Nov 11, 2010

ZAHID HAMIDI DI HINA - SIAPA YG. RACIST ??





Baru2 ini kita dikhabarkan dengan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi mengenai kekhuatiran beliau terhadap golongan bukan Melayu yang kurang terlibat dalam arena Pertahanan Negara. Beliau mengatakan bahawa mana2 individu yang memberi alasan tidak menyertai bidang pertahanan disebabkan gaji yang kecil dan disiplin yang ketat dianggap tidak patriotik. Kebetulan golongan yang paling kurang menyertai bidang ini adalah bukan Melayu.

Kenyataan beliau yang juga Menteri Pertahanan telah dimainkan oleh Pembangkang untuk meraih sokongan rakyat apabila Ahli Parlimen Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin mengatakan kaum bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera sebab isu penyelewengan, contohnya isu enjin jet. Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula mengatakan bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera kerana tidak sanggup menjadi alat UMNO. Mereka juga mendakwa kenyataan Dato' Seri Zahid berbau perkauman.

Ahli - Ahli Parlimen Pembangkang yang terdiri daripada M. Kulasegaran, Khalid Samad serta Nizar dilihat cuba untuk memohon mengadakan usul tergempar seberapa segera untuk membahaskan isu ini.

Apa yang perkaumannya? Kenyataan Dato' Seri Zahid jelas menunjukkan bahawa beliau dan Kementerian Pertahanan mengambil berat tentang isu ini. Beliau hanya mahu memastikan semua golongan yang bergelar rakyat Malaysia mempunyai semangat Patriotik. Ianya tidak salah. Malah pemimpin2 di Malaysia wajar mengambil berat tentang isu ini.

Pembangkang nampaknya sengaja hendak manaikkan semangat perkauman mereka dan mengapi2kan golongan bukan Melayu untuk membenci BN. Memang benar apa yang diperkatakan bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini. Ianya berdasarkan fakta.

Nizar dan Khalid Samad sepatutnya berasa malu dan jijik dengan perbuatan mereka kerana telah dipergunakan suku sakat DAP yang ternyata lebih perkauman. Nizar contohnya telah menjadi alat DAP untuk berkuasa di Perak suatu ketika dahulu. Jika dibiarkan orang ini memerintah sehingga kini, Negeri Perak akan parah dek kerana kerakusan kuasa DAP. Sehingga sanggup derhaka dan murka pada Sultan Perak dan membiarkan penyokongnya menghina Mufti Perak. Ada kita desak mereka minta maaf? Jika suruh pun, sampai mati mereka takkan minta maaf punya.

Khalid Samad juga telah menjadi alat DAP bagi mempertahankan isu kalimah Allah. Isu kalimah Allah yang dimohon Khalid untuk dipergunakan secara meluas dari mana2 Agama ternyata satu penghinaan.

Malah Ahli Parlimen PAS Baling, Taib Azamuddin turut menempelak tindakan Khalid ketika itu di Parlimen seterusnya menyokong Dato' Seri Zahid Hamidi yang ketika itu Menteri Jabatan Perdana Menteri mempertahankan kesucian Kalimah Allah. Ada kita desak minta maaf? Jika hendak disenaraikan, bukan sahaja mereka mesti minta maaf. Malah sepatutnya diambil tindakan setempal. Tapi kita masih bertolak ansur.

Tapi, Pembangkang pula yang mendesak Dato' Seri Zahid Hamidi meminta maaf pada rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu akibat dari tindakan beliau membuat kenyataan seperti itu. Nak minta maaf buat apa? Kenyataan beliau tidak rasis pun. Malah lebih mengambil berat dan menggalakkan Cina, India dan golongan lain untuk menyertai bidang Pertahanan Negara. Jika beliau menyekat, barulah dikatakan rasis. Ini tidak? Diberi peluang lagi.

Pembangkang sebenarnya yang rasis dalam situasi sebegini. Kerajaan Malaysia sentiasa menggalakkan kesemua Rakyat menceburi mana2 bidang bagi memperluas peluang pekerjaan. Tidak kira dari mana2 bangsa.

Pembangkang sepatutnya meminta maaf atas tindakan mereka mengapi2 kan semangat perkauman dengan mempergunakan kenyataan Dato' Seri Zahid Hamidi. Dato' Seri, anda tidak perlu meminta maaf. Kerana anda tidak melakukan apa2 kesalahan. Anda hanya mengambil berat rakyat Malaysia yang tidak berjiwa patriotik. Teruskan usaha Dato' Seri.


Post by... Melayu CinDia

0 comments:

Powered by Blogger.