Nov 4, 2010

YA ALLAH, KENAPA PAS SEKSA KAMI SEBEGINI !!





"Tak tahu nak buat apa lagi. Kami disini sentiasa menyokong BN.
Tapi kami hanya minoriti. Jika PAS menang lagi kali ini, habislah tanah kami tergadai. Janji demi janji yang PAS telah berikan kepada kami, tapi penempatan kami semakin mengecil. Kerajaan Negeri habis menjual tanah hak nenek moyang kami ke Taukeh2 Cina Singapore. Bagaimana nasib anak cucu kami jika PAS terus memerintah. Adakah mereka akan dibela?"



Inilah luahan rasa kecewa masyarakat Orang Asli yang sempat saya temuramah pada Program Bersama TPM di Post Brooke hari ketiga selepas penamaan calon. Sebak dan sedih juga ada apabila melihat anak2 berkeliaran bermain2 di kawasan rumah.

Terfikir saya sejenak apa akan berlaku jika semua perkampungan mereka dirampas Kerajaan Negeri. Sehinggakan tanah perkuburan juga dirampas. Masyaallah. Bila melihat depan mata saya, sedih... amat sedih.

Buat kesemua pengundi, fikirkanlah nasib mereka. Mereka semua telah terseksa sejak pemerintahan PAS bermula. 20 tahun terseksa. Tanah2 mereka habis dirampas, ditarah. Mereka tidak mendapat pembelaan Kerajaan Negeri.

Mereka hanya bergantung pada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang ditubuhkan Kerajaan Persekutuan bagi membela nasib mereka. Tengku Razaleigh sendiri sedih melihat keadaan mereka kerana Isu Hal Ehwal Tanah adalah kuasa mutlak Kerajaan Negeri. Apa yang mampu dilakukan adalah menyediakan Penempatan melalui Projek PPRT untuk mereka dan beberapa perkhidmatan yang lain.


Apa yang lebih menyedihkan 90% masyarakat di kawasan tersebut telah memeluk Islam. Tapi tetap tidak dibela. Nik Aziz hanya mencanang 1 dunia yang beliau telah mengIslamkan 3 orang Asli. Disogok pula tu. Apa pula nasib 90% Orang Islam di kawasan Orang Asli ini?

DUN Galas menjadi titik permulaan Kemenangan BN di Kelantan. Kita mesti bantu mereka. Tiada lagi tempoh percubaan buat PAS kerana sudah 20 tahun PAS memerintah Kelantan. Mereka semakin 'tenat'.

Ayuh kita ubah nasib mereka. Bermula di Galas ini. Undi BN akan membawa sinar harapan baru buat mereka. Bantulah mereka melalui undi ini.


Post by... Melayu CinDia


0 comments:

Powered by Blogger.