Dec 15, 2010

1957 - KOMUNIS YANG B'JUANG UNTUK MERDEKA ??





BAHLUL !! Itu gelaran yang sebenarnya mesti diberikan. Nasib baik Melayu CinDia gelar bahlul. Kalau Papa Gomo, memang sudah kena carut dah. Wan Khazim Wan Din, seorang vateran Sosialis membongkar kononnya UMNO pada zaman kepimpinan Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman sebenarnya tidak memperjuangkan kemerdekaan. UMNO pada ketika itu sebenarnya pernah menghasut masyarakat Melayu agar menyokong Kerajaan British yang menjajah tanah Melayu sebelum kemerdekaan.




Wan Khazim yang juga merupakan vateran Parti Rakyat Malaysia (PRM) berkata UMNO mula menerima kemerdekaan setelah dibeli Kerajaan British apabila penjajah Tanah Melayu itu mendapat hampir kesemua hasil bumi di tanah Melayu. Pemimpin2 UMNO sebelum zaman kemerdekaan katanya, pernah menggelar golongan yang menuntut kemerdekaan pada ketika itu sebagai komunis.

Wan Khazim mendakwa, pejuang kemerdekaan yang sewajarnya diberi penghormatan adalah bekas Presiden PRM, Ahmad Boestamam. Parti yang memperjuangkan Sosialis ini katanya, merupakan antara parti terawal memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu sebelum UMNO. UMNO pada ketika itu telah cuba membunuh parti ini atas arahan Kerajaan British.

Beliau yang kini menyertai PKR juga menyanjung Anwar Ibrahim yang mempunyai watak sama seperti Ahmad Boestamam. Beliau begitu yakin Anwar mampu membawa Malaysia menjadi sebuah Negara yang lebih adil dan kesamarataan antara kaum.

Melayu CinDia tidak bermaksud untuk bersikap kurang ajar terhadap Wan Khazim yang telah berusia 80 tahun. Namun, beliau tidak sewajarnya mengelirukan rakyat dengan menghina pemimpin2 Negara terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman. Melayu CinDia masih ingat satu cerita di mana semasa Tunku hendak ke Kota London bagi menuntut kemerdekaan pada ketika itu, ramai pemimpin2 dan ahli2 UMNO sanggup mengeluarkan wang dan harta benda hanya untuk menampung perbelanjaan Tunku dan rakan2 ke sana. Malah Tunku mengeluarkan wang sendiri demi bertemu dengan wakil Kerajaan British bagi menuntut kemerdekaan.

Itu baru cebisan sejarah kemerdekaan UMNO. Yang lain? Tidak terkira. Melayu CinDia tidak mempertikai pejuang2 kemerdekaan yang lain. Akan tetapi kenapa mesti menghina usaha dan titik peluh pejuang2 UMNO yang sanggup bertarung nyawa menuntuk kemerdekaan?

Melayu CinDia amat berharap pihak Kerajaan dapat memantau individu2 sebegini agar anak2 Muda tidak terkeliru dengan Sejarah tanah air.



Post by... Melayu CinDia

5 comments:

joehan said...

what??umur si tua ni dh 80 thn..ni statemnt dr org nyanyuk bro..

Wake UP! said...

Komunis? Yang aku ingat yang bunuh polis dengan kejam dalam Bukit Kepong.

Yb Raz said...

ahmad boestaman juga patut dihargai..kadang kadang sesetengah perkara kita terlepas pandang..aku tak kata umno ni talibarut british tapi aku tak pernah percaya pada british..sesiapa yang lawan british akan dichop penjahat..mat kilau juga dichop penjahat oleh british..padahal dia pejuang menentang penjajahan british.

cuma tunku abdul rahman dan dato onn jaafar tidak digelar sedemikian kerana mereka adalah golongan bangsawan, belajar dengan british dan mereka tidak menentang british menggunakan senjata.

prinsip aku menghormati semua golongan veteren tak mengira parti kecuali chin peng.

Anonymous said...

elok suruh dia nie balik China la bro..

Anonymous said...

tak baik cakap org BAHLUL.. esok lusa Allah s.w.t latknat kt hangpa, baru la tahu tinggi rendah langit.. dah le tu, org skrg ramai yg mati tak selamat. bala kiri kanan.. pikir la sendiri.

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Powered by Blogger.