan memerintah Malaysia, DAP melenting. Akhirnya Husam Musa menarik balik kenyataan tersebut.

Adakah konsep Negara Islam yang dilaungkan oleh PAS itu berjaya? Belum laksanakan lagi DAP sudah melenting. Baru cakap soal pengharaman jualan arak DAP sudah melenting. Habis itu, bagaimana hendak melaksanakan Hudud? PAS mengatakan bahawa Pakatan Rakyat parti komponen yang mementingkan perpaduan kaum. Siapa yang bersatu? Sehingga cadangan yang menyentuh isu Islam diperlekeh DAP.

Sewajarnya PAS lebih ke arah memberi cadangan bagaimana usaha untuk melaksanakan konsep 1 Malaysia ini lebih berjaya. Apabila hendak diadakan perjumpaan, PAS pula khuatir, takut DAP dan PKR mengamuk.

1Malaysia merupakan satu usaha untuk memperkasa perpaduan rakyat Malaysia. Tetapi hak kaum Bumiputra dan Islam tetap dipertahankan. Namun tidak memperlekehkan usaha agama dan kaum lain jika ianya tidak menyebabkan berlakunya perpecahan kaum di Malaysia.

Jangan takbur memperlekeh usaha Kerajaan Persekutuan. Mari bersama-sama mencapai usaha murni ini, Satu Malaysia. Berilah cadangan membina, bukan menhina konsep ini. Beri cadangan kepada Datuk Seri Najib, kerana beliau bersikap terbuka.


Ini merupakan antara koleksi artikel yang disimpan Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.